PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Pentingnya menabung...

Pentingnya menabung... Masih ingat tak lagi kali pertama anda bekerja berapakah gaji atau elaun yang anda terima?  Oleh kerana dulu-dulu tak mewah... maka menabung tu wajib jadi rutin harian saya ni...

Kali pertama gaji saya dulu, RM350.00 sahaja iaitu dari mengajar PASTI pada waktu pagi dan petang, saya mengajar SRA JAIS dengan RM500.00 elaunnya. Tapi, dengan gaji sebanyak tu, saya masih boleh beri abah dan arwah emak saya duit setiap bulan, tolong beli barang-barang dapur sikit-sikit. Yang paling best, siap support sekolah adik-adik saya lagi.   Masa tu guna fon motorola lama yang kalo baling kat anjing pun pasti mati.

Masa tu, saya memang susah... Tinggal dengan abah dan arwah emak. Menetap di rumah sewa sekejap je. Than, balik tinggal dengan keluarga semula. Masa tu, mana mampu nak beli smarrtphone... Ingat lagi, nak buat kol sebelum ada telefon di rumah dan sebelum saya guna Motorola tu, pergi rumah jiran sebelah... Susah whoa... takde alat komunikasi... Nak tau, memang saya kuat menabung masa tu. Saya pergi balik kerja, naik turun bas je. Pergi kerja siap bawa bekal hari-hari... Jimat giler...

Pentingnya menabung... sebab bila sesak-sesak, saya jarang minta duit dari abah dan arwah emak saya. Saya mesti korek tabung ^__^. Masa tu, saya bujang lagi... Lepas habis study di Kolej Cosmopoint (sekarang KLMU) baru saya belajar kereta di driving school Imkeda. Tiba-tiba, cikgu memandu cakap "lepas awak habis belajar ni, awak kawen dengan saya". Terus saya lari... Takut... Lebur gitu je duit memandu. Mana berani cerita kat sesape pun... hatta kat abah dan arwah emak saya. Lurus bendul orang kata... Eh, lari topik lak... Sori...

Semasa saya mengajar di sebuah sekolah swasta.  Saya ingin menyambung pelajaran saya. Arwah emak cakap "Long, hang nak sambung belajag, pak hang cakap cari duit sendiri. Pak hang dah tak larat dah". Sedih... :'( Ye lah kan... Adik-adik 5 orang lagi nak belajar... Nak sambung belajar di Kolej Cosmopoint, Diploma Kompuer dan Pengurusan tu bukannya murah beb.... RM6,500.00... Tu tak termasuk lagi kos turun naik bas, makan minum, paper dan disket untuk assignment. Maka, turun naiklah saya sendirian jumpa Ketua Kampung untuk minta tanda tangan bagi mendapatkan bantuan Am Pelajaran dari Baitulmal dan buat muka tebal merayu pada pemilik Kolej, mohon penangguhan pembayaran yuran sehingga dapat bantuan dari Baitulmal. Terus terang saya beritahu beliau, saya orang susah. Ahamdulillah beliau izinkan. Alhamdulillah juga, saya diterima bekerja di kolej sebagai librarian. Dapatlah saya menampung sedikit kos makan minum sepanjang kelas yang tak tentu masanya untuk student full time seperti saya buat masa tu.

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Ini kelas saya tempat saya mengajar. Dalam kelas selalu jumpa duit. Kesian murid yang tercicir duit tu. Tidak boleh menabung kan?

Untuk menampung kehidupan, sambil-sambil tu kan, saya buat bisnes MLM A to Z (Avon to Zhulian... hehe...). Pahit getir dalam bidang MLM selama lebih kurang 18 tahun buat saya tekad untuk buat bisnes sendiri sehingga kini. Duit gaji saya korbankan pada peringkat permulaan buat modal bisnes. Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce dan lain-lain lagi makin maju ^__^

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Pentingnya Menabung... Dapat juga buat rolling bisnes part time... ^__^

Sebelum meneruskan kisah tentang pentingnya menabung, izinkan saya bercerita perjalanan pekerjaan saya sebelum berkahwin. Dulu, saya hanya bekerja sebagai guru sahaja. Pernah juga menjawat jawatan sebagai Penolong guru besar. Diikuti sebagai Kerani kemasukan data di sebuah syarikat yang ada link dengan MPPJ. Namun, sesudah berkahwin, saya memberanikan diri bekerja di syarikat-syarikat swasta secara kontrak. Mulanya saya diterima bekerja di sebuah syarikat peguam sebagai receptionist di sebuah syarikat peguam terkenal di Kuala Lumpur. Kemudian, saya diterima pula bekerja sebagai kerani bahagian perumahan di sebuah syarikat peguam berbangsa Cina. Masa tu cara kerja saya memang teruk. Kualiti out terus... Sebab kontrak, tak pe lah kan... Nak cari pengalaman je sebenarnya... Lagipun nak dapat kerja mudah masa tu...

Seterusnya saya diterima bekerja di syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra. Kerana mempertikaikan caruman KWSP saya yang tak dicarum dengan betul, setiausaha syarikat yang bermulut laser terus menengking saya hingga membuatkan saya fed up dan saya berhenti bekerja di situ. Saya terus ke Jabatan buruh dan buat aduan. Saya pantang orang tipu saya hokay... Alhamdulillah saya menang.

Kemudian masa anak saya baru seorang, saya diterima bekerja pula sebagai kerani di sebuah Tadika swasta. Oleh kerana pemilik Tadika waktu itu memberi saya lima kerja dalam satu masa, saya tak menang tangan jadinya. Pemilik Tadika tu menghempaskan semua failnya ke lantai sebab satu kerja pun tak siap. Dahlah tu, ada ke patut dia suruh saya tampal berita yang melibatkan seks di hadapan meja komputer saya... Memang pelik minah tu... Satu lagi yang pelik, dia ambil terus saya sebagai pekerjanya tapi masih meneruskan sesi interview kepada ramai lagi calon yang ada. Yang pelik lagi, dia boleh cakap kepada kawan dia Datin apa entah... "Dia ni P.A I..." walhalnya, masa mula-mula dia maklumkan saya ni kerani. Pelikkan? Dah tu, saya pun berhenti tanpa ambil gaji saya. Dalam surat saya kepada beliau, saya minta beliau sedekah je duit gaji saya tu kepada anak-anak yatim sebab saya meluat dengan sikapnya tu. Terukkan saya? haha... Tapi saya puas hati sebab dapat keluar dari tekanan.

Satu hari, kawan baik saya datang rumah dan merayu kepada saya agar bekerja dengannya sebagai Pembantu Tadbir di syarikat Ikhwan Electrical Engineering sambil buat bisnes Raja Prepaid. Saya juga P.A dan Consultant syarikatnya. Saya terima dengan berat hati. Gaji hanyalah bergantung pada komisyen. Takde gaji tetap. Surat tawaran pun takde. Macam kuli batak dibuatnya saya. Tak sihat pun disuruh bekerja. Jika keluar makan, berjumpa client mesti tempat yang mewah belaka. Tak mainlah kedai tepi jalan... Macam lembu dicucuk hidung pun ada... Apa diarah, saya turuti tanpa membantah. Adakalanya, makan sepinggan dan digaul dahulu sebelum makan. Bekas pekerjanya kata "ko ni dah kena mandrem ni...". Aik takkan orang berfurdah, berjubah dan cakap hal agama bagai nak rak nak mandrem orang kowt... kata saya dalam hati. Masih terus bekerja, satu hari saya dan suami kesempitan wang... Suami minta saya dapatkan gaji saya termasuk claim-claim kerja yang tertunggak lama tak dibayar. Beliau menengking saya "Suami tak bagi duit ke??".

Bermula dari situ, saya sentiasa solat hajat dan mohon dari Allah agar saya diberi kekuatan untuk berhenti. Nak dijadikan cerita, satu hari saya dapat idea berhenti disebabkan dapat kerja disyarikat lain. Terus saya tidak bekerja. Barulah saya perasan kenapa dua kakitangannya yang terdahulu kerap menalifon beliau tetapi beliau tidak akan angkat. Gaji tak dapat rupanya.... Duit gaji saya? Suami cakap "Kalau dia bagi pun, tak hingin ambil...". Pentingnya menabung, waktu tiada kerja wang dalam tabung amat berguna ^__^

Akhirnya, abah, arwah emak, adik-adik dan suami menyarankan saya mengisi borang jawatan Guru di JAWI. Saya isi dan Alhamdulillah, saya masih di sini dengan jawatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma  Kontrak. Lepas tamat pembelajaran di UTMSpace In Shaa Allah saya akan mendapat jawatan guru Tetap.

Search Description PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Pentingnya menabung... Kadang-kadang hasil tabungan dapat belanja murid-murid saya yang ceria n ^__^

Search Description PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra,
Pentingnya menabung... hilang stress tanda kertas periksa bila lihat anak-anak pun dah turut bijak menabung ^__^

Sebelum itu, semasa saya baru lagi menjawat jawatan guru, biasa la kan, 2 bulan baru elaun masuk. Ditadirkan, susu dan pampers anak ke dua habis... Sambil menangis-nangis, saya korek tabung untuk membeli susu pampers anak. Alhamdulillah cukup... Syukur... Masa tu anak baru dua orang.  Bagi saya, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam. Kebanyakan barang-barang dalam rumah saya, kami suami isteri beli cash. Kemudian, masa anak yang ke empat (4) baru merasa   beli MYVI. dengan duit bonus setelah bekerja lima (5) tahun sebagai guru Kontrak. Suami topup la sikit... Tu pun, Alhamdulillah.... Asalkan ada kereta syukur... Takdelah nak susahkan abah dan ipar duai saya lagi nak angkut kami sekeluarga bila nak pergi beraya... Takdelah sampai semput-semput lagi waktu saya sarat mengandung berjalan kaki setengah kilometer naik bukit untuk ke perhentian bas lagi... Dapatlah bawa anak-anak sampai ke Gambang, Pahang dah ha.... Syukur Alhamdulillah.... ^__^

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra, Pentingnya amalan menabung, Kepentingan Amalan menabung, Manfaat menabung, Faedah menabung, Manfaat dan pentingnya menabung, Pentingnya mendidik menabung dari kecil, Kebaikan Menabung Wang, Kepentingan Menabung
Pentingnya menabung... Berbaloi... Ha... Inilah tabung saya dari bujang lagi. Hadiah dari murid saya masa mengajar di PASTI tahun 1990. Kecil je... Tapi amat bermanfaat.

Kini, setelah lapan tahun bekerja dengan JAWI ni, barulah merasa smartphone... Beli pun sebab fon C3 pemberian suami saya rosak. Maka dapatlah saya berblogging dan kongsi bisnes yang saya ada ke media-media sosial melalui smartphone saya ni. Saya topup RM50.00 sahaja setiap bulan. Lagi RM20.00 dapat percuma. Memandangkan segala kos hidup makin tinggi, PANDAi-PANDAilah cari income dan saving yang patut-patut untuk hidup... Tak perlu merungut-rungut selalu... Usaha tu perlu...

PENGALAMAN, Pengalaman Blogger, Pengalaman hidup, kisah belajar, KISAH GURU, Kisah blogger, KISAH TAULADAN, Pentingnya menabung, Tabung, menabung, 50 sen, lebih baik korek tabung dari meminjam-minjam, amalkan menabung, Kolej Cosmopoint, KLMU, Menabung tu wajib, korek tabung, kuat menabung, mengajar, sekolah swasta, baitulmal, Untuk menampung kehidupan, Avon, Zhulian, Alhamdulillah... bisnes membekal tepung magik, tepung cheezy cheese sauce, mashed potatoe with gravvy sauce, bisnes makin maju , cari pelanggan, syarikat swasta, Jurutera Perunding milik bumiputra, Pentingnya amalan menabung, Kepentingan Amalan menabung, Manfaat menabung, Faedah menabung, Manfaat dan pentingnya menabung, Pentingnya mendidik menabung dari kecil, Kebaikan Menabung Wang, Kepentingan Menabung
Pentingnya menabung... Sesak-sesak boleh guna untuk bayar minyak yang mahal. Tak selalu la buat camni... hehe

Bak kata Tuan Amir Denaihati, 
 "Tak salah ada smartphone dan ada kereta TAPI kita kena pastikan smartphone dan kereta jadi hamba kita untuk datangkan pendapatan tambahan bukan kita jadi hamba mereka keluar duit setiap bulan bayar bil dan loan kereta." Tuan Amir, Denaihati.

Pentingnya menabung... Setiap hari semua syiling 50 sen, pasti saya tabungkan. Sebab apa 50 sen? Sebab mudah nak kira... Lagipun 50 sen tu comel... ^__^ Hingga ke hari ini, saya masih lagi amalkan menabung begitu. Sebenarnya kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada... Ukur baju di badan sendiri... Guna dan pakai semampunya dan nak hidup berkat, kenalah langsaikan hutang yang ada dahulu... Pentingnya menabung... bila sesak-sesak, tabungan tu amat berguna nanti. Suami saya jenis tak galakkan bergolok gadai emas. Katanya emas ni boleh wariskan kepada anak-anak...

Kesimpulannya hidup ni, perlu bijak merancang, guna dan ambil peluang dan ruang yang ada. Saya sekadar berkongsi. Moga yang baru habis belajar, boleh ambil iktibar dan jadikan panduan dari sedikit pengalaman hidup yang tertaip di blog ieta ni dan sebagai semangat untuk anda semua. Ini hanya SEBAHAGIAN sahaja kisah bagaimana saya menabung. Anda bagaimana pula ya?

Psss...
Kenapa saya suka baca kisah Pentingnya Menabung dalam Blog ieta ni? Sebab saya boleh kenang balik zaman saya susah dulu dan taklah saya jadi ego apatahlagi takbur dengan apa sahaja kurniaan dari Allah buat saya ^__^
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

16 orang yang sudi komen:

  1. Banyaknya pengalaman kak eita sblum jadi cikgu ea... Perjalanan hidup kita berbeza tapi sy juga dr klrga ssh dan sy juga menabung utk dpt kan sesuatu... Kumpul duit utk beli sst yg saya suka dan hendak, tak snggup nk mnta duit dr mak bapa... Jual jeruk di sekolah tak pun jual buah yg dipetik dekat2 rumah... Duit tu lah sy guna utk.beli apa sy suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru sikit je Maria. Banyak lagi yg tak dapat akak nak share di sini :)

      Delete
  2. Betul kata maria fidz ti. Banyaknya pengalaman kak ieta. Kalau buat buku ni, best baca. Hihi. Xpenah plak terasa nak menabung sari 5 kupang. Bagus jugak idea kak ieta ni! Walaupun sikit, tp asanya berbaloi jugak. Duit tu memang nak menabung ke, ataupun digunakan waktu sesak ujung bulan kak ieta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 pun boleh Dala... hehe... Kdg2 kalo dah berat, akak kira ngan anak2 pehtu pi bank in. Jadi ank2 pun suka coz 1 aktiviti bersama mereka

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Perjalanan penuh berliku. Peringatan untuk menabung adalah penting supaya ada bekalan kewangan ketika susah dan bersara nanti. Bagi pekerja swasta caruman KWSP adalah sangat-sangat diperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aku biomed. Terima kasih atas pandangan tu ^__^

      Delete
  5. Pengalaman tu mengajar kita tentang pentingnya menabung kan kak...terlalu banyak onak ranjau untuk kak ita lalui sehinggalah menjadi seperti sekarang..cerita yang sungguh memberi input kepada pembaca akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih sudi berkunjung. Moga bermanfaat :)

      Delete
  6. menabung ni memang penting...boleh digunakan bila masa kecemasan...simpan sikit2 pun jadilah setiap hari...asalkan menabung...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3... Sampai sekarang, saya turunkan ilmu menabung tu kepada anak5 saya Ezad :)

      Delete
  7. pergh panjangnya cerita..gigih nad baca..banyak pengalaman kak ieta..bagus tu kak..nad mampu ke jadi macam kak ieta..tak taula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time teringat terus menaip pehtu teringat lagi, taip lagi. Publish dah pehtu teringat lagi... Haaa... ni yg pjg berjela jadinya Nad... hehe...

      Delete
    2. Insyaa Allah Nad pun mampu... Setiap dari kita Allah akn uji atas kemampyan kita utk menghadapinya Nad ^__^

      Delete
  8. Saya seronok baca kak sampai habes. Puas hati baca akak menang yg kes kwsp tu. haha. Tapi rasa nak tau plak suami akak sekarang yang cikgu memandu tu ke? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Taklah Zana. Suami kak ni ketua pelajar masa study kat Cosmopoint dulu tapi jumpa kat ofis. Tak pernah terjumpa masa study dulu. Tu la namanya kalau dah jodoh. Jodoh rahsia Allah hehe

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *