PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Sesuatu yang menguatkan saya

"Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Sesuatu yang menguatkan saya". Ahha... Hari ini baru hari yang ke tiga saya menyertai Cabaran 30 entry ni.... Logo Kelab Blogger Ben Ashaari pun telah melekat dengan jayanya di sidebar blog ieta ni. Yippiiii... ^__^
Untuk Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Sesuatu yang menguatkan saya. Begitulah tajuk yang diberi. Tajuk ini memberi dua maksud pada pemahaman saya. Menguatkan di sini ada dua ya. Iaitu :

1. Menguatkan tubuh badan untuk bekerja.
Sudah tentulah melalui pemakanan tambahan atau supplement.
2. Menguatkan iaitu memberi semangat untuk meneruskan sesuatu perkara atau pekerjaan.

Saya tidak mahu menyentuh tentang supplement sebab saya tak berminat perniagaan MLM. So, apa agaknya ya sesuatu yang menguatkan saya? Sama seperti orang lain juga... Di sebalik apa yang telah saya kecapi pada hari ini, pasti ada somebody yang menjadi sumber kekuatan dan peransang buat saya.

Masa bujang dahulu... yang menguatkan saya ialah semangat dari dalam diri saya sendiri. Lautan api je yang tak saya redahi. Yang lain semua saya buat sendiri. Abah dan arwah emak saya merupakan insan yang paling menguatkan semangat saya untuk membuat apa sahaja yang saya mahukan.

Kini, apa yang saya ada? Saya ada 5 perkara yang menguatkan saya iaitu :


  1. Blog. Saya berblogging secara santai mengikut sedikit ilmu yang saya ada dan diwaktu lapang. Waktu saya update blog? Boleh baca SINI.
  2. Bisnes. Secara kecil-kecilan dan sambil-sambilan sahaja. Ingin tahu apa bisnes saya? Boleh skodeng SINI :D
  3. Kerjaya. Hah, ini keutamaan saya. Sebagai guru, perlu 200% jaga integriti dan kebertanggungjawabannya ni...
  4. Keluarga. Ini penting..Tanpa mereka, saya bukan seperti sekarang ini. Sokongan dari suami kekuatan bagi saya ^__^
  5. Pembaca blog. Sudah pasti tanpa mereka, blog ieta sudah lama terkubur ^__^ 

Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Sesuatu yang menguatkan saya tak semestinya sama dengan orang lain... Kerana lain orang, lain cara dan budayanya... So, tak perlulah memperlekehkan orang lain jika kekuatan orang lain tu tak sama dengan apa yang kita ada. Siap sudah entri Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Sesuatu yang menguatkan saya. Anda bagaimana? Pasti ada sesuatu yang menguatkan anda?
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 orang yang sudi komen:

  1. Yayyy dah tau dah tau akak kuat.hihi

    ReplyDelete
  2. Ramai sungguh yang join cabaran ni. Best jugak kalau join ni.

    ReplyDelete
  3. Hehehe setiap org ada penguat tersendiri.. yeahhhh

    ReplyDelete
  4. Datang sini tengok penguat akak :)

    ReplyDelete
  5. cabaran yang menguatkan para blogger untuk menaip..hehe

    ReplyDelete
  6. Komen kt sini sbg pendorong smgt utk kak ieta ;)

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *