PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Cabaran 30 Hari | Hari 6 | Apa yang anda makan hari ini


Cabaran 30 Hari | Hari 6 | Apa yang anda makan hari ini. 



Cabaran 30 Hari | Hari 6 | Apa yang anda makan hari ini. Tajuk cabaran 30 hari pada hari ke 6 ni Apa yang anda makan hari ini? Sebenarnya... pagi tadi saya tak sempat makan... Terus ke kuliah untuk presentation subjek Fiqh Islam 2 bertajuk Uzur di bulan Ramadhan : Isu dan Hukum.

Kelas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Jam 12.00 tengahari baru makan nasi berlauk yang kawan sekuliah belanja. Sedap... Gambar memang tak snap sebab terlupa. Jam 4 petang baru saya makan tengahari Nasi goreng Rendang Ayam dan Sambal Udang Petai (ada Petai lah pulak dalam tu...) Hewwww... Tak habis pun makan... Makan suku je. Tak lalu... Nasi goreng tu saya beli di cafe UTM sebelum naik ke bilik kuliah. Sampai di rumah terus layan anak yang nombor 5 berumur 1 tahun 9 bulan tu. Than ke dapur, basuh pinggan mangkuk sikit sambil melihat Sup Tulang yang telah siap di atas dapur. Seterusnya saya goreng telur dadar untuk makan malam.

Cabaran 30 Hari | Hari 6 | Apa yang anda makan hari iniAlamak... Lepas solat maghrib terus-terusan siapkan assignment Multimedia. Ha?.... Tengok-tengok jam dah 11.59... Entri terderaf dari siang tadi untuk dipostkan sebelum jam 12.00 tengah malam dah pun terlepas dari ingatan untuk saya siapkan dek kesibukan menyiapkan assignment. Esok kelas pagi beb... Nak present... Maka berakhirlah Cabaran 30 Hari saya... cukup sampai Hari ke 6 sahaja. Tamat sudah Cabaran 30 Hari | Hari 6 | Apa yang anda makan hari ini buat diri saya. Sekian, Harap maklum. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan meninggalkan komen anda :)

#cabaran30hari, #entrykelabbloggerbenashaari, #kelabbloggerbenashaari, Blog ieta, Kisah Cikgu ieta, Fiqh Islam 2, Uzur di bulan Ramadhan : Isu dan Hukum, nasi berlauk, Nasi goreng Rendang Ayam dan Sambal Udang Petai, Sup Tulang, telur dadar, Hari ke 6
Cabaran 30 Hari | Hari 6 | Apa yang anda makan hari ini : Entri Last ni.... Sebab dah terlebih waktu posting. Eh, ya ke last? :D
Psss... 
Blogger yang nak join GA boleh support GA blogger Mawar Biru Giveaway Sempena Merdeka di sini


SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 orang yang sudi komen:

  1. nanti sambung hari 31-60 plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri biasa2 pulak la lepas selesai cabaran ni Kiz... :D

      Delete
  2. sy xberani nk join sb dh thu mst ad time2 mls nk update hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma kekangan kerja dan masa sering mmbuatkan entri lambat edit /publish Mila huhu...

      Delete
  3. tahniah...rajin sungguh ieta update blog..semoga berjaya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy mmg minat menulis Pn. Ainun ^__^

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *