PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KONSEP BLOG DAN MSMW 2014

As salam. Ada beberapa orang pembaca rakan blogger pernah bertanya saya. Apa konsep blog akak? Apa lah pula kaitan "Konsep Blog dan MSMW 2014" ni ya?

Konsep Blog dan MSMW 2014 ada perkaitannya... Sebelum itu, mari saya terangkan. Konsep blog atau niche blog ni penting bagi sesebuah blog untuk mengenalpasti pembaca sesebuah blog. Bila blogger dah kenal dan tahu rentak pembaca blognya, maka mudahlah bagi blogger  menyertai mana-mana event dan pertandingan seperti MSMW 2014 ni. 

Eh, eh MSMW tu apa pula? Ha... ia merupakan singkatan daripada Malaysia Social Media WeekProgram ini merupakan acara tahunan dan bermulanya ia adalah pada tahun 2012. Bermaknanya, pada tahun 2012 blogger telah mula mendapat pengiktirafan di bumi Malaysia.

Tahukan anda, banyak kebaikan dan manfaat bila menjadi seorang blogger berbanding penulis majalah ataupun akhbar. Antara kelebihan menjadi seorang blogger ialah anda bebas untuk berbicara meluahkan apa sahaja tanpa orang lain mengenali anda melainkan anda memanglah seorang yang memang sudah terkenal. Yang paling penting, once anda menjadi blogger, anda boleh menjana wang daripada blog anda.



Siapa pula blogger? Seseorang yang memiliki blog adalah dipanggil blogger. Sebagai seorang blogger, sememangnya blogger bebas untuk berbicara. Tiada sekatan, tiada larangan dan tiada due date untuk publish artikel akka entri. Tapi, hati-hati ya... anda masih tertakluk kepada undang-undang negara... :) Ada cara bagaimana untuk memastikan pengujung sentiasa berkunjung ke blog anda dan ada cara sebenarnya bagaimana nak meramaikan follower dan membuatkan pengunjung sudi meninggalkan komen dalam mana-mana entri atau artikel anda. Nak tahu caranya? Rajin-rajinlah membaca, itu kuncinya. Dalam blog ini juga ada artikel tentang itu. Carilah dan bacalah untuk penambahbaikan ilmu blogger anda dan boleh kongsi-kongsikan pengalaman anda dengan saya.

Berbalik kepada tajuk Konsep Blog dan MSMW 2014Sebenarnya, dah lama juga saya tercari-cari dan puas juga saya memikirkan apa konsep blog saya ni. Akhirnya, terjawab juga persoalan itu setelah saya berbincang dengan rakan saya yang banyak membantu saya dalam berblogging.  Nak ceritanya, blog saya yang tidaklah hebat mana ni sebenarnya berkonsepkan  bebas berbicara. Kebiasannya, saya lebih suka memaparkan entri atau artikel yang berbentuk ilmiah. Sedikit parenting guide, motivasi, panduan blogging, panduan rumahtangga serta kehidupan juga panduan kesihatan. Sesekali,  ada juga yang personal tetapi sedaya upaya saya cuba  selitkan cerita yang berbentuk ilmiah dan ada juga sedikit hiburan seperti artikel tentang kumpulan muzik, sajak dan puisi ciptaan saya sendiri. Kiranya, pelbagailah yang ada dalam blog saya ni. Jadi, nichenya adalah personal atau Best Lifestyle Blog seperti yang sedang hangat di undi di dalam MSMW 2014. Tapi saya tak join tau... Sebab tersalah masukkan username, langsung depa tak dapat detect blog address saya sampai ke sudah. Tak mengapa... takde rezki... Allah tak izin lah tu... Nak vote pun tak dapat. Lagilah sedih... Ha... Begitulah ceritanya Konsep Blog dan MSMW 2014 akan perkaitannya.... 

PANDUAN BLOGGING, PENGALAMAN BLOGGING, Pengalaman Blogger, Malaysia Social Media Week, Konsep Blog, Niche Blog, Konsep Blog dan MSMW 2014, kebaikan dan manfaat bila menjadi seorang blogger berbanding penulis majalah ataupun akhbar, bebas untuk berbicara, Siapa pula blogger?, Tiada sekatan, tiada larangan dan tiada due date untuk publish artikel, Rajin-rajinlah membaca, personal, Best Lifestyle Blog, Blog ieta, http://www.blogieta.com/2014/02/konsep-blog-dan-msmw-2014.html


Sedikit imbasan MSMW 2 tahun lalu. Senarai pemenang mengikut kategori dalam undian tahun MSMW 2013 boleh lihat DI SINI (Klik). Manakala untuk pemenang MSMW 2012, anda boleh lihat DI SINI (Klik). Cuba lihat, mereka semua mungkin anda kenal. Hebat kan mereka? Dah tahu konsep blog saya, anda bagaimana pula, apa konsep atau niche blog anda? 


Penganjur program Malaysia Social Media Week 2014 adalah seperti berikut :

PANDUAN BLOGGING, PENGALAMAN BLOGGING, Pengalaman Blogger, Malaysia Social Media Week, Konsep Blog, Niche Blog, Konsep Blog dan MSMW 2014, kebaikan dan manfaat bila menjadi seorang blogger berbanding penulis majalah ataupun akhbar, bebas untuk berbicara, Siapa pula blogger?, Tiada sekatan, tiada larangan dan tiada due date untuk publish artikel, Rajin-rajinlah membaca, personal, Best Lifestyle Blog, Blog ieta, http://www.blogieta.com/2014/02/konsep-blog-dan-msmw-2014.html

Psss... Jom support blogger-blogger yang join MSMW 2014 mengikut kategori masing-masing DI SINI (Klik). Bagaimana nak undi? Klik SINI atau SINI. 2 blogger tu ada terangkan bagaimana cara nak lakukan proses pengundian. Tempoh pengundian adalah selama 10 hari sahaja tau... Pi undi lekas! Good luck buat 2 blogger ni dan semua yang turut serta :)
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

18 orang yang sudi komen:

  1. fuhh, panjang lebar tulisnya ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tu... Ikut nasihat Tuan Denaihati suruh tulis 300 patah perkataan... tak boleh ke tulis camni sifu? huhu...

      Delete
  2. Ya Allah, hanya kerana tersilap dah tak boleh masuk? Dugaan, dugaan. Bersabarlah yek...

    ReplyDelete
  3. Ok...nanti jangan lupa pembaca blog ni...singgah dan undi blog Pondok Kecil juga..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu, dah suruh dorang klik kat link tu... tak pasan ek... :)

      Delete
  4. Jangan lupa vote saya di kategori Educational Blog ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak boleh vote dalam MSMW kali ni... seperti yang dinyatakan di atas dah tu :)

      Delete
  5. Lihat juga blog2 yang tersenarai kali ini, hampir sama spt tahun lepas... Semoga berjaya buat mereka. Saya belum bersedia utk expose lagi... Menanti masa sesuai utk mengundi, :)
    Cuba lagi tahun depan ye ieta!

    ReplyDelete
  6. good luck untuk semua peserta.

    ReplyDelete
  7. insyaAllah daftar tahun depan pula. semoga sukses untuk kawan-kawan blogger semua.

    ReplyDelete
  8. Kategori best lifestyle blog tu persaingannya sangat2 sengit.. blog sy pun masuk kategori tu.. tak mengharapkan sebarang kemenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... at least bila blog dh tersenarai, dunia antarabangsa dah tahu. Untung tu.... good luck ya :)

      Delete
  9. bagus ni..bagi tau semua org tips n terma msmw ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.... huhu.... tak tau plak artikel ni bagus. Segera sy share ya

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *