Mencari rezki

Hanya mencari rezki yang halal,
Terpaksa mukaku menebal,
Walau pelbagai sangkaan yang meniti,
Terpaksa ku cekalkan hati...

Walau kesakitan yang melanda,
Tiap saat dan ketika,
Ku buat-buat gagah sahaja,
Tak siapa pun tersangka.

Sakit bukan ku sengaja,
Siang ku sakit malam ia reda,
Kini sakit kembali,
Bersabarlah wahai diri...

Apa ku buat diluar waktu kerja,
Untuk menambah pendapatan keluarga,
Tak ingin meminta-minta....

MC doktor yg bagi,
Sakit bukannya saja-saja dan dicari-cari...
Perlu marahkah?
Perlu juga dipertikaikah?

Aku hanya mencari rezki...

Comments

  1. byk bersabar, memang sukar nk puaskan hati semua org.

    ReplyDelete
  2. Puitis... semoga diberi ketabahan dlm mencari rezeki demi kehidupan yg diberkati... aamiin...

    ReplyDelete
  3. Betul tu...memang sukar nak puaskan hati semua orang...

    ReplyDelete
  4. sabar ye kak.. moga terus diberi kecekalan hati..

    ReplyDelete
  5. Tabahkn diri akak dlm mengharungi liku2 kehidupan ;-)

    ReplyDelete
  6. tabahkan hati dan jangan berhenti berdoa..pasti ada sinarnya..

    ReplyDelete
  7. Demi keluarga tercinta...rezeki kena lah cari walaupun muka terpaksa ditebalkan..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.