PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI....

As salam dan sejahtera semua. Cuti sekolah kembali lagi... Yang pasti, guru seperti saya tidak bercuti.....

Cuti sekolah kembali lagi... Namun, tanggungjawab guru tidak terhenti begitu sahaja. Kertas-kertas Ujian Prestasi 1 murid-murid perlu ditanda termasuklah buku-buku latihan mereka. Setakat ini, baru 2 3 5 set siap saya tanda daripada 13 set yang saya bawa balik.

KISAH GURU, Pengalaman hidup, Cuti sekolah kembali lagi..., guru, tanggungjawab guru, Rutin harian,Ringkasan Pengajaran Harian, RPH, mood lari, WAJIB ditulis setiap hari, menulis dalam blog juga, perlukan mood menulis, sentiasa bertenang dalam mengatasi apa jua permasalahan melanda, DOABUATMH370, http://www.blogieta.com/2014/03/cuti-sekolah-kembali-lagi.html
Dalam bonet hari-hari bawa ke mana-mana. Bila lapang, senang nak tanda ^___^
Cuti sekolah kembali lagi... Guru, teruskan tugas hakiki tapi jangan lupa tanggungjawab pada famili

Rutin harian saya ialah mengajar pagi dan petang. Selepas 11.15 pagi setiap hari saya balik ke rumah mengambil anak pra sekolah, kemudian menghantar anak saya yang darjah 1 ke sekolahnya. Selalu terlewat balik, menyiapkan kerja di sekolah sekadar termampu.

Jam 2 petang atau sebelum jam 2 petang, saya bergegas pula ke sekolah untuk sesi petang. Hingga 5.30 petang. Selalu jam 6 lebih baru saya balik. Siapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) dahulu. Jika mood ada, saya akan siapkan untuk seminggu terus. Jika mood lari, saya hanya siapkan untuk esok yang nak mengajar sahaja.

Sebut RPH, bagi mereka yang bekerja sebagai guru, buku ni memang WAJIB ditulis setiap hari. Menyalahi etika kerja jika tidak menyiapkannya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ha.... jangan main-main..... Ingat senang ke...?  Nak tulis perkara yang sama setiap hari. Macam menulis dalam blog juga, perlukan mood menulis. Sebab tu bila mood saya baik, siap terus untuk seminggu RPH saya.

Untuk memastikan mood saya baik, saya pastikan saya sentiasa bertenang dalam mengatasi apa jua permasalahan melanda.

Dah beli, dah baca ke Kitab Teknik SEO Merah Jambu?

Cuti sekolah kembali lagi... Dalam minda, ada banyak perkara sudah terancang. Tinggal nak di siapkan secara berperingkat mengikut masa terluang dikala lapang. Berblogging tetap diteruskan juga mengikut ruang yang senggang. Yeaaayyyyy.... Cuti sekolah kembali lagi... Walau saya tak cuti, Cuti sekolah memang antara yang saya nanti-nanti. Anda bagainana....? Apa rancangan anda cuti kali ini?

Happy blogging. Masih ber DOABUATMH370...

JomDoaBuatMH370
"Ya Allah Ya tuhan kami, sekiranya mereka di udara, kau turunkan lah mereka, sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka dan sekiranya mereka di darat, kau tunjukkanlah mereka. Andai mereka terbelenggu, walau di mana mereka berada, bebaskanlah mereka... Bukakanlah hijab andai ada yang terhijab. Berikanlah kami petunjuk atas apa sahaja yang terhijab. Kami mohon agar doa kami hambamu dimakbulkan oleh mu Ya Allah. Dan kami mohon padamu Ya Allah, agar misi menyelamatkan mereka dipermudahkan. Leraikanlah kekusutan ini Ya Allah... Engkaulah sebaik - baik Pelindung dan sebaik-baik Penyelamat. Amiin Ya Rabbal 'alamiin ... "
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

20 orang yang sudi komen:

  1. Assalamualaikum kak ieta. best tak hadap kertas2 ni? hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.... memang best sgt2 sbb di situ kita dpt nilai pnp kita berkesan / tidak

      Delete
  2. Be strong ;)
    Pengorbanan guru memang luar biasa. Tiada guru maka tiadalah manusia yang bijak pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Always strong... demi anak2 dan rezqi yg halal... ^___^

      Delete
  3. Selamat bercuti sekplah dan jangan lupa kerja bertambung sebagai seorang guru. Moga ada waktu untuk pergi bercuti bersama keluarga ke mana-mana destinasi untuk merehatkan minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah... Terima kasih en. Kamil

      Delete
  4. All the best Ieta... slmt bercuti & salam ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  5. Pergh!!! Banyaknya kertas kena tanda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... biasa dah ni... cuti tak cuti

      Delete
  6. selamat bercuti buat guru-guru semua, nampak tinggi jugak nak nenanda kertas periksa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. moga sempasiap b4 buk tekolh. nak key in markah lgi nnt ni

      Delete
  7. Selamat bercuti kak eita... Mmg itu hakikat cikgu.. Cuti mngajar je..kerja lain kna buat juga..

    ReplyDelete
  8. Selamat bercuti kak eita... Mmg itu hakikat cikgu.. Cuti mngajar je..kerja lain kna buat juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi amanah dan tanggungjawab :)

      Delete
  9. selamat bercuti kak eita :D tu lah kesian dgn ckgu2 ni.. byk keje walaupun musim cuti.. pakcik makcik sy ramai cikgu.. kalau g umah mereka, bertingkat2 buku budak2 yg perlu disemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. bertingkek-tingkek tu biasa Ain...

      Delete
  10. alahai kesiannya cikgu..
    bawak-bawak berehat sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksana prof :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *