"Car Boot Sale" atau ringkasnya CBS merupakan salah satu usaha seorang blogger iaitu saudara Khafizi dalam menarik minat golongan pelbagai kerjaya untuk berniaga.
Car Boot Sale telah lama dilaksanakan di luar negara. Saya pernah melihatnya di dalam sebuah rancangan di dalam telivisyen. Tak ingat saya apa nama rancangan tu. Namun saya tidak menjangka saya akan berpeluang menyertai program ini.
Di Barat, Car Boot Sale ini adalah salah satu cara untuk masyarakat di sana berjimat cermat. Di sana mereka akan menjual barang mereka yang lama untuk membeli barang-barang baru. Inilah kaedah asal sebenarnya.
Lain pula cara saya. Saya gunakan peluang menyertai program Car Boot Sale ini sebagai salah satu cara mempromosi dan melariskan produk niaga saya yang kebiasaannya saya jual secara online. Siap ambil order baru lagi. Ha... Saya juga menggunakan laman sosial saya yang lain untuk tujuan yang sama. Masa inilah juga saya gunakan untuk mengedar bisnes kad saya bagi mempromosikan blog lifestyle dan fanpage yang saya ada.
Rupanya banyak tempat telah diwujudkan sistem Car Boot Sale ni... Antaranya di Melawati, Lembah Keramat dan di Datok Keramat. Produk niaga bonet kereta saya berada di belakang Parkir Masjid Al-Akram, Datok Keramat. Program Car Boot Sale di Parkir Masjid Al-Akram ini juga adalah di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Car Boot Sale memang menarik dan memang best!
Berikut antara jualan menarik di Car Boot Sale...
 |
Banner yang ekslusif, cukup jelas menerangkan tentang Car Boot Sale. |
 |
Orang lain ada hamparan atau meja, saya betul-betul manfaatkan bonet kereta untuk Car Boot Sale.... |
 |
Tepung Magik Serbaguna ni memang sangat-sangat magik... Keterangan lanjut, Klik SINI |
 |
Tepung Cheezy Cheese Sauce ini memang selalu sold out. Keterangan lanjut, Klik SINI |
 |
Salah seorang rakan niaga yang juga ibu kepada murid saya. Kami bertemu di Car Boot Sale. |
 |
Wakil Takaful pun ada di Car Boot Sale. |
 |
Pelbagai produk ada di Car Boot Sale. |
 |
Pakaian anak-anak yang cantik di Car Boot Sale ni. Geram je saya melihatnya... |
 |
Juga ada di sini, saudara ni juga boleh buat wiring dan pelbagai kerja berkaitan lagi. Temui beliau di Car Boot Sale. |
 |
Pelbagai Novel pun ada di Car Boot Sale.... |
 |
Produk jeans dan kasut berjenama dengan harga berpatutan oleh rakan niaga saya ni, seorang guru juga ada di Car Boot Sale. |
 |
Pakaian casual juga ada di Car Boot Sale ni. |
 |
Pakaian dewasa lelaki, wanita dan permainan kanak-kanak terdapat di Car Boot Sale. |
 |
Mesin jahit pun ada di Car Boot Sale.... |
 |
Beberapa produk yang terdapat dalam blogshop Dunia Niaga ieta. Jemput singgah ya...
|
Mari bersama meriahkan program Car Boot Sale. Keterangan lanjut tentang Car Boot Sale boleh lihat juga di facebook CarBoot Sale Datok Keramat K.L. Tapi hati-hati... pemilik Car Boot Sale ini pandai putar belit cerita... Masa saya join dahulu, 3 kali cancell tanpa makluman. Ownernya pandai putar belit cerita. Hati-hati sajalah ya... ^__^
Cikgu ieta Blogger, Social Media Influencer, Coaching Online Smart Trading
Assalamualaikum kak ieta, wahh bestnya. pernah dengar tapi tak pernah mai lagi. yang dekat dengan rumah sheila Kota Damansara tu. hehehe
ReplyDeletebila2 singgah ya Sheila coz banyak barang bokeh dibeli ngan harga yg murah ^__^
Deletemesti murah kan?
ReplyDeleteMemang murah & berbaloi2.... ^__^
Deletemacam macam ada kat car boot sale kann???
ReplyDeletebetul Farah ^__^
Deletemenariknya kak..seronok gak ek meniaga cbs ni
ReplyDeleteBerniaga memang seronok Farah ^__^
DeleteSambutan dari pengunjung macam mana? Ok tak
ReplyDeleteSambutan amat menggalakkan Tuan Sabree
DeleteSeronoknya boleh jual mcm2
ReplyDeleteMemang amat menyeronokkan ustazah Ain. lebih2 lg bila duit masyuk.. ^__^
Deletebestnyer, guna kerete jer kan..byk gak boleh jimat tu ;)
ReplyDeleteBetul tu cikgu Norazimah. Sgt mudah dan jimat mcmni.
Deleteinsurance pun ada...yang penting meriah, pengunjung pun seronok jalan-jalan.
ReplyDeleteMacam2 ada Tuan Denaihati :)
Deletedekat tempat saya pun ada yang jual camne..
ReplyDeletemudah dan cepat.
nak buat jugak tapi tak taw nak jual ape..huhu
Banyak benda boleh buat bisnes sebenarnya... cer Cikgu Nik cari. Pasti jumpa nanti ^__^
Deletewah..bestnya..nanti nak join jugak lahh..
ReplyDeleteJomjoin... ^_^
Deletemcm mn nak join ye...blh bg info x..huhu
ReplyDelete