PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Air, jerebu dan MH370

As Salamu'alaikum. "Air, jerebu dan MH370".  Eh, Kenapa dan apa pula kaitannya topik ini ya?

Jom Dengar Cerita Air, jerebu dan MH370. Begini Ceritanya, Jika Tiada air, Pulak tu tak Tadah atau Simpan  air ... Memangla haru Jadinya ....

Nak  tadah air di Dalam apa? Mestilah di Dalam baldi. Takpun, Dalam Botol Botol-air mineral. Masa Inilah,   tong Air Berguna Waktu Air Dicatu.   Pengalaman saya baru-baru ini, tiga (3) hingga hari ini, air Dicatu selang 2 hari agak Menyiksakan. Kerana Kebiasaannya, bila Tiada air, saya Sekeluarga Perlu Berulang-alik-Pagi Pagi Sefi'ie mandi di rumah Mertua. Anak-anak Dahlah Kecil Kecil-pula, mana la Mereka Mampu  nak  Tolong ibu Bapanya ... Suami Tadah air, dua tong dah Habis kami guna. Hai ... Sabar aje la. Tapi, yang Bagusnya, Ikatan Silatur Rahmi saya dengan Mertua Jadi Bertambah Mesra.   Sukanya hati saya ...

Seperkara lagi, Terpaksa saya bawa anak-anak yang Bersekolah mandi di Bilik air masjid Berhampiran Tempat kerja saya. Siap bawa beg-beg Mereka Letak Dalam  Bonet Kereta  . Setiap hari yang air Dicatu atau air Tiada, maka Sentiasalah Siap Sedia Pakaian Sekolah  dan  Tuala Dalam Kereta. Sabar je lah ya ... Nak Buat Macamana ...? Kena Harungilah Juga ... Alhamdulillah Suami bantu Uruskan anak-anak yang Kecil dan yang pra-Sekolah. Terima Kasih Suami  yang   Sering Membantu saya.

Dah beli, dah baca ke Kitab Teknik SEO Merah Jambu?

AIR, Air dicatu, ISU SEMASA, Masalah Air, Jerebu, MH370, MH370 hilang, tadah air, solat hajat, solat sunat istisqa ', berdoa, Tong Air Berguna Waktu Air Dicatu, Isu hangat dunia, Pusat Perubatan Islam Al-Hijamah, Pusat Perubatan Islam Darul Hijamah, Jom DoaBuatMH370, http://www.blogieta.com/2014/03/tong-air-jerebu-dan-mh370.html
Tong ni, lagi 10 sen, RM100.00

AIR, Air dicatu, ISU SEMASA, Masalah Air, Jerebu, MH370, MH370 hilang, tadah air, solat hajat, solat sunat istisqa ', berdoa, Tong Air Berguna Waktu Air Dicatu, Isu hangat dunia, Pusat Perubatan Islam Al-Hijamah, Pusat Perubatan Islam Darul Hijamah, Jom DoaBuatMH370, http://www.blogieta.com/2014/03/tong-air-jerebu-dan-mh370.html
Beratur ... nak bayar. Ramai orang tu ...
Tiba-tiba  Jerebu  pula .... Dah Sakit Tekak, Sakit mata ..... Alhamdulillah masih Juga  Boleh pergi Bekerja. Tapi Terkejar-Kejarlah Sentiasa .... Nak Buat Bagaimana ... dah Tanggungjawab kita sebagai Pekerja, Kenalah Laksanakan Amanah yang  dah Diberi Kepada  kita. Perangai saya, saya tak Gemar Semua status di fb timeline Sentiasa ... Bukan elok Sebenarnya Statuskan  Semua segala biar orang Ramai baca. Suami saya pun tak suka. Nanti orang baca, Orangpun Menyampah kat saya.  Lainlah Jikalau saya ni blogger   yang Sudah Hebat Namanya. Statuslah apa Sahaja yang pasti Beratus Peminat Setia klik  like   Statusnya Sekelip mata.  Syabas Buat dia. In Shaa Allah  bila  Berkelapangan, saya akan Kongsikan tips Darinya Semasa program Sepetang Bersama Bloggers 2014 (Sebenarnya Sehari Sebab program dari Pagi)  yang Banyak Manfaatnya.

  
AIR, Air dicatu, ISU SEMASA, Masalah Air, Jerebu, MH370, MH370 hilang, tadah air, solat hajat, solat sunat istisqa ', berdoa, Tong Air Berguna Waktu Air Dicatu, Isu hangat dunia, Pusat Perubatan Islam Al-Hijamah, Pusat Perubatan Islam Darul Hijamah, Jom DoaBuatMH370, http://www.blogieta.com/2014/03/tong-air-jerebu-dan-mh370.html
Beginilah suasana jerebu yang sempat saya ambil gambarnya.

AIR, Air dicatu, ISU SEMASA, Masalah Air, Jerebu, MH370, MH370 hilang, tadah air, solat hajat, solat sunat istisqa ', berdoa, Tong Air Berguna Waktu Air Dicatu, Isu hangat dunia, Pusat Perubatan Islam Al-Hijamah, Pusat Perubatan Islam Darul Hijamah, Jom DoaBuatMH370, http://www.blogieta.com/2014/03/tong-air-jerebu-dan-mh370.html
Teruk kan?

AIR, Air dicatu, ISU SEMASA, Masalah Air, Jerebu, MH370, MH370 hilang, tadah air, solat hajat, solat sunat istisqa ', berdoa, Tong Air Berguna Waktu Air Dicatu, Isu hangat dunia, Pusat Perubatan Islam Al-Hijamah, Pusat Perubatan Islam Darul Hijamah, Jom DoaBuatMH370, http://www.blogieta.com/2014/03/tong-air-jerebu-dan-mh370.html
Jerebu oh jerebu ...

Pada 8 Mac lalu, dunia Dikejutkan dengan Pesawat MH370 Hilang. Hilang tanpa Diketahui kedudukannya. Sehingga ke hari ini, hari yang ke 9 10 kehilangannya amat diirasai Seluruh dunia.

Saya pernah buat artikel tentang MH37O bersekali dengan kisah Sepetang Bersama Bloggers 2014 tetapi dah terpadam dek virus yang melanda blog saya.. Jadi, jika anda ingin tahu Iebih lanjut tentang pesawat itu anda boleh layari blog Tuan Haniff Idrus.

Sebenarnya, semua ini adalah dugaan buat kita semua. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di  sebaliknya.

Antara hikmahnya ialah:
  1. Semua ahli Masyarakat tidak Mengira agama, Bangsa dan Fahaman politik Bersatu untuk Mencari Penyelesaian Melalui Pelbagai cara Samada Berdoa, Solat Hajat, Solat Sunat Istisqa' Mahupun Penyebaran Maklumat Melalui Laman-Laman Sosial Masing-Masing.
  2. Paparan hiburan berkurangan di dalam media televisyen kerana peristiwa MH370 memberi sedikit keinsafan walaupun masih terdapat konsert-konsert yang di teruskan tetapi terpaksa dibatalkan kerana kematian akibat pengambilan alkohol dan dadah yang berlebihan.
  3. Fitnah yang berleluasa terhenti seketika.

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi Tazkirah dari  rakan saya  usai Membaca Yasin Jumaat baru-baru ini Khusus untuk Keselamatan MH370 dan kesihatan kami kemua Dalam Keadaan Berjerebu yang Juga Menjadi   Isu Hangat dunia    hari ini.

Jom baca.

Golongan Lidah ada 3 Iaitu    :
  1. Memberi nasihat walau tak diminta.
  2. Diam sahaja bila mendengar oranglain bercerita keburukan oranglain.
  3. Suka mengumpat, bercerita keburukan oranglain dan mengadu domba.
Jadilah Lidah Pertama dan yang yang ke dua. Jangan Jadikan Amalan Seperti Lidah yang ke tiga.

Dua Anggota yang ke Membawa Neraka  : 

1. Lidah.
Jagalah lidah dari berkata-kata yang lagha (sia-sia) dan menyakitkan hati sesiapa.

2. Kemaluan. 
Jagalah maruah (kehormatan) diri dari dihina dan jagalah aurat dari dilihat ramai sesuka hati.

"Selagi tiada cebisan pesawat dijumpai, selagi Black Box yang menyimpan segala maklumat data pergerakkan dan rakaman dalam kopkit berjaya dianalisi, selagi itulah tiada satu pun teori dapat dibuktikan dengan fakta. Masuk hari ini, perubatan Islam turut digunakan dalam operasi SAR. Tak salah anda hendak membuat spekulasi dan teori konspirasi" 
Pesan MalDef, "JANGAN SAMPAI KONSPIRASI MENJADI FITNAH..Kredit To MALDEF (Rujuk SINI)

Air, jerebu dan MH370. Antara semua itu saling ada perkaitannya. Tong Air Berguna Waktu Air Dicatu.   Tanpa tong air, Susah .... tak Cukup Bekalan air di rumah kita. Jerebu berpunca dari pelbagai sebab. Boleh rujuk SINI. Yang pasti, semuanya dugaan dan ujian dari Allah. Air, jerebu dan MH370 semuanya berjaya menyatukan kita. Betul kan  apa yang saya bicara?

AIR, Air dicatu, ISU SEMASA, Masalah Air, Jerebu, MH370, MH370 hilang, tadah air, solat hajat, solat sunat istisqa ', berdoa, Tong Air Berguna Waktu Air Dicatu, Isu hangat dunia, Pusat Perubatan Islam Al-Hijamah, Pusat Perubatan Islam Darul Hijamah, Jom DoaBuatMH370, http://www.blogieta.com/2014/03/tong-air-jerebu-dan-mh370.html
Kredit untuk Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah

JomDoaBuatMH370
"Ya Allah Ya tuhan kami, sekiranya mereka di udara, kau turunkan lah mereka, sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka dan sekiranya mereka di darat, kau tunjukkanlah mereka. Andai mereka terbelenggu, walau di mana mereka berada, bebaskanlah mereka ... Bukakanlah hijab andai ada yang terhijab. Berikanlah kami petunjuk atas apa sahaja yang terhijab. Kami mohon agar doa kami hambamu dimakbulkan oleh mu Ya Allah. Dan kami mohon padamu Ya Allah, agar misi menyelamatkan mereka dipermudahkan. Leraikanlah kekusutan ini Ya Allah ... Engkaulah sebaik - baik Pelindung dan sebaik-baik Penyelamat. Amiin Ya Rabbal 'alamiin ... "

Psss ...  

4 hari baru dapat siapkan entri ni dek virus yang melanda, 
Tak tahulah virus apa ke namanya,
Kecik besar, kecik besar dah jadi tulisannya,
Tak larat dah saya nak betulkannya,
Yang dah entah kali ke berapa dok betulkannya,
Maka baru ni dapat saya paparkannya,
Sudi-sudikan baca dan komen ya :D
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 orang yang sudi komen:

  1. Hanya Allah yg Maha Mengetahui hikmahnya..namun dugaan tu sebagai peringatan dan teguran kpd kita semua...

    P/s: kak eita, tong air tu kt tempat sy RM79.90...Masih dikira murah kn... Tak sngka smpai dkat sertus hrganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Maria.
      Tulah, brp kali gali ganda diorg jual kt sini. Ambil kesempatan.... nasiblah...

      Delete
    2. Tapi tu mungkin area luar k.l kowt Maria...

      Delete
  2. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 sama ada yg nyata & yg tersembunyi... sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dgn keizinan mu Ya Allah... aamiin...

    ReplyDelete
  3. tong air, jerebu, mh370...tambah satu lagi, mati amik dadah masa konsert...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri tu dah ada dlm deraf. Mmg tragis sgt thn ni kan?

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, mahal gila. adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal... ni pun air masih dicatu lg selang 2 hari. Malaysiaku nan indah...

      Delete
  5. tong air tu 99.90 tu die kata promosi...? macam mahal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.... tu la pasai... tak pe lah, beli tu di carrefour wangsa Maju. Hanya kerana Air... Sabar je la....

      Delete
  6. Alhamdulillah jerebu pun dah beredar. Sama-sama kita teruskan berdoa MH370 berjaya ditemui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur jerebu dah beredar, cuma air je belum selesai. MH370 masih di doakan utknya :)

      Delete
  7. masalah kian mnjadi2...yg paling sakit kalau air takder...sy kat langat mmg dah standby siap2 air dlm tong2..nsb baik sy ada byk tong sbb dulu buat katering..mudahan masalah air terutamanya xjadi makin teruk...seksa nak pergi masjid dn rumah sedara nak mintak air...kalau balik kerja dah la jem..melekit..air xde..klo sakit perut dah nak kuar..adoyai....sengsara jiwa raga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah... siksanya kita ya..? Harap ada pihak berkenaan yang terbaca kisah ini. Amiin...

      Delete
  8. Replies
    1. Yeap, ujian utk melihat sejauhmana keimanan kita kepadaNYA

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *