PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Cabaran 30 Hari : 1 Resepi Kegemaran saya, Hari 19

#kelabbloggerbenashaari #entrykelabbloggerbenashaari #cabaran30hari, Cabaran 30 Hari, Entry Kelab blogger Ben Ashaari, Kelab blogger Ben Ashaari, Kisah Cikgu ieta, Resepi, Resepi Kegemaran saya, Resepi daging goreng halia, Resepi daging goreng halia plus kentang goreng sempoi
Gambar daging goreng halia dari google image
Cabaran 30 Hari : 1 Resepi Kegemaran saya, Hari 19. Haaa... gitulah tajuk Cabaran 30 Hari  pada Hari ke 19 ini...

Cabaran 30 Hari : 1 Resepi Kegemaran saya, Hari 19. Tanpa buang masa, jom baca resepi kegemaran saya iaitu daging goreng halia plus kentang goreng sempoi.


1. Daging yang dihiris (agak2 la ngkorang nak menghirisnya, jgn terlampau halus suda...) makesure, basuh dan tos dahulu ek...
2. Kentang (buang kulit, basuh dulu...potong ek...)
3. Halia (1cm)
4. Bawang besar 4 biji (lagi banyak lagi sedap)
5. Bawang putih (3 ulas)
6. Asam jawa (gaulkan dgn air, setengah mangkuk).
7. Garam secukup rasa
8. Gula hujung2 sudu sahaja...tak perlu lebih2...
9. Bawang besar hiris bulat atau ikut suka hati...

No. 3, 4 & 5 tu...sila lah blend kan ia...


1. Goreng kentang (agak2 lah ya, jangan hangus pula) dan toskan minyaknya.
2. Panaskan minyak.
3. Tumis bahan2 yang telah diblender tadi hingga naik baunya...
4. Masukkan daging dan tutup kuali, biarkan sebati dgn bahan tumisan hingga keluar semua air daging tu. (Jangan lupa... sesekali kacau, jgn tak kacau supaya tidak hangit).
5. Kemudian, masukkan air asam jawa.
6. Jika mahukan berkuah, silalah tambahkan air sehingga tenggelam daging...
7. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.....
8. Masukkan garam dan sedikit gula.
9. Akhir sekali, masukkan bawang besar hirisan tadi...
10. Dah menggelegak, silalah tutup api....

Dah siap.... Daging goreng halia plus kentang goreng sempoi ini memang  amat sedap dimakan bersama-sama nasi yang panas.




Maaf ya,  tiada gambar. Memang setiap kali masak daging goreng halia plus kentang goreng sempoi ni, saya tidak sempat snap gambarnya.... heeee... Sorry...

Untuk Cabaran 30 Hari : 1 Resepi Kegemaran saya, Hari 19 ini, amat mudah tak perlu fikir panjang kerana dahulu saya pernah kongsikan resepi daging goreng halia plus kentang goreng sempoi ini di dalam blog. Cabaran 30 Hari : 1 Resepi Kegemaran saya, Hari 19. Anda pula gemar resepi yang mana satu ya?


#kelabbloggerbenashaari
#entrykelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari

Entri berkaitan Cabaran 30 Hari:
  1. 1 Gambar Terbaru dan 5 fakta diri saya.
  2. 5 cara memenangi hati saya
  3. Sesuatu yang menguatkan Saya
  4. Buku Kegemaran Saya
  5. 3 Perkara yang ingin anda katakan kepada bekas kekasih anda
  6. Apa-yang-anda makan hari ini
  7. Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda
  8. 5 lagu cinta kegemaran saya
  9. 5 lelaki yang menarik perhatian saya
  10. Apa di dalam Handbag Saya.
  11. Perkara lucu pada zaman kanak-kanak
  12. 5 whishlist saya.
  13. 5 blog kegemaran saya
  14. Cerita kasut saya
  15. Surat kepada anak-anak ibu
  16. Siapa bagaimana saya 10 tahun lagi.
  17. 5 perkara yang saya rindukan.
  18. Siri TV kegemaran

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *