5 Tips Niaga menghasilkan Rezki Allah tanpa diduga. Apa yang ingin saya kongsikan semuanya berlaku setiap hari sepanjang Ramadhan kali ini.
5 Tips Niaga menghasilkan Rezki Allah tanpa diduga. Bukan nak menunjuk ya... Sekadar berkongsi hasil dari pengalaman sendiri. Bagaimana? Begini bermula ceritanya.
Semalam, semasa di poslaju, untuk urusan mengepos Chocoletto kepada customer2 saya di merata tempat.
Kerani pos "Semua dalam kaca ke kak?".
Saya "Ye dik".
Kerani pos "Macamana rupanya kak?"
Maka saya pun tunjuklah sampel... Yang kecil 1, yang besar 1. Lastly, dia beli dua-dua terus.
 |
Layari Dunia Niaga ieta untuk lihat keterangan lanjut tentang Chocoletto yang sangat-sangat Yummylicious... |
Selepas balik dari poslaju, sedang saya menyusun barang-barang bisnis yang ada dalam bonet kereta saya, tiba-tiba makcik jiran depan rumah yang sedang menyidai kain tanya, "Ko buat apa tu...". Saya pun tunjuklah semua yang ada di dalam bonet kereta saya tu... Biasalah saya... Semua yang ada saya cerita tanpa jemu. Lastly, dia beli Tepung Chezzy Cheese Sauce. Dia juga dah tempah Rempeyek yang tinggal tak seberapa banyak lagi tu.
Siang tadi pula, sambil mengagih dan menyusun kerepek-kerepek untuk dihantar kepada customer, jiran yang parking keretanya sebelah kereta saya tanya "Ko buat apa tu ieta?".
"Ni ha... nyusun kerepek-kerepek dan barang-barang bisnis dalam bonet ni ha... Jap gi nak hantar kat kedai kawan dah order... Bonet kecik... Tak susun betul-betul srmak pulak jadinya..." jelas saya. Panjang lebar tu... hehe...
Ini sebahagian sahaja kisah saya. Nak cerita semua jenuh pula membacanya kan? :D
Sebahagian bisnis saya adalah melalui Internet. Dan kebiasaannya adalah secara direct. Sebenarnya, saya mula berniaga secara kecil-kecilan dan sambil-sambilan ni bermula pada tahun 2013 iaitu tahun lepas, sejak berpindah mengajar di sekolah yang baru. Saja seronok-seronok... Memang teruja kerana produk-produk yang saya niagakan tu semua mendapat sambutan. Kebetulan saya memang minat berniaga. Dari bujang lagi saya sudah berniaga. Ikut jejak arwah emak saya. Adik-adik saya semua pun berniaga. Nak tahu? Diam tak diam, dah 11 produk yang saya niagakan selama satu tahun setengah ni dan mendapat sambutan dari rakan-rakan di kelas UTM, rakan-rakan sekerja, adik beradik dan juga rakan-rakan blogger.
Ingin tahu apa lagi Produk Terlajak Laris Dunia Niaga ieta? Layari blogshop Dunia Niaga ieta. (Tapi tak semua produk sempat saya masukkan ke blogshop saya tu tau)
1) Jangan takut bersedekah.
Bersedekahlah kepada mereka yang susah mengikut kemampuan diri kita walaupun hanta sepuluh sen. Percayalah, kita bagi satu, Allah balas dua kali ganda dan kadangkala, berlipat kali ganda...
2) Yakinlah pada Allah.
Yakinlah atas apa yang kita buat. Pedulikan apa sahaja mulut longkang ataupun kata-kata negatif orang terhadap kita.
3) Rezki kita ni tak semuanya sama.
Lambat atau cepat, yang penting, sabar dan usaha. Ada orang buat full time tapi tak salah un nak berniaga secara part time. Periuk nasi kita... kitalah yang tentukan. Ye tak?
4) Ikut kemampuan diri.
Berniagalah atas minat dan kemampuan diri sendiri. Jika sudah bekerja tetap, lakukan bisnis secara sambilan tanpa perlu membebankan diri.
5) Berzikirlah dan mintalah kepada Allah.
Amalkan zikir yang anda biasa buat, di samping menghilangkan penyakit-penyakit hati, juga dapat menghindarkan diri dari terlalu mengejar dunia.
5 Tips Niaga menghasilkan Rezki Allah tanpa diduga... Syukur Alhamdulillah... Cubalah. Syoknya berniaga... Saya berkongsi dengan anda semua rasa gembira dapat menyahut seruan junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w bahawasanya "9/10 rezki adalah dari dunia perniagaan". Ini lah 5 Tips Niaga menghasilkan Rezki Allah tanpa diduga. Anda ada lagi? Sudi-sudikan berkongsi dengan saya dan pembaca yang lain di ruang komen ya? Terima kasih... ^__^
Artikel ini disiapkan pada 31/77/2014. Harap maklum. Moga bermanfaat 😁
thnkz share...mudah2han rzki akk sntiasa melimpah ruah
ReplyDeleteAamiin... Trimas Nurul Aqidah ^__^
Deletealhamdulillah ... semoga rezeki ieta terus melimpah ... teringat kata2 my kakak ; " kat sekolah aku tu kan banyak kedai . " ... heheheee . maka klu saya nak beli apa2 yg dijual secara online , saya akan tanya my kakak dulu , kat sekolah ada jual tak ? ... setakat ni semuanya ada ... senang kan !
ReplyDeleteSaya pun letak Chocoletto di sekolah tempat sya bekerja. Disamping dpt tambah pendapatan , juga dapat jana wang koperasi sekolah saya ^__^
Deletewah belum ada rezeki nak rasa lg ada peluang nanti nk oder jugak..
ReplyDeletememang rezeki salu datang tanpa diduga kan sis dari minat pun boleh buat duit alhamdulilah.. biar sikit asal kite berusaha dan halal..
Betul tu Sheda. Yg penting berusaha ^__^
DeletePerkongsian yg bagus..ty
ReplyDeleteWelcome Kiz. Thanks sudi berkunjung juga
DeleteAlhamdulillah, semoga terus sukses diberikan rezeki dariNya.
ReplyDeleteSeronok kan kak ieta berniaga ni :) ada rezeki nak jual semula sambal warisan.. dulu mmg ada jual on/offline kak ieta tapi sebab rumah sdg buat baru tu yg stop nya sementara ,InshaAllah nak bli tepung magik tu nak cuba asyik dok usha je sblm ni hehee.. nti bli kat kak ieta je boleh pos laju je kn..
ReplyDeleteWa... Eyfa ada buat sambal warisan... nnt buat balik tau. Akak nk rasa.
DeleteBolehw... poslaju boleh je... ^__^
alhamdulillah suka mama baca ramai juga yang beli ye. pandai meniaga
ReplyDeleteallah dah tetapkan rezeki masing2.. yg penting kita kena sentiasa berusaha
ReplyDeleteAsalam terima kasih tips yang sangat bagus ya
ReplyDeleteAsdalam terima kasih ya..banyak manfaatnya
ReplyDeleteSeronok berniaga. Duit tak pernah putus
ReplyDelete