Assalamu'alaikum. Ingin saya kongsikan bagaimana "Bila Model Antarabangsa Menemui Islam". Menangis saya membaca kisah Aliza Kim dan Felixia Yeap yang telah kembali kepada fitrah Islam yang berjaya menenangkan hati mereka.
Bila Model Antarabangsa Menemui Islam, terus saya mencari sesuatu untuk dikongsi dengan pembaca blog ni. Pasti ada kisah yang benar-benar membuat mereka tertarik kepada Islam. Berikut adalah petikan kata-kata model antarabangsa yang sempat saya baca dan memberi kesan ke lubuk sanubari saya.
Bila Model Antarabangsa Menemui Islam, terus saya mencari sesuatu untuk dikongsi dengan pembaca blog ni. Pasti ada kisah yang benar-benar membuat mereka tertarik kepada Islam. Berikut adalah petikan kata-kata model antarabangsa yang sempat saya baca dan memberi kesan ke lubuk sanubari saya.
"Perjalanan saya bermula dengan pembacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup. Perjalanan mencari kebenaran berrmula apabila kehidupan peribadi saya berdepan krisis besar, termasuk gemar menyertai parti sosial dan bergambar seksi dalam dunia fotografi. Selepas enam bulan hidup dengan cara itu, saya mula bosan dan kekosongan jiwa belum diubati. Kemudian, saya menyesal dan berhasrat untuk kembali kepada ajaran agama. Saya tinggalkan semua aktiviti itu dan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan harapan dapat menemui ketenangan sebenar. Berniat mencari agama dan ajaran sebenar, saya mengunjungi banyak gereja serta membuat kajian mendalam sejak 2012. Namun pencarian itu belum memenuhi kekosongan jiwa. Lantas saya mula mengkaji agama dan ajaran yang dibawa golongan nabi termasuk Muhammad, Isa dan Musa. Saya percaya nabi tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan" ~Aliza Kim~
![]() |
Suci bersih wajah Aliza Kim tanpa sebarang make up. Kan? |
Aliza berkata, dia tertarik dengan sistem dan penstrukturan Islam dalam aspek kehidupan seperti bersolat, makan, pakaian mahupun bercakap.
"Apabila kita ikhlas mencari Allah, Dia akan datang kepada kita. Kemudian, saya mencari kebenaran mengenai satu Tuhan, bukan saja Islam, Kristian mahupun Yahudi, bahkan agama lain. Saya membaca 12 buku dan setiap buku itu membawa saya kepada pencarian dan pengetahuan baru mengenai kebenaran. Saya berasakan ia adalah aturan sempurna ditetapkan Allah untuk saya melihat kebenaran. Apabila difikirkan semula, secara ikhlas saya yakin sebenarnya kebenaran yang menemui saya.” kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa ini.
Disoal masih merindui dunia peragaan, Aliza berkata, pekerjaan itu dilakukan bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mencari pendapatan menampung kehidupannya.
Ini pula kisah Felixia Yeap,
"Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan. Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat. Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!" ~Felixia Yeap~
![]() |
Sejuk mata saya memandang wajah Felixia Yeap ni. |
"Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis. Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan. Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.
Islam itu sememangnya indah... Teringat arwah emak saya pernah berpesan...Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435. Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah. Tidak ada sebarang media yang akan hadir. Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang." ~Felixia Yeap~
"Toksah keji, hina artis dan orang tak pakai tudung atau seksi... Entah-entah amalan dan matinya nanti lebih baik daripada kita. Kita ni, belum tentu mati kita nanti bagaimana..."
Bila Model Antarabangsa Menemui Islam, tidak ada apa yang perlu dihairankan atau dipandang sinis. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Siapa kita untuk mempertikaikannya...? Benarkan, Bila Model Antarabangsa Menemui Islam, pasti ada sesuatu yang menarik hati mereka. Kan?
Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah :D
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeletemasyaAllah,,hinanya diri kita nii,,
ReplyDeleteMulia mereka bila dah menemui Islam.
DeleteOrang yang nak berubah ke arah kebaikkan, sepatutnya di beri sokongan. Apapun, ena sentiasa support bg mereka yg ingin berubah sedangkan diri ena ni pun masih bnyk kekurangan dan perlu diubah serba sedikit
ReplyDeleteBetul tu Ainaa
Deleteitu namanya hidayah...
ReplyDeletealhamdulillah
Syukur Alhamdulillah...
DeleteSukanya headline arwah mak kak ieta.... :)
ReplyDeleteBuah yang busuk tu belum tentu tak boleh dimakan... itulah hidup...
Benar tuTunSha
Deletebetul tuh...jgn kita pndg serong pd mereka yg seksi n tidak menutup aurat n jahil...sbb satu ari nti bile mereka bertaubat,mereka.lbih baik dr kita...
ReplyDeleteSangat benar Mimi
Deletesuka dengan kata-kata mak akak tue.
ReplyDeleteIslam adalah agama dan cara hidup paling baik ..i love islam
ReplyDeleteAlhamdulillah...Trima kasih Hero Borneo ^__^
DeleteAllah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
ReplyDeleteBetultu Kiz
Deletealhamdulillah, bertambah lagi sahabat baru seagama kita. Yehh!
ReplyDeleteYeayyyy... Akak pun suka mereka begitu Encik Titan ^__^
Deletesetuju sgt dgn kata2 mak akak tu
ReplyDeletemana tahu org yg seksi-seksa tu nnt akan berubah
malah nnt lebih baik dr kite2 ni. Allahu
Alhamdulillah... Moga tenang arwah emak akak di sana. Terima kasih Syazana ^__^
DeleteAlhamdulillah, semoga rasmi lagi menerima hidayah dariNya akan datang.
ReplyDelete