As salam. "Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 Kisah Bisnes Kad". Okay, ini entri kedua saya tentang SBB2014, SBBYEOS2014. Entri pertama telah terpadam masa blog saya kena virus bahasa 2 minggu lalu. Entri tu bersekali dengan kisah pesawat MH370 yang penuh pelbagai spekulasi dan kontroversi.
Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 Kisah Bisnes Kad ini terhasil daripada ingatan saya yang kuat dan kukuh (ece ce ceh...) terhadap dialog blogger-blogger yang sempat saya berjumpa dalam majlis yang amat bermakna buat saya. Majlis Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 ini bermula dari pagi hingga ke petang pada 8 Mac, 2014 lalu.
![]() |
Ha... inilah dia bisnes kad yang sampai ke tangan saya setelah dengan selamba rocknya saya memberi bisnes kad saya kepada blogger yang berjumpa saya. Terima kasih semua.... |
Tahukah anda? Inilah antara dialog yang keluar dari sebahagian blogger bila saya hulur bisnes kad saya kepada mereka.
Dialog 1
Blogger Akma Omar : "Owh... nilah ieta..."
Saya : "Macamana kenal?"
Blogger Akma : "Ala ... dia la yang selalu hantar soalan kat Denaihati tu ...". Kata Blogger Akma kepada blogger Syuhada.
Saya : "Maafla... saya ni memang suka bertanya.."
Blogger Akma : "Eh, takpe... eloklah tu..."
Dialog 2
Blogger Kid : "Owh... nilah ieta... yang selalu komen tu..."
Saya : "Komen?". Beliau terus berlalu.
Balik rumah baru faham. Komen tentang event rupanya...
Dialog 3
Blogger X : "Owh... nilah kak ieta mat sa'ad..."
Saya : "Eh, macamana kenal?"
Blogger X : "Ala... kita baca la fb dan blog kak ieta .."
Saya : "Ye ke...? Sape nama? Tak pernah komen pun...?"
Blogger X : "Malu le..."
Saya : "Owh, kira ni Silent Readerlah ni ya?"
Blogger X : "Malulah nak komen..."
Baru tahu rupanya ramai silent reader blog saya juga adalah dari kalangan blogger. Patutlah page view saya setiap hari 1K ke atas... (sikit je tu... jarang dapat 2K) tapi kurang komen. Tacingnya saya... Apa pun ribuan terima kasih saya ucapkan buat blogger silent reader..
Dialog 4
Blogger Hawasyazana : "Ieta Mat Sa'ad...?"
Saya : "Macamana kenal?"
Blogger Hawa : "Tu tag nama kat tudung tu."
Hadeh... camane boleh tak perasan ada tag kat tudung? Kelakarnya... Kan?
Dialog 5
Saya : "Saya Ieta"
Blogger H2 : "Tahu ..."
Saya : "Macamana tahu? Owh, baca ya yang saya tag kat fb tadi?"
Blogger H2 : "Taklah, mana ada. Saya off fb. Sebab dari tadi ieta dok renung saya".
Renung sebab excited jumpa blogger hebat tu... Renung nak menuntut ilmu dari sifu...
Dah beli, dah baca ke Kitab Teknik SEO Merah Jambu?
Saya tertarik dengan pendekatan blogger Nami Namia sewaktu ingin menghulurkan bisnes kadnya kepada saya. Waktu itu saya sedang berbual dengan blogger Bro Framestone dan blogger Aima Babycomel beberapa perkara tentang blog. Tiba-tiba beliau mencelah "Dia ni ha ... nak ajak dia ..." sambil tunjuk kepada blogger Zayani. Lantas saya yang dah dapat agak berkata "owh... dia ni nak ngorat dia ni... tapi nak minta izin Bro dulu". Maaflah ye Zayani... kakak terkejut sebenarnya...
Tiba-tiba saya baru terperasankan tag nama pada tudung Nami. Teruslah saya sapa "eh, ni lah Nami Namia..." apalagi... terus Namia hulur bisnes kadnya kepada saya. Saya yang over excited jumpa beliau sebenarnya... Dalam hati saya "eh, ni artis Nor Khairiah tu ke ek?" tapi tak berani pula nak bertanya... Muka beliau seiras dengan artis tu tau...
Tiba-tiba saya baru terperasankan tag nama pada tudung Nami. Teruslah saya sapa "eh, ni lah Nami Namia..." apalagi... terus Namia hulur bisnes kadnya kepada saya. Saya yang over excited jumpa beliau sebenarnya... Dalam hati saya "eh, ni artis Nor Khairiah tu ke ek?" tapi tak berani pula nak bertanya... Muka beliau seiras dengan artis tu tau...
Blogger photographer yang sekolej tetapi berlainan tempat dengan saya, Reez Reezluv kata "ohhh... inilah kak ieta..." Eksaited katanya masa tu. Baik dan ramah beliau. Masa saya dilanda masalah untuk menyiapkan iklan client yang nak sewa tapak dalam blog saya ni, beliau antara yang rajin menjawab pertanyaan saya tentang grafik. Terima kasih. Kakak kenang jasa ang tu dik... ^__^
Manakala blogger Aima Babycomel pula berkata "Owhh, ni la kak ieta. Kenal la, selalu nampak kat fesbuk." Inila first time jumpa tapi kami dah boleh ngam pulak rasanya. Siap berselfie lagi. Jangan marah ha.... ^__^
Masa saya balik dari surau, saya singgah di kaunter Ephyra. Siap rasa... sedap giler.... sampai terkeluar kata-kata "emmmm.... sedapnya...." dari mulut saya. Pengasas Ephyra siap rakam tu... Masa tu kan, Muja manis lalu. Terus saya panggil beliau. Excited tu... jumpa beliau.... Lantas teman karibnya, Sheda Ucu yang comel menyapa "hi saya shedaaa". Sempat kami bergurau mesra. Kata Sheeda, "terlebih friendly pula....".
Muja tanya saya "akak nak ke bisnes kad Muja?". Saya kata "eh, nakla...". Mana boleh taknak kan... Sheda pun beri bisnes kadnya ke tangan saya masa tu juga. Memang seronok kenal mereka berdua ni.
Muja tanya saya "akak nak ke bisnes kad Muja?". Saya kata "eh, nakla...". Mana boleh taknak kan... Sheda pun beri bisnes kadnya ke tangan saya masa tu juga. Memang seronok kenal mereka berdua ni.
Sebenarnya, di hari program tu, hati saya risau sebab esoknya final exam.... Dahla tu, whatssapp tentang pesawat MH370 hilang berdesup-desup masuk ke dalam fon saya hari tu. Sampai lupa langsung kepada kambing bakar dan cendol. Rugi-rugi... huhu...
Lama masa yang saya ambil untuk menyiapkan entri ini, exam dah habis 2 kali Ahad dah, entri masih duduk dalam deraf lagi. Sepanjang tempoh itu, saya hanya membaca nota, online dan blogwalking dari fon saya sahaja. Blogwalking pula, loading blog banyak yang lembap... memang memerlukan kesabaran yang jitu.
Program Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 anjuran Denaihati bersama teamnya yang ditaja oleh Ye'os sebagai penaja utama dan ramai lagi penaja hebat telah memberi manfaat yang cukup banyak buat blogger seluruh Asia Tenggara. Program ini sesungguhnya telah mencipta sejarah hebat untuk blogger Malaysia agar lebih maju ke hadapan dan berblog secara sihat. Tahniah team Denaihati atas kejayaan program Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 ini. Sekian dahulu entri seadanya dari saya Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 Kisah Bisnes Kad. Jumpa lagi tahun hadapan. In shaa Allah... Jangan lupa bawa bisnes kad ya? Selain bertujuan promosi blog, bisnes kad juga mengeratkan silatur rahmi sesama kita.
Panjang dahkan saya bercerita? Moh la layan gambar-gambar yang sempat saya snap dari fon saya... Layannnn....
Program Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 anjuran Denaihati bersama teamnya yang ditaja oleh Ye'os sebagai penaja utama dan ramai lagi penaja hebat telah memberi manfaat yang cukup banyak buat blogger seluruh Asia Tenggara. Program ini sesungguhnya telah mencipta sejarah hebat untuk blogger Malaysia agar lebih maju ke hadapan dan berblog secara sihat. Tahniah team Denaihati atas kejayaan program Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 ini. Sekian dahulu entri seadanya dari saya Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 Kisah Bisnes Kad. Jumpa lagi tahun hadapan. In shaa Allah... Jangan lupa bawa bisnes kad ya? Selain bertujuan promosi blog, bisnes kad juga mengeratkan silatur rahmi sesama kita.
Panjang dahkan saya bercerita? Moh la layan gambar-gambar yang sempat saya snap dari fon saya... Layannnn....
![]() |
Saya ditempatkan dimeja ini. Sorang pun tak kenal... depan saya blogger-blogger lelaki semua adik-adik. Saya paling tua kowt... ekeke (Gambar tak ambil sebab teruja tengok blogger Ben Ashaari mencurahkan ilmu). Duduk bersama saya ialah blogger Nadia dan blogger Zayani dan seorang lagi blogger perempuan yang saya lupa namanya. Masalah kan.... masalah pelupa. huhu |
![]() |
Orang pertama yang saya nampak dan saya kenal sebab dalam blog beliau ada gambarnya. Sifu blogspot Hasrul Hassan. Peramah beliau ni. Tak lokek ilmu even baru pertama kali jumpa. Maaf sifu +HASRUL HASSAN, candid sebab masa ni macam tak percaya "eh tu sifu la..." dalam hati je... |
![]() |
Penaja program Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 dari Lazada sedang berucap. Banyak ilmu dapat dari beliau. Hebat beliau nih... |
![]() |
Oh, teruja gila... blogger tersohor dunia +Ben Ashaari curahkan tips blogging dan pengalaman beliau dalam dunia blog. Maaf gambar blur sebab tangan gigil masa snap gambar ni. Maklumlah, buka photoghrapher hebat... |
![]() |
Kenal tak, kenal tak? ha... Pengasas produk hebat Sendayu Tinggi, Puan Rozita pun ada blog juga... Beliau juga salah seorang penaja program Sepetang Bersama Bloggers dan Ye'os 2014 ni tau... |
![]() |
Agak-agaklah kan, siapa ni ya? Ha... nilah dia duta produk Ephyra. Artis Norman Hakim dan isteri beliau yang comel tu... Memey... Saya siap bergambar dengan mereka... Jangan jelous... (eleh... ramai lagi bergambar dengan mereka.... ada orang kisah? hehe...) Maaf juga, sport light telah mencahayakan wajah Memey, puas saya edit tapi tak boleh clear gambar ni. Sekali lagi, Maklumla, saya bukan photographer hebat... |
![]() |
Acara terakhir adalah Forum perkongsian pengalaman 3 blogger hebat iaitu dari kiri +hazman fadzil, +redmummy.com dan +Zarul Umbrella (artis) bersama Tuan +Denaihati Ilhamku |
Jom DOABUATMH370
Nantikan entri Sepetang Bersama Bloggers dan Yeo's 2014 berikutnya perkongsian tips dan pengalaman dari blogger-blogger yang telah saya temui dan lagi gambar-gambar blogger yang sempat saya snap.
Terima kasih kepada blogger +adzairdawati makdara, +boni kacak, +Mia Liana, +Farah Waheda Wahid, +Cik Chubby, +baby comel, +Akma Omar, +Syuhada Baharudin, +Nurmujahidah Ismail, +sheda ucu, +cikgu naman, sifu +HASRUL HASSAN, +redmummy.com, Tuan +Denaihati Ilhamku, +hazman fadzil, +Zarul Umbrella, +Ben Ashaari dan semua yang sudi bertukar-tukar bisnes kad, berkongsi ilmu, berselfie dan beramah tamah dengan saya di Sepetang Bersama Bloggers dan Yeo's 2014 itu.
Assalamualaikum. bestnya kak ieta dapat joined event camni... tahun depan, kalau ada lagi boleh jumpa. in shaa Allah ~~~
ReplyDeleteIn shaa Allah... memang setiap tahun team Denaihati buat event ni ^__^
Deleteala acik tak sempat jumpa cikgu ^_^
ReplyDeleteapa pun salam perkenalan dari www.akupenghibur.com
Takpe... saya biasa2 je... Saya nampak acik tapi segan nak tegur.
DeleteTak berpeluang pulak nak jumpa dgn Ieta masa tu kan huhu.. In shaa Allah, ada peluang lagi boleh jumpa.. :)
ReplyDeleteInshaa Allah... :)
Deletewah syoknya..kalau saya pergi hari tu mestikad saya pun masuk senarai nih..ehhehe
ReplyDeleteTakpe...next year jika Team Denaihati buat lagi, boleh masuk senarai. :D
DeleteAs salam..heehe..sayelah slah sorg silent reader...tp sygnya tak smpt jumpe hari tu
ReplyDeleteOwh... terima kasih...xpe... :)
Deletebyk tul dpt bisnes card ye
ReplyDeleteni sikit je encik ewan.... masa dulu2 lg banyak :)
Deleteok..siyes kelakar abis baca post ni..ehehe..thanks kak..apa pun salam kenalan..tambah kenalan..:)
ReplyDeletememang kelakar. seronok sgt program ni. dapat tambah ilmu dan kenalan. bukan utk glamour tp yg penting, ukhuwwah islamiyyah antara blogger tu erat melalui program ni :)
Deletemana kak ieta tau ayat sambungan tu .. mcm tetau je .. bukan tak nk sambung tapi muka broframestone dh lain macam harus lh sy seram kang tak memasal kena marah dengan dia
ReplyDeleteAkak ada instinct... Dah tua dik... faham sesangat dgn pkr mcm2 tu... :)
Deletehai kak ieta..sronok dapat jumpa walaupun skejap.. :)
ReplyDeleteThanks Syu, bagi notebook yg cute tu. N3 1 lg kak upload gambar nb yg cute tu :)
Deletetak sempat nk bersua muka dgn cikgu la.
ReplyDeleteTak mengapa...Saya biasa2 je. Terima kasih ya
DeleteBanyak kad perniagaan yang berjaya dikumpul.
ReplyDeleteBoleh la... tambah kenalan kalangan blogger pula :)
DeleteAlhamdulillah banyak dapat bertukar bisnis kad. pengalaman bersua-muka tu yang mahal.
ReplyDeleteMemang mahal Tuan... maka barulahbanyak komen dari pembaca dlm blog naif sy ni... Terima kasib Tuan :)
Deleteglemer eh puan tanah ni. kita yg tak sempat nak berkenalan. kenal2 kat sinilah. salam kenal...hihihih
ReplyDelete:D takde le glamour mana... biasa2 je... tapi u lah peluang yg ada. Apalagi...jfn lpskan peluang... bisnes dapat, kenalan pun bertambah kan? suka sgt :)
Deletetak sempat nak berjalan2 kenal2 dgn blogger lain huk3... next time kalau tersempak tegur2 la ye :)
ReplyDeleteSaya pun ramai lagi yang tak kenal. Tak sempat nak jumpa semua. Lagipun saya kurang dikenali...
DeleteIn shaa Allah...
Eeh... Nanpak kad kite la kak Ieta....
ReplyDeleteHehehehehehe.....
Hehehe... itula... Saje je kak paparkan. thanks Ayue sudi singgah ya :)
DeleteTerimakasih atas artikel anda yang menarik dan bermanfaat.
ReplyDeleteSaya juga mempunyai tulisan yang sejenis yang bisa anda kunjungi di
Pusat Studi Teknologi Sistem Informasi
In syaa Allah berkelapangan saya singgah ya. Terima kasih sudi singgah ya :)
DeleteWonderful article! This is the type of info that are supposed
ReplyDeleteto be shared across the internet. Disgrace on Google for not positioning this publish higher!
Come on over and visit my website . Thank you =)
My relatives every time say that I am wasting my time here at net, however I know
ReplyDeleteI am getting familiarity all the time by
reading thes nice posts.
WOW just what I was looking for. Came here by searching for
ReplyDeleteplenty of fish dating site
Just desire to say your article is as amazing.
ReplyDeleteThe clarity in your put up is just nice and i can suppose you are a
professional in this subject. Well along with your permission let me to grasp your RSS feed to keep up to date
with coming near near post. Thanks 1,000,000 and please carry on the
gratifying work.
If some one desires expert view about blogging after that i recommend him/her to go
ReplyDeleteto see this web site, Keep up the pleasant work.
Hello There. I found your blog using msn. This
ReplyDeleteis an extremely well written article. I will be sure to bookmark it and
return to read more of your useful information. Thanks for
the post. I will definitely return.