PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Cabaran 30 Hari | Hari 4 | Buku kegemaran saya



"Cabaran 30 Hari | Hari 4 | Buku kegemaran saya".

Cabaran 30 Hari | Hari 4 | Buku kegemaran saya. Hari ke 4 ni, untuk Cabaran 30 hari kelab blogger ben ashaari, saya diminta bercerita tentang Buku Kegemaran Saya.

Meh tengok dulu gambar-gambar buku kegemaran saya yang saya ada.

#Cabaran30hari, #kelabbloggerbenashaari, #entrykelabbloggerbenashaari, buku kegemaran saya, Contest, Segmen, Cabaran 30 hari kelab blogger ben ashaari, Ensiklopedia Solat, Tips menjadi seorang Pengetua yang hebat, Bermotivasi, Jejak Pengetua Super, Guru JUSA C, Guru hebat dan cemerlang, Puan Khuzaimah binti Sulaiman,
6 buah buku ni saya beli hasil daripada berniaga di program Jabatan Sempena Sambutan Hari Guru dan Jamuan Hari Raya baru-baru ini. Semua buku ni memang sudah lama saya inginkan. Berbaloi membelinya.

Pemilik buku ini, Puan Khuzaimah binti Sulaiman merupakan Guru hebat dan cemerlang. Beliau telah dinobatkan sebagai Guru JUSA C. Antara tajuk buku yang baru sempat saya baca sedikit, Jejak Pengetua Super

Buku 'Jejak Pengetua Super' ini banyak mengisahkan bagaimana pengalaman beliau sebagai seorang Pengetua dan Tips menjadi seorang Pengetua yang hebat. Semua bukunya penuh bermotivasi. Para pendidik memang sesuai memiliki dan perlu ada buku-buku sebegini. Tapi kan...satu pun belum sempat saya habis baca lagi... huhu...

#Cabaran30hari, #kelabbloggerbenashaari, #entrykelabbloggerbenashaari, buku kegemaran saya, Contest, Segmen, Cabaran 30 hari kelab blogger ben ashaari, Ensiklopedia Solat, Tips menjadi seorang Pengetua yang hebat, Bermotivasi, Jejak Pengetua Super, Guru JUSA C, Guru hebat dan cemerlang, Puan Khuzaimah binti Sulaiman,
Yang ini saya beli menggunakan baucer buku yang saya dapat dari UTM Space. Ensiklopedia Solat tajuknya.

Buku 'Ensiklopedia Solat' memang dah lama juga ingin saya membelinya. Sangat berguna sebagai sumber rujukan untuk assignment saya. Juga rujukan tentang apa sahaja berkaitan solat. Bagus jika anda semua pun dapat memiliki buku ini. 

Saya beli buku Ensiklopedia Solat ni pada bulan 4 tahun ini. Buku ini pun saya belum habis baca. Tapi suami saya dah khatam buku ni... Dasat tu... :D

Banyak sebenarnya buku kegemaran saya... Tapi biarlah yang ni sahaja saya paparkan kat blog ni ya. Penuh lak ngan gambar buku dalam entri ni kalo semua buku saya paparkan di sini.  hehe...

Cabaran 30 Hari | Hari 4 | Buku kegemaran saya. Tak susah nak siapkan entri ni. Sebab gambar memang dah ada dalam fon saya ni. hoho... Siap Cabaran 30 Hari | Hari 4 | Buku kegemaran saya. In shaa Allah bila ada buku yang saya dah khatam, saya buat entrinya nanti. Bila free la ya? Ok tak entri ni? huhu...

#Cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari
#entrikelabbloggerbenashaari

Psss... 
Blogger yang nak join GA boleh support GA blogger Mawar Biru Giveaway Sempena Merdeka di sini
SHARE

marsitah mat sa'ad

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 orang yang sudi komen:

  1. Macam best je segmen ni. Macam mana ye?

    ReplyDelete
  2. hai hai hai... kak eita... jeng3! tuan tanah katanajeeb singgah sini... amboiii..kemain buku Jusa ye..nak pencen nanti cari saya yer.. erkk.. hihihi.. sy pun ada juga ensaiklopedia solat tu... best sgt2 kak..

    ReplyDelete
  3. Bagus buku-buku yang ada. Saya pun banyak koleksi buku dan majalah, ada stgh dah pun dijual .... mana yang tak dibaca, tak elok disimpan sahaja, baik diberikan pada orang lain. Setidaknya ada pahala kat situ jika disedekah ... jika dijual, jadikan modal utk beli buku baru.

    ReplyDelete
  4. nad suka baca buku ujang..hahahhaa

    ReplyDelete
  5. 2 buah buku yg bila saya baca terasa ada kelainan dari yg lain.
    1. Berani gagal
    2. The magic of thinking big

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *