PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

RESEPI GOBIS MASAK LEMAK SEMPOI....

As salam.

Mengekek saya ketawa bila tengok keyword yang dicari dalam blog saya ni iaitu "GOBIS MASAK LEMAK". Nak kata blog saya ni blog resepi... rasanya jarang-jarang sekali saya paparkan resepi dalam blog saya ni. Tapi tak mengapalah kan... Saya perturunkan je lah resepi sempoi saya ni.

Nak tahu apa itu Kitab Teknik SEO Merah Jambu? Klik sini

Resepi, Gobis Masak Lemak, Gobis Masak Lemak Sempoi..., Masakan sayuran, Gobis, bawang besar, santan, Ikan bilis, udang hidup, Tepung Magik, garam, Blogger memasak, sayur, http://www.blogieta.com/2014/04/gobis-masak-lemak.html
KEYWORD HARI INI DALAM BLOG ieta, GOBIS MASAK LEMAK. Ekeke...
Sebenarnya... Dalam banyak-banyak masak, GOBIS MASAK LEMAK nilah yang paling sempoi dan senang giler....

Meh sini nak habag mai na... 

Bahan-bahan untuk GOBIS MASAK LEMAK iaitu :
  1. Sayur gobis 
  2. Sebiji bawang besar. (Saya tibai bawang besar je semua masakan saya... mudah...)
  3. Sepeket atau setengah biji santan.
  4. Segenggam ikan bilis atau udang hidup.
  5. Tepung Magik atau garam.
Cara Memasak

  1. Sayur gobis dibasuh terlebih dahulu ya...
  2. Potong gobis ikut citarasa sendiri. Untuk masakan berkuah, biasanya saya potong besar-besar. Baru best nak kunyah....
  3. Bawang potong ikut citarasa sendiri juga.
  4. Masukkan sayur gobis, bawang yang dah dihiris tadi.
  5. Masukkan Ikan bilis atau udang hidup dan diakhiri dengan santan.
  6. Kesemuanya bahan biasanya saya masukkan sekaligus ke dalam periuk.
  7. Dah agak menggelegak dan sayur gobis sudah layu, masukkan Tepung Magik, secukup rasa.
  8. Jangan lupa kacau selalu ya bagi mengelakkan santan pecah minyak atau perlahankan api.
Resepi, Gobis Masak Lemak, Gobis Masak Lemak Sempoi..., Masakan sayuran, Gobis, bawang besar, santan, Ikan bilis, udang hidup, Tepung Magik, garam, Blogger memasak, sayur, http://www.blogieta.com/2014/04/gobis-masak-lemak.html
Nilah rupanya gobis masak lemak. Kredit gambar di SINI
Dah siap masak Gobis masak lemak, hidang... Senang je kan Gobis Masak Lemak? Moga bermanfaat ^__^
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. Assalamualaikum kak ieta. sedapnya lauk sayur. sheila suka sangat dapat makan sayur. hehehee lawa header baru kak ieta. hihiiii ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummy kan Sheila?^__^
      Header reka sendiri

      Delete
  2. masakan paling simple tapi paling sedap couple dengan sambal belacan !! pergh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. memaang pergh! lapar jadinya ^__^

      Delete
  3. Gobis pun gobis lah.. tp mmg sedap.. mmg sempoi hehee.. :D

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak buat... terliur pulak!

    ReplyDelete
  5. fuhh...masak lemak pulak tu....tambah sambal belancan dgn ikan goreng pon sodap...

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *