PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGAN AZAN - Ulasan

Assignment, Assignment kumpulan, Isu Semasa, Azan, penarik orang bukan Islam kepada Islam, laungan bacaan al-quran, azan dan kuliah mengganggu keharmonian masyarakat bukan Islam di sekitar masjid, TITAS, Blog, Contoh ulasan artikel, dakwah, perasaan orang bukan islam terhadap laungan azan, laungan azan, memudahkan pelajar-pelajar IPT/IPTA membuat rujukan, faktor-faktor penarik orang bukan Islam kepada Islam, PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGAN AZAN - Ulasan, cara menulis ulasan jurnal, Format Ulasan Artikel dalam Jurnal, contoh ulasan jurnal, ulasan jurnal, artikel, contoh ulasan, ulasan artikel 02, JURNAL USULUDDIN, BIL 27 [2008] 109-119, Contoh Tugasan Ulasan Kritikal Jurnal dan Artikel

PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGAN AZAN-Ulasan Berikut adalah Contoh Ulasan Artikel yang diambil dari JURNAL USULUDDIN, BIL 27 [2008] 109-119.
          
Contoh Ulasan Artikel bertajuk PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGANAZAN ini saya buat secara berkumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Puan Siti Mahfuzah, Puan Rohani Abdullah dan Puan Nur Rahimah. Masa buat ulasan artikel ni, puas saya mencari serata google contoh ulasan artikel untuk saya buat rujukan. Malangnya... tak jumpa sampai ke sudah. 

      Oleh itu, saya rasakan contoh ulasan artikel ni wajar saya letak dalam blog saya ni untuk memudahkan pelajar- pelajar membuat rujukan kelak. Paparan Contoh ulasan artikel telah mendapat persetujuan dari rakan-rakan kumpulan saya yang mana untuk subjek TITAS ini, saya mengetuai kumpulan.

PENGENALAN
Artikel ini mengkaji mengenai faktor-faktor penarik orang bukan Islam kepada Islam.

Dakwah terhadap penduduk bukan Islam oleh ahli jawatankuasa masjid menjadi bahan utama bagi kajian ini melihat kesan aktiviti masjid terhadap penduduk bukan Islam. Usaha dakwah terhadap orang bukan Islam di sekitar masjid adalah salah satu usaha yang baik dan harus diperkemaskan. Ini kerana orang bukan Islam beranggapan bahawa masjid hanya dimiliki oleh orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid.

Bagi meningkatkan kefahaman orang bukan Islam terhadap Islam, masjid menjadi satu tempat perbincangan yang baik untuk mendapatkan idea. Jika diambil contoh dari masjid yang ada di Singapura, begitu aktif dengan aktiviti supaya masjid dianggap satu tempat yang bukan hanya untuk ibadah malah lebih dari itu. Berdasarkan artikel ini banyak aktiviti masjid yang tidak menarik minat orang bukan Islam terhadap aktiviti masjid. Apabila persepsi negatif ditanam dalam pemikiran orang bukan Islam maka semakin sukar AJK masjid untuk merancang aktiviti untuk penduduk bukan Islam.

Tumpuan kajian ini lebih melihat kepada perasaan orang bukan Islam terhadap aktiviti-aktiviti masjid terutamanya laungan bacaan al-quran, azan dan kuliah mengganggu keharmonian masyarakat bukan Islam di sekitar masjid. Kajian ini juga memilih tiga lokasi masjid yang mempunyai komposisi penduduk yang mana sekitar masjid tersebut didiami oleh majoriti penduduk bukan Islam.

Sebanyak 300 set soalan soal selidik telah diedarkan ke lokasi kajian dan sebanyak 296 set soalan telah berjaya dikumpulkan bagi tujuan penganalisaan. Borang soal selidik telah diedarkan secara teori persampelan purposive. Hasil data dari kajian ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS berdasarkan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Soalan yang disoal selidik sangat mudah difahami dan hanya sedikit soalan sahaja perlu dijawab oleh sampel yang telah digunapakai bagi tujuan kaji selidik. 

Hasil dari kajian artikel ini mendapati sejauh mana aktiviti masjid boleh mengganggu orang bukan Islam yang berada disekitarnya seterusnya menjauhkan mereka daripada Islam. Namun pandangan pengkaji juga melihat faktor media juga memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat bukan Islam mengenali masjid.

2.0       ISI-ISI PENTING

            Artikel ini menunjukkan kajian mengenai laungan suara, bacaan dan aktiviti masjid mengganggu perasaan orang bukan Islam. Di dalam artikel ini juga menunjukkan statistik kajian mengenai penerimaan orang bukan islam terhadap aktiviti masjid.
            Antara punca orang bukan islam tidak mendalami islam ialah:
1.      Tidak ada usaha bersungguh – sungguh dari non – muslim di Malaysia untuk mendalami ajaran Islam.
2.      Orang Islam sendiri yang menganggap masjid untuk orang Islam sahaja.
3.      Tiada masa untuk mengetahui tentang aktiviti masjid dengan jelas.
4.      Hanya sebahagian kecil orang bukan Islam yang tinggal berhampiran dengan masjid dijemput menghadiri sesetengah aktiviti masjid.

3.0       KEKUATAN DAN KELEMAHAN ARTIKEL

Jumlah responden yang mencukupi untuk dijadikan asas kesimpulan terhadap kajian ini dibantu oleh bentuk soalan yang mudah difahami dan teratur untuk responden yang bukan beragama Islam memberi respon mereka merupakan kekuatan bagi artikel ini.
Antara kekuatan yang wujud dalam artikel ini ialah:

1.      Orang bukan Islam boleh menerima laungan suara – suara bacaan dari masjid dengan alas an orang Islam juga boleh menerima suara – suara daripada kuil dan tempat ibadat mereka.
2.      Hampir keseluruhan orang bukan Islam tidak merasa terganggu dengan laungan suara – suara bacaan dari masjid.

Kelemahan artikel ini terdapat beberapa persepsi orang bukan Islam terhadap orang Islam  antaranya :
1.      Orang bukan Islam sentiasa buruk sangka terhadap orang Islam.
2.      Orang bukan Islam merasa risau mengenai pengganas Muslim.
3.      Orang bukan Islam mengkritik masyarakat Islam dalam beberapa isu seperti isu kedudukan wanita dalam Islam dan kurangnya toleransi orang Islam terhadap non Muslim.
4.      Orang bukan Islam tidak memperakui dan mengiktiraf diskriminasi yang dikatakan dihadapi oleh orang Islam.
5.      Kurangnya integrasi oleh masyarakat muslim dan meletakkan kesalahan tersebut keatas orang Islam.
6.      Orang bukan Islam yang tinggal berdekatan dengan masjid tidak berminat untuk mengetahui tentang Islam .



4.0              SARANAN DAN CADANGAN KAMI

Berikut adalan saranan dan cadangan kami :

1.      Meningkatkan kefahaman orang Islam mengenai hak dan tanggungjawab memelihara dan menjaga hak jiran di kalangan orang Islam dan bukan Islam memerlukan pelbagai pihak mengenal pasti perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pihak lain seterusnya mengambil tindakan mengikut pertimbangan yang bersesuaian dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap Islam supaya amalan masyarakat Islam selaras dengan ajaran agamanya. Pelbagai usaha boleh dilakukan samaada melalui penerangan berbentuk kuliah, khutbah dan lain-lain aktiviti masjid.

2.      Menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai salah faham terhadap Islam dengan penerangan yang jelas melalui pelbagai aktiviti yang sesuai seperti penyediaan website, dialog, kaunter penerangan, ziarah, dan lain-lain di samping pembuktian melalui peribadi mulia seorang muslim.

3.      Mempelbagaikan dan mengaktifkan aktiviti masjid untuk manfaat bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga orang bukan Islam. Antaranya melalui kaedah memasyarakatkan masjid dengan cara menganjurkan aktiviti-aktiviti masjid yang bersifat indoor dan outdoor untuk kepentingan bersama seperti penganjuran :

a.       Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran perumahan, aktiviti menjaga keselamatan kawasan perumahan, ativiti “rumah terbuka” sempena perayaan-perayaan Islam dan aktiviti riadah dan rekreasi.
b.      Kursus-kursus dan bengkel-bengkel kemahiran, kekeluargaan, khidmat kaunseling dan pelbagai pertandingan bagi setiap lapisan masyarakat merentas agama dan kaum seperti pertandingan memancing, memasak, melukis dan seumpamanya.
c.       Kelas-kelas tambahan serta kelas tuisyen.
d.      Program Hari Bersama Pelanggan, pameran, kaunter penerangan, program memeriksa kesihatan dan derma darah.

5.0  KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan seramai 274 orang atau 92.57% menyatakan tidak berminat, terhadap aktiviti masjid. Manakala seramai 11 orang atau 3.71% menyatakan berminat dan seramai 11 orang atau 3.71% menjawab lain-lain jawapan.

Hampir separuh iaitu sebanyak 147 orang atau 49.7% beranggapan masjid hanya untuk orang Islam sahaja apabila ditanya tentang faktor tidak berminat untuk mengetahui tentang aktiviti masjid. Seramai 90 orang atau 30.4% menyatakan mereka tiada masa. Manakala 11 orang atau 3.71% tidak memberikan sebarang jawapan. Seterusnya, seramai 8 orang atau 2.7% menyatakan kerana sikap orang masjid dan seramai 5 orang atau 1.7% menyatakan bahawa aktiviti di masjid berunsur politik dan hanya seorang sahaja atau 0.3% menyatakan terdapat unsur-unsur yang memburuk-burukkan pihak tertentu. Manakala, 34 orang atau 11.48% menyatakan lain-lain jawapan.

Seramai 275 orang atau 92.9% menyatakan tidak pernah menyertai aktiviti masjid. Manakala, 12 orang responden atau 4.1% tidak memberikan sebarang jawapan. Diikuti oleh 9 orang responden atau 3.0% menyatakan mereka pernah mengikuti aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak masjid. Hasil kajian mendapati seramai 259 orang atau 87.5% menyatakan mereka tidak pernah dijemput untuk menyertai aktiviti masjid yang dilaksanakan manakala 37 orang  atau 12.5% menyatakan pernah dijemput.

Majoriti responden iaitu 293 orang atau 99.0 % menyatakan tidak ada keinginan untuk mencadangkan sebarang usul kepada pihak masjid. Manakala 3 orang atau 1.0% menyatakan ada keinginan. Seramai 295 orang atau 99.7% menjawab tidak pernah mencadangkan sebarang usul terhadap pihak masjid manakala seorang atau 0.3% pernah memberikan cadangan kepada pihak masjid. Seramai 162 orang atau 54.7% merasa selesa tinggal berhampiran masjid, 113 orang atau 38.2% menyatakan rasa biasa sahaja, 14 orang atau 4.7% tidak memberikan sebarang jawapan dan hanya 7 orang atau 2.4% menyatakan tidak selesa.

Pendekatan mesra dan berfikiran terbuka terhadap orang bukan Islam wajar dipraktikkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau atau Masjid dan penduduk setempat bagi menarik minat orang bukan Islam mendekati masjid. Beberapa usaha yang dilakukan oleh sesetengah masjid untuk menggalakkan orang bukan Islam menyertai beberapa aktiviti masjid yang bersesuaian perlulah diteruskan dan sentiasa dikemaskini dengan pelbagai pembaharuan. Laungan azan terbukti memberi manfaat kepada semua pihak walau segelintir kurang selesa dengannya.

RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin, Faisal Ahmad Shah,  Mariam bt. Abd Majid & Mohd Makhi b. Adnan (2008) Perasaan Orang Bukan Islam Terhadap Laungan Azan. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008]. Page 109-119.  

PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGAN AZAN-UlasanMoga contoh ulasan artikel bertajuk PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGAN AZAN- Ulasan ini memudahkan pelajar-pelajar IPT/IPTA membuat rujukan bahan contoh ulasan artikel dalam menyiapkan mana-mana ulasan artikel yang diarah oleh pensyarah masing-masing.
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 orang yang sudi komen:

  1. Saya baru lepas buat ulasan artikel sem lepas...susah nak cari tutorial woo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangpun. Even pensyarah bagi contoh. Sakit kepala memikirnya. Tp dah sekali buat tak jadi masalah dah utk yg akn dtg :)

      Delete
  2. Emm dulu tak ada pulak kena buat menda ni semua..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Degree style mmg mcmtu. Huhu.... sobar je la... gelakkan kita ye... :D

      Delete
  3. amal tgh cari ulasan artikel.. google, tgk2 entry ni ada kat first page,... thumbs up ! :D
    ramai yg tgh cri entry2 mcm ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... ini entri kedua saya yang saya tahu berada di 1st page. Terima kasih Cik Amal sudi beritahu... :'(

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *