PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

MATLAMAT SAYA MENULIS BLOG

PANDUAN BLOGGING, SEO, SEO TIPS, Matlamat saya menulis blog, buat blog saja suka-suka je, diari, blog boleh dibaca oleh orang ramai, minat menulis, dari blog dah dapat duit, hilang entri, silent reader, Denaihati Ilhamku, Red Mummy, Ben Ashaari, Hidupkan untuk memberi, syoknya berblogging, menyampaikan ilmu, berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman, ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan mati saya, tiada gossip dan cerita-cerita panas,
Sentiasa kembali kepada MATLAMAT SAYA MENULIS BLOG.
Beberapa hari lalu, saya terbaca status tuan Denaihati di timeline facebook beliau meminta rakan-rakan bercerita tentang matlamat menulis blog. Jadi untuk hari ini, saya nak berkongsi apa Matlamat saya menulis blog.


Sebenarnya dahulu saya tidak tahu apa matlamat saya menulis blogDulu-dulu buat blog saja suka-sukaIngatkan macam diari je. Tak tahu langsung blog ni rupanya boleh dibaca oleh orang ramai sampai ke dunia Antarabangsa. Dari Israel pun baca dah blog saya. Sungguh tak sangka. Hanya dari follower just 11 orang sahaja. Kini sudah seribu lebih jadinya. 

Sebenarnya, bukan follower yang saya kejarkan... Sememangnya saya minat menulis dari dulu lagi.., Nak-nak pula, dari blog sudah dapat duit. Apa lagi... alang-alang berblogging, baik teruskan. Even tulis tu, kadang-kadang entah apa-apa entah... 

Menulis, hilang entri tu, dah memang berkali-kali... sampai naik fed up jugalah.... Tapi, hati nak gak menulis. Jadi, tulis je lah... Kekadang ilmiah, kekadang mengarut. Kekadang ada tazkirah, kekadang tulisan KE LAUT...

Bak kata Red Mummy semasa program SBB2014 tempoh hari, "tulis aje... janji anda tulis...". Pada saya, usah biarkan blog kosong tanpa pengisian kerana saya yakin tulisan dalam blog saya ramai yang baca. Bagaimana saya tahu? Itu rahsia.... Saya lihat dan memang saya tahu. Walaupun kurang pembaca yang tinggalkan komen, namun  saya dapat lihat penambahan pembaca blog saya semakin meningkat dari hari ke hari. Kadangkala mencecah hampir ke 2 ribu pembaca 1 hari. Sayangnya mereka adalah silent reader...  Atau tiada gossip dan cerita-cerita panas membuatkan kurang komen saya terima. Mungkin juga tulisan saya tak kena selera pembaca... Apapun terima kasih pada semua ^__^
PANDUAN BLOGGING, SEO, SEO TIPS, Matlamat saya menulis blog, buat blog saja suka-suka je, diari, blog boleh dibaca oleh orang ramai, minat menulis, dari blog dah dapat duit, hilang entri, silent reader, Denaihati Ilhamku, Red Mummy, Ben Ashaari, Hidupkan untuk memberi, syoknya berblogging, menyampaikan ilmu, berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman, ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan mati saya, tiada gossip dan cerita-cerita panas, http://www.blogieta.com/2014/03/matlamat-saya-menulis-blog.html
Sekadar pesanan dan tazkirah ringkas. Kongsi dari wassap grup.

Namun, bak kata Tuan Denaihati IlhamkuHidupkan Untuk Memberi... maka, pembaca membaca tanpa komen tak menjadi masalah bagi saya. Yang penting tulisan saya dibaca dan matlamat penulisan saya tercapai. 

Kata seorang blogger tersohor dunia "dulu pasal batu pun saya tulis..." ha... syoknya berblogging,.. yang penting, menulis.   Kerana matlamat saya menulis blog adalah untuk menyampaikan sedikit ilmu yang saya tahu juga berkongsi pendapat dan pengalaman yang saya ada yang mungkin bermanfaat pula buat orang lain. Bila saya meninggal dunia nanti, sekurang-kurangnya ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan mati saya.

Blog dan media sosial yang ada bukanlah tempat umpat-mengumpat, keji-mengeji, gosip-menggosip, kutuk-mengutuk, carut-mencarut mahupun buat spekulasi. Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan beradab. Jaga nama dan kerjaya sebagai blogger.

Inilah matlamat saya menulis blog. Anda bagaimana?Apa matlamat anda menulis blog? Mari kongsikan dengan saya... Oh ya, alang-alang menulis, biar dapat duit, kan?

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

49 orang yang sudi komen:

  1. Sebaik-baik menetap niche semasa mula-mula hendak membina blog. Memandangkan tidak menjadi satu kesalahan mengikut citarasa tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap. Terpulang pada citarasa masing2. Terima kasih... ^__^

      Delete
  2. tulis je.. jgn jadi mcm de, sekali skala je tulis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menulis kala lapang je. tak juga selalu... he2

      Delete
  3. Setuju sangat-sangat. Dan terima kasih kerana berkongsi tip dari Ben Shaari dan Red Mummy dari SPB2014 kepada kami yang tak boleh hadir hari tu :D. Cuma saya juga teringat tuan HarulHassan juga ada mengatakan dengan sebatang pen yang diterima sebagai hadiah hasil berblog pun akan memberi manfaat kepada orang yang menghadiahkan pen tersebut... bukan sekali tetapi berkali-kali... InsyaAllah... berblogging dengan sihat, manfaat hingga akhirat... seperti yang dikata, blogging janganlahlah mengumapat, mengutuk, menghina dan sebagainya... barakallahuminkum... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...
      Minna waminkum Taqbbal Ya Kariim...

      Delete
  4. salam cikgu....che mat setuju, kita tulis apa saja, selagi ia bukan benda2 yang boleh mendatangkan keburukkan. Berblog ini perlukan kesabaran sebenarnya dan insha Allah hasilnya akan datang sedikit demi sedikit dengan izin Allah.... Moga cikgu terus menulis yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu... Baru hari ni perasan Tuan Adnan berkomen di sini. Betul tu Tuan. In syaa Allah saya terus menulis.

      Delete
  5. Assalamualaikum.. keep blogging ye kak Ieta~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah Sheila bila berkelapangan akak akan terus menulis. Tidak di blog, di page, instagram dan juga nota di fb.

      Delete
  6. Betul.. menulis utk kebaikan insan... buat bekalan di akhirat juga. Semoga terus sukses Ieta.. :)

    ReplyDelete
  7. tulisan kena datang dari hati...gituuu. menulis itu mudah, tp kenalah menulis utk kebaikan, matlamat kena betul seiring dgn niat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu MK Kimi. Happy blogging ya :)

      Delete
  8. Bunda suka dan setuju sangat ayat perenggan akhir tu....
    Satu dunia baca penulisan kita...so jagalah maruah kita sebagai blogger...

    ReplyDelete
  9. Menulis sebagai hobi. Mulanya kenal blog utk menulis lebih panjang sebab kat FB kurang menarik dan terlalu sosial. Lepas tu terus terpikat... Matlamat hanya utk menyampaikan dan berkongsi ilmu dan perkara yg dapat membawa manfaat. Sambutan menggalakkan, memberi lebih keseronokan dan keyakinan. Semoga Ieta terus menulis...keikhlasan itu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar tu Tuan Bin Muhammad. Terima kasih semangat Tuan :)

      Delete
  10. Replies
    1. In shaa Allah... Terima kasih Syuada :-)

      Delete
    2. Moga Allah merahmati ruh Blogger Syuhada. Aamiin...

      Delete
  11. tulis je apa2 entri kat blog.
    orang nak komen atau tak, terpulang la pada diorang.
    entri yg bermanafaat kalo orang baca dan amalkan, pahala pun dapat kat kite :)

    ReplyDelete
  12. gua memang tulis blog untuk dapat duit. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab menulis tu hobi saya maka duit dah jadi nmbr ke seterusnya :D

      Delete
  13. Samalah mcm sis..tulis ikut kata hati...kalau hari ni sedih, sedih le jadinya jalan cerita dan kalau happy, happy le. Janji kita tahu apa kita nak tuliskan.
    Teruskan minat dn selamat maju jaya...:)

    ReplyDelete
  14. saya pun baca blog ini, walaupun kadang2 tak sempat nak tinggalkan komen :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Sabree sudi membaca blog ini. Mohon tunjuk ajar

      Delete
  15. setiap cerita mesti ada kebaikan dan keburukan. yeop ambil poin kebaikan saja, sebab menulis blog untuk cerita diri kita kepada orang lain. tapi setiap cerita mesti ada hadnya. sebab tu yeop berhati-hati bila menulis entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg sewajarnya. sentiasa berhati2. Sebab tu entri saya banyak terderaf tak jadi publish. huhu...

      Delete
  16. wife saya yang suruh buat blog..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya... sokongan dari pasangan hidup itu perlu ^__^

      Delete
  17. Mtlmt sy skdr.kongsi ilmu yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sebenarnya itulah sewajarnya ^__^

      Delete
  18. Replies
    1. Terima kasih sudi menjadi silent reader blog ini :)

      Delete
  19. Semoga apa yang kita tulis dan paparkan dalam blog kita akan memberi manfaat kepada ramai orang.

    ReplyDelete
  20. all the best cg ieta. nice blog theme :)

    ReplyDelete
  21. menulis adalah suatu hobi , dan hobi itu bisa dituangkan kedalam sebuah blog untuk mengungkapkan semua ilmu yang kita punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tuan Oyong. Moga saya juga kembali ada mood untuk menulis setelah pelbagai perkara saya lalui :)

      Delete
  22. posting ini memberi semangat untuk saya terus menulis walaupu kesuntukan masa.

    ReplyDelete
  23. wah terinspirasi betul baca entri ni kak ieta. setiap blogger pasti ada matlamat kenapa diaorang suka menulis blog. tulislah apa sahaja asalkan kita menulis. lagi bagus kalau kita boleh menulis perkara perkara yang boleh orang manfaatkan.

    ReplyDelete
  24. Saya menulis sekadar mengisi masa lapang sahaja, sekarang ini jarang2 update..

    ReplyDelete
  25. Lifestyle blogger senang, cerita je apa yg jadi di sekeliling, insyaAllah, macam2 boleh diceritakan 😉

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *