Ini kisah beli rumah... Beli 2003. Pemaju kata siap 2004. Tapi 2013 baru siap. "Harga segugus kunci" di sebuah apartment yang terbengkalai di Hulu Kelang ini RM1200.00 termasuk deposit api air, cukai pintu, cukai tanah dan servis caj.
Kisah rumah terbengkalai ni sudah masuk TV3 banyak kali dah... Sudah ada yang merampas gugusan kunci mereka dari pihak pemaju dek tidak tahan terlalu lama menanti rumah mereka siap.
Rakan saya ini tiada masa berbuat demikian. Kebetulan ada rezeki lebih, beliau pergi ambil kunci rumah dari pihak pemaju semalam. Staff Intel Best Corporation ni sombong... perungus sangat. Sebab nak cepat selesai, malas beliau nak bertekak dengan cina ni. Semasa membayar duit kunci, rakan saya sempat bertanya tentang CF. Jawab staff Intel Best Corporation Mr. Thkoon, CF tak dapat lagi tapi dah ramai yang duduk. Pemaju wat dono je bila lembaga perumahan cakap bukan pembeli yang sepatutnya perlu tanggung bayar sume cukai2 tu.
Dek malas nak fikir dah setelah 10 tahun menunggu... maka rakan saya ni pun bayar je lah kunci tu... seb pi tengok lepas dapat kunci tu, rumah ok tak de retak2 macam rumah2 terbengkalai lain. Menurut kontraktor perumahan di situ, kena pasang grill, awning, plaster siling yang tak ditampal elok, pasang lampu kipas dan cuci rumah... semua RM9,600.00...
Follow @marsitahieta
Tweet
![]() |
Harga segugus kunci memang mahal bagi golongan berpendapatan sederhana dan anak ramai ditambah dengan kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ni. |
Kisah rumah terbengkalai ni sudah masuk TV3 banyak kali dah... Sudah ada yang merampas gugusan kunci mereka dari pihak pemaju dek tidak tahan terlalu lama menanti rumah mereka siap.
Rakan saya ini tiada masa berbuat demikian. Kebetulan ada rezeki lebih, beliau pergi ambil kunci rumah dari pihak pemaju semalam. Staff Intel Best Corporation ni sombong... perungus sangat. Sebab nak cepat selesai, malas beliau nak bertekak dengan cina ni. Semasa membayar duit kunci, rakan saya sempat bertanya tentang CF. Jawab staff Intel Best Corporation Mr. Thkoon, CF tak dapat lagi tapi dah ramai yang duduk. Pemaju wat dono je bila lembaga perumahan cakap bukan pembeli yang sepatutnya perlu tanggung bayar sume cukai2 tu.
Dek malas nak fikir dah setelah 10 tahun menunggu... maka rakan saya ni pun bayar je lah kunci tu... seb pi tengok lepas dapat kunci tu, rumah ok tak de retak2 macam rumah2 terbengkalai lain. Menurut kontraktor perumahan di situ, kena pasang grill, awning, plaster siling yang tak ditampal elok, pasang lampu kipas dan cuci rumah... semua RM9,600.00...
"Tak tau lah lagi bila dapat duduk situ..." Katanya...
Kisah Harga segugus kunci ini adalah email dari rakan saya, pembaca blog ieta. Ada rakan-rakan yang mencadangkan rakan saya ini menceburkan diri dalam perniagaan emas. Mana nak cekau duitkan...? Rakan-rakan beliau telah mencadangkan buat loan bank. Pertanyaan beliau, bijakkah gali lubang tapi lubang tetap terbuka tidak tertutup-tutup? Sampai bila nak hidup berhutang hanya kerana nak mendapatkan pulangan berganda dari hasil berhutang? Saya hanya mampu mendoakan mudah-mudahan beliau dapat duduk segera di rumahnya itu dan dipermudahkan segala urusannya. Sesungguhnya, seseorang itu sanggup buat apa sahaja demi membayar harga segugus kunci. Betulkan?
Pesan saya... Jangan kita sombong dan anggap semua orang mampu seperti kita... Tak perlu perli-perli menambahkan dosa jika orang tak mahu menuruti kita.
#pleasekeep #prayforGhaza, #prayforMH17, #prayforMH370 & #SaveAllMuslimInTheWorld.
Entri berkaitan :
Entri ni ada 1 je komen dari blogger kat komen G+ tu... Yang sedihnya... 26 komen lagi dari Anonymous, semuanya spammer... huhuhu... :'(
ReplyDelete