PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Pentingnya Mindset untuk berjaya

Tips Blogging, Panduan Blogging, Kisah Cikgu, KISAH SEORANG AYAH, MOTIVASI, MOTIVASI DIRI, Pentingnya MINDSET untuk berjaya, Mindset, penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza, melakukan cara yang berbeza, mendapatkan hasil yang berbeza, mindset yang positif memberi hasil yang luar biasa dan amat menakjubkan, mindset yang negatif memberikan hasil yang akan menghancurkan diri dan keluarga, The choice is yours, Whatsapp, Perkongsian dari whatsapp, 5 TAHUN BERLALU

Pentingnya MINDSET untuk berjaya. Mindset berperanan penting dalam menentukan hala tuju hidup seseorang.


Pentingnya MINDSET untuk berjaya. Mari kita renung bersama kisah yang dikongsi oleh rakan saya Ustazah Bahiyah di whatsapp group study, tentang MINDSET.

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu” 
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun” 
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”


5 TAHUN BERLALU...

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yang sangat mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya :
“Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”. 
Si sulung menjawab : 
“Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang daripada siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama-lama habislah modal saya.. 
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang keadaannya jauh berbeza. Si bungsu sukses menjalankan perniagaannya. Sang ibu pun bertanya : 
“Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahsianya…?”
Si bungsu menjawab : 
“Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu.. 
Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”. 
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.


Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA, namun masing-masing memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza. Mereka melakukan cara yang berbeza sehingga mendapatkan hasil yang  berbeza pula.

Positifkan mindset kita. Buanglah sifat dengki, iri hati, suka mengadu-domba dan tikam dari belakang atau musuh dalam selimut untuk berjaya. Sentiasalah berfikir sebelum publishkan sebarang status di media-media sosial atau entri blog yang ada. Agar tidak timbul pertelingkahan dan salah anggapan. Lagipun, takkan ke mana kita jika terus-terusan bersikap sedemikian. Lambat laun kebenaran akan diketahui juga... 

Elakkanlah menulis ketika marah atau emosi terganggu. Kelak diri sendiri yang rugi. Jaga mindset kita ya ^__^


Pentingnya MINDSET untuk berjaya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan Mindset kita kerana mindset yang positif memberi hasil yang luar biasa dan amat menakjubkan, sebaliknya mindset yang negatif memberikan hasil yang akan menghancurkan diri dan keluarga seterusnya apa sahaja yang kita bina. Berhati-hatilah menjalani kehidupan ini.... Moga Allah merahmati kita semua. Ingat ya... Pentingnya MINDSET untuk berjaya. Jom kita reset minda, buang semua unsur-unsur yang negatif ^__^

The choice is yours..! Saya ahli #kelabbloggerbenashaari. Saya juga ahli #DenaihatiNetwork, ahli #KelabEncikTitan dan banyak lagi group blogger. Tak salah pun kita meluaskan rangkaian atau join mana2... Semua demi ilmu dalam #blogging dan berkongsi banyak perkara. Tiada siapa yang paksa saya. Sekian. Terima kasih :)
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 orang yang sudi komen:

  1. Betul cikgu. Memang kita perlu fikir yang positif. Sentiasa bersangka baik. Insyaallah pasti yang positif & baik je datang kepada kita. Sangat bagus kisah cikgu nih untuk kita jadikan panduan. Salam perkenalan. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenaln Roziah. Moga bermanfaat. Terima kasih ya sudi berkunjung ^__^

      Delete
  2. kalau kita dah tetapkan mindset untuk capai sesuatu target, benda yang mudah pun jadi senang..sebab mindset kita dah push kita punye brain..selagi tak capai jangan give up :)

    ReplyDelete
  3. Betul jugak kan kak..pesanan yg sama..tapi terpulang pd kita macam mana mengertikannya......
    Sebab itu mindset kena positif..

    ReplyDelete
  4. target kena ada tapi kalu silap target pun susah juga :) yg penting tahu apa yang kita mahu dan cara yang betul untuk dapatkan. just jangan malu untuk bertanya

    ReplyDelete
  5. Set kan target bila hendakkan sesuatu.
    Tp tak bleh terlalu tinggi atau lebih dr tahap keupayaan sbb takut nnt jatuh terduduk.
    Well dari gagal kite bleh belajar juga kan hihi :)

    ReplyDelete
  6. hai cikgu eita ... done follow & join GA ...
    http://iambintanghati.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. dapat jugak text ni kat wasap.betu la..mindset mmg penting dalam menentukan kehidupan kita

    ReplyDelete
  8. Good sharing kak...pasni kena selalu kawal minda kita sebelum buat apa2....saya suka amalkan berfikikir dulu sebelum bercakap....tapi kadang2, terlepas juga....

    ReplyDelete
  9. betul betul betul...
    mindset tu kne ubah kne betul..
    ikut kemampuan..
    good info utk sharing kak ieta

    ReplyDelete
  10. Walau apa pun tujuan blog kita dan cara blog kita..fokuskan agar ianya kearah redha Allah

    ReplyDelete
  11. kuncinya...mindset kena positif

    tetapi almaklumlah....manusia biasa...sesekali tergelincir juga dari landasan...ehehehe

    ReplyDelete
  12. Betul la, nak berjaya kena betulkan mindset dulu..mesti selari dengan hati dan akal, baru senang nak berjaya. Tengah mempraktikkan ni

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *