26 August 2014

Manfaatkan medium sosial yang ada



As salam. "Manfaatkan medium sosial yang ada". Anda ada medium sosial?Manfaatkanlah medium sosial yang adaKenapa agaknya ya sedemikian tajuknya? Sebenarnya semalam baru saya on facebook saya seketika melalui PC. Terkejut saya diam tak diam, hingga 25/8/2014 jam 1.33 petang, ada 1,374 rakan-rakan yang sudi menjadi rakan alam maya saya di facebook berkongsi cerita, idea dan segalanya di situ. walaupun ramai stalker. Manakala followers blog pula baru ada seramai 1230 followers. Google + pula seramai 1,389 followers|1,355,029 views walaupun ramai silent reader. Taklah hebat mana... Ramai lagi blogger yang hebat-hebat dari saya. Tapi ia cukup memberi impak yang besar buat saya sebagai seorang guru, usahawan dan juga blogger.


Manfaatkan medium sosial yang ada, Advertorial, cara meningkatkan traffik blog, IKLAN JANA WANG ONLINE, PROMOTE BLOGGER, REVIEW BLOG BLOGGER, facebook, Google +, Blog ieta, Dunia Niaga ieta, Blogshop Dunia Niaga ieta merupakan medium niaga online, instagram, twitter, ummaland, media sosial, Linkedin
Manfaatkan medium sosial yang ada... Usah dicemari dengan perkara yang merosakkan jiwa dan bangsa.

Saya adalah seorang isteri, ibu, guru, student PJJ, blogger dan berniaga secara sambilan. Blog Kisah Cikgu ieta  merupakan medium untuk saya menulis apa sahaja. Samada berbentuk ilmiah mahupun yang santai-santai. Juga menyertai kontes dan segmen anjuran blogger. Manakala Blogshop Dunia Niaga ieta pula merupakan medium niaga online saya berniaga secara kecil-kecilan dan secara sambil-sambilan sahaja. Saya juga memperdagangkan produk-produk bisnes saya itu secara langsung dengan rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang sukakan produk-produk niaga saya tu.

Instagram saya belum berapa mahir begitu juga dengan twitter. Apatah lagilah Ummaland yang masih sangat baru saya sertai. Sebab itulah saya galak sekali posting apa sahaja dilaman sosial facebook saya tu. Tapi bukanlah hari-hari dan setiap saat... 

Untuk tujuan perkongsian maklumat dan pembelajaran, boleh follow saya di Linkedin ataupun di slideshare saya.

Manfaatkan medium sosial yang adaSesiapa yang ada link2 seperti di atas, boleh letak link di ruangan komen ya. Bila berkelapangan, saya tambah ke dalam link saya. Banyak manfaatnya bila kita aktif di laman-laman sosial yang ada. Ini hanya sebahagian sahaja. Banyak lagi sebenarnya... Jadi, mari sama-sama kita memanfaatkan medium sosial yang ada. 

Selamat datang kepada rakan2 yang baru... Terima kasih kerana sudi add atau accept saya sebagai rakan facebook, follower blog dan semua laman sosial yang ada. 


psss...

Sudahkah anda meletakkan blog ieta ke dalam bloglist anda?

Untuk beriklan, boleh pm saya di sini ->>Ieta Mat Sa'ad.
Atau boleh kemukakan sebarang pertanyaan di sini ->>Blog ieta.
Boleh membeli pelbagai barang niaga saya di Blogshop saya ini ->>Dunia Niaga ieta.
 di Twitter dan boleh  jika entri ini bermanfaat.

Entri berkaitan : Networked Blogs



23 August 2014

Cara Mengatasi Sakit Perut

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera semua. 

Baru-baru ini ada rakan blogger bertanya saya bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut? Puas saya memikirkan apakah yang saya buat ya?

Ha... Ingat dah, bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut yang sering saya lakukan.

Pada kebiasaannya, jika saya mengalami sakit perut, saya akan ambil botol mineral, saya masukkan air panas, balut dengan towel good morning dan tuamkan ke perut saya tu. 
Cara Mengatasi Sakit Perut, Codi Cafe enak, lazat, berkhasiat, memberi tenaga, mengurangkan sakit perut
Codi Cafe, kopi ini jika diminum waktu panas juga dapat mengurangkan sakit perut.
Kemudian saya tidur meniarap. Saya letakkan bantal di bawah perut saya. Ataupun saya sapu minyak Afiat ke atas perut. Akhir sekali saya minum air Yasin.

Kebiasaannya, sakit perut ini berlaku waktu saya akan period (datang bulan) dan mengalami cirit-birit seterusnya diikuti muntah yang teruk. Gastrik juga boleh mendatangkan penyakit sakit perut yang tahap kronik sehingga boleh pengsan dibuatnya.
"Pesakit yang mengalami sakit perut perlu mengelakkan mengambil pil ponstan secara kerap kerana ia akan mengakibatkan kesan dan sakit lain dikemudian hari". kata rakan blogger saya Cik Pijaz, seorang jururawat.
Tapi jika sakit perut kerana tak makan disebabkan nak berdiet... baik jangan diamalkan ya... Silap-Silap haribulan  boleh dapat gastrik pula. Sarapan pagi dan makan tengahari jangan tinggal... Kerana ia memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari. 
"Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi". Utusan Melayu (M) Bhd.
Beginilah cara mengatasi sakit perut yang selalu saya amalkan. Anda ada lagi cara mengatasi sakit perut yang boleh dikongsi dengan saya? Jangan malu jangan segan... Tinggalkan cadangan anda diruangan komen di bawah ya?  Terima kasih... ^__^



15 August 2014

HATI SEORANG IBU

HATI SEORANG IBU.
Air Nur Cocoa terdapat di pasar malam. Sedap...
Air Nur Cocoa terdapat di pasar malam. Sedap... Sekadar gambar hiasan
USAI MENGAJAR.
Satu malam usai mengajar mengaji, seorang ibu berjalan di pasar malam. Dalam hatinya mengumam sendirian,

"Apa ya aku nak beli untuk anak-anakku dan suamiku di rumah?".

Sedangkan ditangannya tak punya wang yang banyak untuk membeli sesuatu. Yang ada, hanyalah wang untuk perbelanjaan keesokan hari sahaja.

TEKAK KEHAUSAN.
Tiba-tiba kakinya melencong ke arah penjual air. Mungkin kerana tekaknya yang kehausan yang amat sangat, lalu si ibu itu membeli air Durian Belanda kesukaannya.

Dalam hati, "Kalau beli cup besar, di rumah ramai boleh minum ni".
Lantas si ibu bertanya kepada gadis peniaga air tu,

Adik, kalau cup besar tu berapa ringgit ya dik?". Tanya si ibu sambil melihat wang di dalam dompetnya dan ingatan berlegar kepada anak-anak di rumah yang sering ternanti-nantikan apa ibu bawa balik walau pun sudah makan malam bersama ayah mereka.

"RM2.50 kak" jawab si gadis penjual air.

"Tak pelah dik, bagi akak cup kecil je cukup" kata si ibu.

Di sebelah gerai penjual air, ternampak keropok lekor kegemaran si ibu dan anak-anak di rumah. Lalu dibelinya sebanyak RM3.00 menggunakan wang di dalam sampul wang khas untuk minyak kereta.

Dalam hati si ibu,

"Tak pelah, adalah tu nanti... kat mana-mana rezeki nanti Allah bagi untuk belanja esok lusa".
Pasrah sungguh si ibu.

JAGUNG REBUS JAGUNG BAKAR.
Terlihat di hadapan kedai penjual air, jagung rebus dan jagung bakar.

"Ha, anak-anak suka ni. Belilah. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu aku bawa balik untuk anak-anak dan suamiku di rumah" ngumam si ibu dalam hati sendirian lagi sambil menuju ke  gerai penjual jagung.

"Dik, ni berapa ringgit ya dik?" Sambil menunjuk ke arah jagung dalam cawan.

"2 setengah kak". Jawab gadis penjual Jagung tu.

"Yang rebus dan bakar ni berapa pula dik?". Tanya si ibu.

"Yang ni 2 ringgit 50 sen kak. Yang tu pun sama". Jawab gadis penjual jagung.

Tanpa berfikir lagi, si ibu membuat keputusan, "Bagi akak jagung rebus dan jagung bakar dik". Pinta si ibu sambil mencari wang RM5 dari sampul wang minyak keretanya.

"Nah dik, beli ya dik". Akad jual beli si ibu sambil menghirup air Durian Belanda membasahkan tekaknya yang kering seketika.

"Ya Allah, mahalnya... Tapi takpelah, untuk anak-anak dan suami. Esok lusa pasti ada rezeki lain Allah bagi". Ngumam si ibu dalam hati lagi.

Si ibu berjalan balik sambil fikiran ligat memikirkan sesuatu untuk belanja sekolah anak-anaknya yang bersekolah dan demi masa hadapannya.

9/10 REZEKI DARI DUNIA PERNIAGAAN.
Lantas si ibu teringat, "Ha, semalam dan tadi ada customer bank in duit produk niaga. Ha, bolehlah nanti ambil buat belanja sementara nak dapat gaji. Alhamdulillah Ya Allah...".

Menangis dia seketika. Rupanya duit perniagaannya masih ada... Bersyukurlah... Benarlah, 9/10 rezeki adalah dari dunia perniagaan...

Si ibu meneruskan perjalanan balik ke rumah. Dalam perjalanan, minyak kereta diisi di Petronas berhampiran. RM50.00, penuh tangki minyak kereta si ibu.

KELETAH DAN WAJAH COMEL ANAK-ANAK MENGHIBURKAN HATI IBU.
Tiba si ibu di rumah, anak kecil berumur tiga tahun siap menanti dan membukakan grill pintu rumah sambil berkata,

"Bu pe tu Bu?" Sambil menunjuk kepada makanan di tangan si ibu.

Sejuk hati si ibu melihat wajah comel anaknya. Melihat suami tercinta tidur, sambil meletakkan makanan si ibu berkata, "Makanan... makanlah", kata ibu, tanpa bercerita apa-apa dan terus berlalu ke bilik menyimpan beg, bersiap untuk berehat.

Begitulah keletah anak-anak si ibu saban hari. Balik sahaja, pasti anak-anaknya mengintai ditangan si ibu apa yang ibu mereka bawa balik. Dalam hati si ibu,

"Alhamdulillah ku beli sesuatu. Boleh juga anak-anak makan".

Anak-anak si ibu makan dengan penuh kegembiraan walau pun sebenarnya tadi, sudah makan bersama ayah mereka. Di dapur, baki telur masak kicap ada di atas meja.

"Sudah makan rupanya anak-anak dan suamiku. Alhamdulillah...". Berbicara sendirian hati si ibu.

Sebab itu aku berniaga... Aku takkan meminta-minta...
Gambar sekadar hiasan nak bagi anda terliur. Sedapkan Nur Cocoa tu? Gi beli kat Dunia Niaga ieta Enterprise atau whatsapp je 0192586141 ek?

TAHUKAH KITA?
Hati seorang ibu sering tidak terdugakan? ‬Seorang ibu pasti ingatkan keluarganya walau apa jua keadaan. Adakah kita tahu hati ibu kita? Ingatkah kita kepada ibu kita?
Sajak Seorang Wanita Itu...
Seorang Wanita itu...

TAK MAMPU BERSEDEKAH? 

Senyumlah. Senyum tu pun sedekah.

Tadi ambil anak di sekolah, saya senyum kepada seorang emak yang menunggu anak di tepi pagar sekolah. Wajahnya nampak sangat kepenatan.

Saya senyum kepadanya. Dia balas senyuman saya. Serius Tuan Puan, tenang hati saya dan happynya rasa dijiwa.

Berkaitan sedekah,

Bukan semua orang mampu walau sekadar RM10. Usahlah kerana orang tidak bersedekah kita pandang orang tu hina pula. Kita tak tahu kesusahan dilaluinya.

Saya pernah melalui zaman di mana nak beli susu pampers anak, sesen duit pun tak ada. Ye lah, gaji kontrak masa tu melalui 3 jabatan. Jadi, apa saya buat? 

Nak meminjam malu. Nak pergi ke Baitulmal mohon RM50 setahun tu, terfikir 

Takpelah. Duit tu mesti ada orang lain lebih memerlukan.

Tak jadilah saya ke baitulmal memohon bantuan.

Nak tahu saya buat apa? Boleh gunakan idea saya, berniagalah. Takpun menabung. Sesak, koreklah tabung. 😁

Ini sekadar kisah hati seorang ibu yang sentiasa beridea dan berusaha buat apa sahaja. Support suami yang banyak tanggungjawabnya demi anak-anak. Bukan menghabiskan duit suami sahaja dan berbangga-bangga dengan kemewahan yang ada. Kadangkala yang melihat dan membaca pelbagai tanggapannya. Ada yang menangis sedih sebab tak dapat seperti apa kita dapat. Kasihan merekakan?

Apa pun sama-samalah kita support IBU-IBU suri rumah yang berniaga ya. Ambil dan kongsilah mana yang bermanfaat. Terima membaca. 🌹


Artikel berkaitan
PENTINGNYA MENABUNG (Sila klik dan baca).


Stok burger

Memperkenalkan.... Stok burger Rumahku Syurgaku. Kali ini RM64.00 sahaja harganya.

11 August 2014

Networked Blog

Huh, lamanya... tak update blog ni... Banyak benar entri duduk dalam deraf... Idea banyak tapi  dok deraf je la... 

Buka email, nampak "Networked Blog" apa yang dibaca oleh Chepah Ila Hussein ni ha... Dah lama saya follow blog beliau. Jadi silent reader blog Chepah gitu... hehe...

05 August 2014

Resepi Kuah Kacang Sempoi

Sejak berumahtangga, memang setiap tahun saya buat kuah kacang. Kali ni saya simpan ketat-ketat "Resepi Kuah Kacang Sempoi" saya di dalam blog Kisah Cikgu ieta (Blog ieta) ni. Jadi tak perlulah teruk mencari lagi di tahun-tahun akan datang.

04 August 2014

Hadith : Tinggalkan perkara yang meragukan

Kemelut yang melanda jiwa dan akal sesetengah manusia ketika ini ialah boikot atau tidak dan suka tapi terpaksa boikot. Jadi, ingin saya kongsikan "Hadith : Tinggalkan perkara yang meragukan" yang pernah saya belajar dulu.

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?