PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

PANDUAN BILA MENDENGAR KEMATIAN

As salam. 

Dalam beberapa minggu yang lalu, saya menerima 5 berita kematian. Memang amat menyedihkan hati kerana ada di antara berita kematian itu adalah salah seorangnya sahabat saya. Beliau telah pergi meninggalkan alam fana ini di saat sedang membuat persiapan terakhir sebagai seorang pelajar UTMSpace iaitu semasa sedang praktikum. 


Kali terakhir saya bertemu beliau tahun lalu,selepas hari Raya Haji. Selepas selesai kuliah, saya lepak-lepak sebentar dihadapan dewan Kuliah DK6. Ketika itu cafe tidak dibuka. Melihat saya yang sedang sarat dan sedang kelaparan, beliau lantas menghidang makanan jamuan yang beliau bawa untuk rakan sekelasnya. Sungguh, saat ini, saya memang mengingatinya... Namun, apakandaya... Allah lebih menyayangi, tidak mahu membiarkan beliau menderita sakit terlalu lama setelah koma selama hampir 5 hari. 

Beliau memang seorang yang sangat-sangat baik. Beliau sering memberi kata-kata motivasi buat saya disaat saya dilanda sedikit ujian dunia. Walaupun kami tidaklah terlalu rapat namun, beliau tetap mengelus bahu saya menasihati saya agar bersabar. Tidak saya sangka, itulah saat terakhir saya bertemu beliau... Lantaran kedukaan ini, beberapa hari dunia blogging saya kaku seketika. 

Saya tidak berkesempatan menziarahi beliau sewaktu beliau berada di Hospital Selayang. Memang saya rasa ralat namun, tugas saya di sekolah dan tanggungjawab saya untuk menghantar anak-anak ke sekolah membuatkan saya tidak dapat menziarahi beliau. Hari beliau pergi meninggalkan alam yang fana ini, saya baru selesai berprogram Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al-Akram.. Menangis dan pilu saya rasakan seperti menangis dan pilunya hati saya sewaktu arwah emak saya pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. 

Menurut rakan-rakan yang pergi meziarah sahabat saya... memang wajahnya bersih semasa hari beliau pergi menuju destinasi. 

"Portfolio ROS menuju penghujung....destinasi!!!???" Inilah ayat terakhirnya ditimeline facebooknya. Whassap dari group se DPI S2(klik) saya. Sesungguhnya pembaca semua... Mati itu pasti... Cuma kita tidak tahu bagaimana sahaja. Moga beliau tenang di sana di atas kebaikan-kebaikan beliau yang rajin bersedekah menjamu rakan-rakan setiap penghujung semester. 


Sedikit "Panduan Bila Mendengar Kematian" yang ingin saya kongsikan dengan anda, dari pensyarah saya Ustaz Nikmohdzaim Ab Rahim


Seringkali bila kita mendengar orang meninggal,maka akan ada orang yg mengatakan, "Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah" ataupun membacakan al-Quran disisi mayat. Bagi yang bermazhab Syafie, anda perlu tahu, adakah itu yang diajarkan oleh Imam Syafie??   

Mari kita lihat apa pandangan Mazhab Syafie tentang masalah ini:



Menurut Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah berkaitan amalan membaca Al-Qur’an untuk dihadiahkan kepada si mati, beliau telah menjelaskan tentang pendapat jumhur ulamak dalam mazhab Syafi’i iaitu kata beliau:


وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت


“Dan adapun pembacaan Al-Qur’an, maka yang masyhur dari mazhab Syafi’i bahawa ianya tidak sampai kepada mayat sedangkan sebahagian sahabatnya mengatakan: Pahalanya sampai kepada mayat.” (Syarah An-Nawawi ‘ala Muslim, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/25)


Firman Allah Ta’ala:
وَأَنْ لَيْسَ لِلإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى


Maksudnya: “Dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Surah An-Najm: 39)



Antara lain, pendapat dari Al-Hafiz Imam Ibnu Katsir rahimahullah tentang Panduan Bila Mendengar Kematian, beliau berkata:


ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص



Maksudnya “Dan melalui ayat yang mulia ini, Imam Asy-Syafi’i rahimahullah dan para pengikutnya mengistinbatkan hukum bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) yang dihadiahkan kepada orang mati tidak sampai kepadanya kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka (orang mati). Oleh kerana itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan menganjurkan mereka melakukan perkara tersebut, serta tidak pula menunjukkan kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada orang mati) walaupun dengan satu nas (dalil).” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 7/465)

Al-Haitami rahimahullah yang merupakan ulama dalam mazhab Syafi’i juga berkata dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyah:

الميت لا يقرأ عليه مبني على ما اطلقه المتقدمون من أن القراءة لا تصل إلى الميت لأن ثوابها للقارئ والثواب المرتب على عمل لا ينقل عن عامل ذلك العمل. قال الله تعالى: وَأَنْ لَيْسَ لِلإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى

“Si mati tidak boleh dibacakan apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama mutaqaddimin (terdahulu) bahawa bacaan (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah tidak dapat sampai kepadanya, sebab pahala bacaan itu adalah untuk pembacanya sahaja. Sedangkan hasil amalan tidak dapat dipindahkan dari amil (yang mengamalkan) perbuatan itu berdasarkan firman Allah (yang bermaksud): “Dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyah, juz 2, halaman 9; dinukil dari buku Membela Sunnah Nabawiyah, Jahabersa, halaman 61).


Moga Panduan Bila Mendengar Kematian ini dapat bersama kita amalkan. Tiada lagi seruan "Al-Fatihah untuk arwah" kedengaran lagi. Apa lagi Panduan Bila Mendengar Kematian yang anda ketahui? Mari berkongsi dengan saya...


"Kadangkala kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya tidak... Kadangkala kita perlukan sokongan, tetapi adakalanya sokongan membawa rebah. Kadangkala kata-kata yang diungkap menjadikan kita hilang semangat. Jom pulihkan semangat dengan bergantung harap kpdNYA" Ieta Mat Sa'ad


Dengarkan dan bacalah bait-bait syahdu, mencuit hati ini. Moga keinsafan menyelubungi hati nurani kita semua. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...


video





"Ustaz ni cakap bila ada jer sesuatu kematian orang2 kita nih selalu jer sebut 'Al-Fatihah' instead of 'Innalillah wa Innailaihirajiuun'. Bila sebut 'Al-fatihah' x dapat apa2 pon, 'Al-Fatihah' hanyalah nama surah didalam Al-Quran. Tetapi kalau kita menyebut 'Innalillah wa Innailaihirajiuun' automatik kita sudah mendoakan si mati." Sumber
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 orang yang sudi komen:

  1. thanks sharing. dari mana kita datang, kepadaNya jugak lah kita kembali.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ieta, terima kasih sharing ilmu ni :)

    ReplyDelete
  3. wallhu a'lam .. salam pagi Puan Ieta .

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *