PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Presentation Bahasa Arab

As salam. Baru-baru ini, saya sempat menyiapkan entri Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w (klik). Idea mencurah-curah ketika rakan-rakan sedang sibuk membentangkan tajuk pelajaran Sirah Nabawiyyah. Ia menjelma satu-persatu, bertalu-talu... Tak sabar rasanya mengadap komputer untuk menyiapkan tajuk yang berunsurkan dakwah itu. Ahad keesokannya iaitu 12/1/2014, ketika kuliah Bahasa Arab juga menyaksikan 'Presentation Bahasa Arab" dari saya dan rakan-rakan sekuliah untuk menguji sejauh mana pemahaman kami terhadap topik-topik yang telah kami pelajari dan telah kami kaji. Idea mencurah-curah lagi... Otak ni ligat untuk blog. Memang saya blogger yang gila blogging, cuma kesempatan mengadap PC untuk menulis jarang ada dah sekarang ni. 

Berbalik pada tajuk, Presentation Bahasa Arab bukanlah perkara yang pernah saya lakukan sepanjang saya belajar di UTMSpace ni. Kalau buat slide presentation, hah, tu memang kebolehan saya. Hari ni beri isi, esok dah siap pasti... Sebab dulu saya pernah belajar bidang komputer dan Pengurusan. Ada lah ilmu IT tu sikit-sikit... Ilmu untuk dikongsi, sebab itu bila rakan-rakan bertanya, terus sahaja saya cuba beri jawapan untuk membantu mereka jika berkesempatan. Walaupun ilmu saya tidaklah sehebat mana... Ilmu pinjaman Allah dalam kepala ini, sementara cuma...

Tak mahu menaip panjang-panjang lebar, jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang presentation semasa kuliah Bahasa Arab semalam. 

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, Presentation, Presentation Bahasa Arab, Bahasa Arab yang merupakan bahasa peringkat Antarabangsa, Wazan Berkaedah Uslub Ta'jub, Bahasa Arab merupakan Bahasa Syurga, rugikan sesiapa yang tak mahu belajar ataupun menghayati bahasa Al-Quran ni?, Pembelajaran Berterusan itu, sesuatu yang menyeronokkan, An Nasab Ilal Manqus, At tasghir Wan Nasabi, SyoknyeBelajar hari ni, Kisah rakan kuliah, kisah belajar, UTMSpace, http://ieta-myblog.blogspot.com/2014/01/presentation-bahasa-arab.html
Lega... dah lepas presentation Bahasa Arab aku yg paling hancusss abad nieh... Aku terang aku tak faham apa aku terang, orang terang aku faham plak... Hancussss2.... Hadoila.... Menyaksikan rakan2 group ustaz Nasir  pula wat presentation Bahasa Arab yang merupakan bahasa peringkat Antarabangsa.


PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, Presentation, Presentation Bahasa Arab, Bahasa Arab yang merupakan bahasa peringkat Antarabangsa, Wazan Berkaedah Uslub Ta'jub, Bahasa Arab merupakan Bahasa Syurga, rugikan sesiapa yang tak mahu belajar ataupun menghayati bahasa Al-Quran ni?, Pembelajaran Berterusan itu, sesuatu yang menyeronokkan, An Nasab Ilal Manqus, At tasghir Wan Nasabi, SyoknyeBelajar hari ni, Kisah rakan kuliah, kisah belajar, UTMSpace, http://ieta-myblog.blogspot.com/2014/01/presentation-bahasa-arab.html
Giliran PBarharudin Zainal Abidin  membentangkan tajuk Wazan Berkaedah Uslub Ta'jubManthop syeikh... Tahukah anda, Bahasa Arab merupakan Bahasa Syurga?
Photo: PU2 sedang berdiskusi untuk pembentangan yang telah dan bakal berlangsung. #BahasaArab #BahasaAlQuran
PU2 sedang rancak berdiskusi untuk pembentangan yang telah dan bakal berlangsung. Diskusi dalam Bahasa Arab agaknya tu, Cintailah Bahasa Arab kerana ia merupakan Bahasa Al-Quran. Jadi, rugikan sesiapa yang tak mahu belajar ataupun menghayati bahasa Al-Quran ni?
Photo: Antara PU muslimin DPI Seksyen2 dok bergelak sakan tengok kak Ida Khair Hidayati wat presentation tadi. Aku tengok yang nih, aku pown nak tergelak Barharudin Zainal Abidin, Yus Yusrizal, Zaini dan lenlain... #Happy sokmo DPI Seksyen 2
Antara PU muslimin DPI Seksyen 2 dok bergelak sakan tengok kak Ida Khair Hidayati wat presentation tadi. Aku tengok yang nih, aku pown nak tergelak Barharudin Zainal AbidinYus Yusrizal, Zaini dan lenlain... Kami Happy sokmo setiap kali kuliah DPI Seksyen 2 berlangsung... Pembelajaran Berterusan itu, sesuatu yang menyeronokkan. Kan?
  
PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, Presentation, Presentation Bahasa Arab, Bahasa Arab yang merupakan bahasa peringkat Antarabangsa, Wazan Berkaedah Uslub Ta'jub, Bahasa Arab merupakan Bahasa Syurga, rugikan sesiapa yang tak mahu belajar ataupun menghayati bahasa Al-Quran ni?, Pembelajaran Berterusan itu, sesuatu yang menyeronokkan, An Nasab Ilal Manqus, At tasghir Wan Nasabi, SyoknyeBelajar hari ni, Kisah rakan kuliah, kisah belajar, UTMSpace, http://ieta-myblog.blogspot.com/2014/01/presentation-bahasa-arab.html
PU Ida Khair Hidayati membentangkan 'An Nasab Ilal Manqus' bawah tajuk At tasghir Wan Nasabi#SyoknyeBelajar hari ni... Masa ni kan, memang riuh rendah kami bergelak ketawa dengan pembentangan santai lagi bersahaja dari kakak yang menghiburkan hati saya ni. Beliau memang ceria sentiasa sepanjang yang saya kenal beliau walau apa jua keadaannya. Sampai pensyarah kami, Dr. Abdul Rahman bin Hamzah pun ketawa mengekek dibuatnya... :D
  
Photo: Sumbangan ikhlas dari kami seDPI S2 untukmu Ain Ahmad, PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, Presentation, Presentation Bahasa Arab, Bahasa Arab yang merupakan bahasa peringkat Antarabangsa, Wazan Berkaedah Uslub Ta'jub, Bahasa Arab merupakan Bahasa Syurga, rugikan sesiapa yang tak mahu belajar ataupun menghayati bahasa Al-Quran ni?, Pembelajaran Berterusan itu, sesuatu yang menyeronokkan, An Nasab Ilal Manqus, At tasghir Wan Nasabi, SyoknyeBelajar hari ni, Kisah rakan kuliah, kisah belajar, UTMSpace, http://ieta-myblog.blogspot.com/2014/01/presentation-bahasa-arab.html
Sebelum balik ke destinasi masing-masing, kami sekelas yang dianggotai oleh Pn. Dalina Hasim termasuk pensyarah telah membuat kutipan derma sebagai sumbangan ikhlas dari kami seDPI S2 untukmu Ain Ahmad di atas pemergian insan-insan tersayang dari sisi beliau. Adik Ain ni baru mendirikan rumahtangga sebulan beberapa hari sahaja... Inai masih merah dijari... dan beliau amat tabah menghadapi dugaan yang menempuhi beliau. Moga sumbangan ini meringankan beliau untuk meneruskan perjuangan menjaga anak-anak yang ditinggalkan oleh allahyarham abang kandung dan allahyarhamah kakak iparnya beserta 2 orang lagi anak saudaranya yang telah pergi mengadap Ilahi. Moga ruh mereka semua tenang dan ditempatkan di kalangan yang soleh-soleh. Amin....
Ha... begitulah kisahnya sepanjang waktu Presentation Bahasa Arab berlangsung yang sempat saya snap gambarnya.  Ada sesiapa antara pembaca blog ini yang pernah buat Presentation Bahasa Arab? Bagaimana rasa hati anda ketika itu ya? Boleh kongsikan dengan saya?

"Ya Allah takdirnya pasti kita belum tahu,perancangan Allah hebat, siapa kita mampu untuk mengubah. Teruskan redha dan rela dari situlah kekuatan hadir"Ain Ahmad. ( Suka dengan kata-kata hebat beliau ni....)
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 orang yang sudi komen:

  1. buat slide presentation ni memang sinonim dengan student kan kak...tak kiralah siapa pun... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Farah... huhu... tp memang bestlah study :)

      Delete
  2. Selalu teman duduk sebelah cik abang buat presentation utk kilang dia. Suatu hari tu kawan suruh bagi tazkirah kat sekolah dia. Saya pun buat le presentation nak bagi canggih sikit, masukkan sekali sound efect yang macam-macam tu. Hua seronoknya! Macam nak masukkan semua bunyi.

    Sebelum siap sepenuhnya, tunjuk dulu kat hubby. Mak oi, ketawa geli2 dia. Ini nak suruh budak dengar awak cakap ke, nak suruh dengar bunyi ni semua? Macam bunyi kat medan perang je? Klik itu bunyi, klik ini bunyi........ agak-agak le.......

    adeh....... betulkan balik sampai jam 4 pagi........

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. dulu2 akak pown suka naw wat slide show mcmtu. than bila 1 day pensyarah tegur, terus tak buat dah segala sound effect tu. he... memang kelakarlah time tu... LOL... :D

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *