PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14



#cabaran30hari, #entrykelabbloggerbenashaari, #kelabbloggerbenashaari, Cabaran 30 Hari, Entry Kelab blogger Ben Ashaari, Kelab blogger Ben Ashaari, Kisah Cikgu, Kisah Cikgu ieta, Cerita Kasut Saya, Hari ke 14, kasu untuk orang mengandung, Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14, Kasut Kerja, memakai selipar atau sandal adalah perkara yang menyalahi etika kerja, bertumit tinggi menampilkan keanggunan buat wanita, kedai kasut Giant
Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14 : Sebelah kiri dipandang dari hadapan dan belakang.
"Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14". Untuk hari ke 14, saya diminta bercerita tentang Cerita Kasut Saya. Lucu juga rasanya dihati bila diminta bercerita tentang kasut saya :D

Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14. Apa lah yang menarik tentang kasut ya? Dah nama pun cabaran... Maka saya turutkan jua walaupun cabaran ini hanya untuk suka-suka sahaja. Perlu snap gambarlah macamni kan? Sebentar ya...

#cabaran30hari, #entrykelabbloggerbenashaari, #kelabbloggerbenashaari, Cabaran 30 Hari, Entry Kelab blogger Ben Ashaari, Kelab blogger Ben Ashaari, Kisah Cikgu, Kisah Cikgu ieta, Cerita Kasut Saya, Hari ke 14, kasu untuk orang mengandung, Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14, Kasut Kerja, memakai selipar atau sandal adalah perkara yang menyalahi etika kerja, bertumit tinggi menampilkan keanggunan buat wanita, kedai kasut Giant
Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14 : Tara... Inilah kasut sarung saya... Sempoi... 

Tahukah anda, cabaran 30 hari ini memberikan kesan yang sangat baik untuk blog dan juga diri saya. Sambil menaip dengan jari telunjuk di handphone saya ini, saya tersenyum sendirian mengingatkan kembali kisah atau cerita kasut saya.

Begini ceritanya cerita kasut saya. Kasut ini sebenarnya kasut kerja saya. Sebagai penjawat awam, memakai selipar atau sandal adalah perkara yang menyalahi etika kerja. Oleh itu, kasut sarung merupakan pilihan yang wajar untuk saya memandangkan saya tidak gemar bertumit tinggi yang menarik perhatian ramai dan mengganggu murid-murid waktu peperiksaan berlangsung dengan bunyi 'keletuk keletak', biar pun bertumit tinggi menampilkan keanggunan buat wanita (jika kena cara pemakaiannya).

Kasut sarung ini saya beli selepas selesai cuti berpantang anak ke lima saya yang kini berusia 1 tahun 9 bulan memandangkan sandal berjenama Chrocodile yang berharga RM99.90 telah rosak saya gunakan sewaktu hamilkan anak saya ini. Waktu itu memang sukar mencari kasut yang sesuai dengan kaki saya yang kembang di bahagian hadapan. Hehe. Lucukan? Jauh melilau dari pasaraya AEON hingga kedai kasut Bata, terlalu banyak kasut hingga rambang mata saya mencarinya, akhirnya saya beli kasut ini di kedai kasut Giant sahaja. Murah sahaja... Cuma RM39.90 harganya. Kiranya usia kasut sarung saya ini adalah sama dengan usia anak ke lima saya. Tabiat saya, saya akan pakai kasut saya sehingga rosak. Selagi tidak rosak, memang saya tidak akan membeli kasut yang baru. Lihatlah, hingga lusuh dipakai oleh saya. Lagipun, membazir itu kan amalan syaitan yang direjam... ^__^

Manalah tidak lusuh... Bahagian belakang tu kan, jarang saya sarungkan betul-betul bila hendak cepat terutama ketika sesi pertukaran kelas saya berada di bilik guru. Tu yang kembang semacam bahagian belakang tu. Hehe... Kasut sarung ini paling mudah, kasut sarung inilah yang menjadi kegemaran saya ke mana sahaja. Kasut sarung ini jugalah yang saya pakai jika menghadiri apa sahaja majlis di Jabatan mahupun kenduri-kendara. Banyak sungguh jasa kasut sarung ini kepada saya.

#cabaran30hari, #entrykelabbloggerbenashaari, #kelabbloggerbenashaari, Cabaran 30 Hari, Entry Kelab blogger Ben Ashaari, Kelab blogger Ben Ashaari, Kisah Cikgu, Kisah Cikgu ieta, Cerita Kasut Saya, Hari ke 14, kasu untuk orang mengandung, Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14, Kasut Kerja, memakai selipar atau sandal adalah perkara yang menyalahi etika kerja, bertumit tinggi menampilkan keanggunan buat wanita, kedai kasut Giant
Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14 : Kan elok lagi tu kan tapaknya? ^__^

Beginilah Cerita *Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14 ni. Seperti selalu, Cerita Kasut Saya Cabaran 30 Hari Hari 14 adalah entri backdated. Anda bagaimana... pakai kasut sarung juga kah? ^__^


SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 orang yang sudi komen:

  1. macam saya jugalah. pakai kasut yg sama sampailah betul2 rosak

    ReplyDelete
  2. kaki kembang bhg hadapan. mmg susah sikit kot ya nak cari kasut wanita yg sesuai..

    ReplyDelete
  3. selalunya begitu lah bila dah bersalin . my kakak banyak kasut tak pakai sebab kaki mengembang ...

    ReplyDelete
  4. samalah kite pun suka pakai kasut sarung mcm ni atau sneakers
    sng, sbb keje saya nak kene bergerak lelaju, klo pakai kasut tinggi aduhai mmg susah la sikit :D

    ReplyDelete
  5. kalau masih boleh pakai...tak perlu nak beli baru kan...tapi kalau da betul2 tak muat sebab kaki mengembang...memang terpaksa beli baru la...

    ReplyDelete
  6. heeee.. tengok tempat kerja juga.. kalu memanjang nak pkai kasut boleh saket gak kaki tuh.. hihihi kasut yg sesuai pun penting gak.. :)

    ReplyDelete
  7. banyak kisah kasut dan bukan semua kasut yang kita beli sesuai dengan kita..yaya kalau nak beli kasut sarung, kne beli kat bata..kalau tak kejap je la jawapnya..huhu

    ReplyDelete
  8. Selalu pakai kasut futsal je..kasut paling disayangi..hehe

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *