As salamu'alaikum W.r.t...
Suka saya untuk berkongsi dengan pembaca "Tujuh Sunnah Hebat Nabi s.a.w" dari Ustaz Don Daniyal yang saya terima dari whatsapp group yang diterajui oleh bos saya.
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan.. dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Hebat Nabi s.a.w ini setiap hari.
Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
7 Sunnah Hebat Nabi s.a.w ini jika diamalkan setiap hari, pasti sentiasa memberi ketenangan dalam diri. Kerana 7 Sunnah Hebat Nabi s.a.w ini juga bakal menjadi benteng diri dari segala macam kekalutan duniawi dan ia juga merupakan senjata mukmin. Moga memberi manfaat pada semua.
Nota : Modem Unifi saya rosak. So, update by fon agak baru bagi saya. Masih terkial2. Mungkin saya tak balas komen rakan2 di dalam artikel saya. Sy terus blogwalking ke blog rakan2 yang tinggalkan komen melalui URL Link blog bila berkelapabgan. Harap maklum
Nota : Modem Unifi saya rosak. So, update by fon agak baru bagi saya. Masih terkial2. Mungkin saya tak balas komen rakan2 di dalam artikel saya. Sy terus blogwalking ke blog rakan2 yang tinggalkan komen melalui URL Link blog bila berkelapabgan. Harap maklum
Nice sharing...
ReplyDeleteSekadar berkongsi apa yg dpt :)
DeleteTerima kasih :) <3
ReplyDeleteSama2... :)
Delete7 sunnah Nabi yg x biasa diamalkan.. :(
ReplyDeleteBolehlah amalkan dah setakat yg termampu :)
Deletetq for sharin...mohon saya share kan di laman saya
ReplyDeleteSilakan... trm kasih
DeleteTerima kasih akak kongsikan..betapa jauhnya saya dengan semua ni...
ReplyDeleteSama2 dik. Akak pun sama gak. Sebab tu share dlm blog akak ni. Bila2 free dpt baca semula utk tazkirahkan diri akak sndiri :)
DeletePelan-pelan amalkan insyaAllah akan lengkap ketujuh-tujuh amalan ni.
ReplyDeleteInshaa Allah tuan. Trm kasih
Delete