PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger

Dah tamat... Tekan header untuk maklumat lanjut
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger ini merupakan segmen ke dua Blogger hebat Ben Ashaari yang turut saya sertai.

LATAR BELAKANG PENULIS BLOG KISAH CIKGU IETA :

  • Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Ibu kepada lima orang anak.
  • GuruPelajar Pendidikan Jarak Jauh dan Penulis Blog secara suka2... menaip, menyebarkan ilmu... bersajak, berpuisi, berpantun dan kadang-kadang sedikit merapu... 

Selanjutnya tentang saya, boleh baca SIAPA SAYA dan SIAPA BLOGGER IETA. Nak tahu sebahagian pengalaman saya bekerja? Boleh lihat dalam entri bertajuk PENTINGNYA MENABUNG.


PERJALANAN BLOG KISAH CIKGU IETA

Saya mula berblogging pada tarikh 2hb. Jun tahun 2009. Mula serius berblogging, pada bulan Oktober tahun 2012. Baru lagi... sebab itu saya belum hebat mana pun. Blog yang pada mulanya berdomain percuma menggunakan domain blogspot dot com telah berdomain sendiri dengan menggunakan DOMAIN DOT COM pada 27 Januari 2014. Seterusnya pada 14 September 2014 saya telah meminta khidmat jasa baik blogger Feroz Othman untuk menukar template blog kepada template yang lebih mesra SEO. Ini memberi impak yang amat besar kepada penjenamaan semula blog ieta yang kini dikenali sebagai Kisah Cikgu ieta.

Melalui penglibatan ke dalam pelbagai segmen, Giveaway dan Contest juga sebagai penaja beberapa segmen, Giveaway dan Contest oleh blogger, Blog ieta semakin dikenali ke seluruh dunia blogging. Penglibatan menerusi pelbagai grup blogger samada melalui whatsapp, telegram dan facebook merupakan kunci ilmu blogging meluas. Sebagai ahli Kelab Blogger Ben Ashaari, juga memberi impak besar kepada saya dalam lebih mengenali hal-ehwal blogging.

2) KELEBIHAN BLOG KISAH CIKGU IETA :

1) Banyak tips dan panduan yang saya suka kongsikan kepada anda. Tak kisahlah Tips atau Panduan blogging mahupun parenting dan pelbagai lagi. Kisah dan ragam pelbagai lapisan masyarakat juga ada di sini. Resepi yang sempoi-sempoi pun  ada tau... 

3) KENAPA BLOG KISAH CIKGU IETA PATUT MENJADI PILIHAN PEMBACA?

Sudah tentu blog ieta atau Kisah Cikgu ieta patut menjadi pilihan pembaca.... kerana pelbagai maklumat berguna dan kisah-kisah santai juga terdapat di dalam blog ini ^__^

4) IMPIANKU SEORANG BLOGGER
Pertama sekali, disebabkan saya minat menulis maka sudah pasti saya ingin menjadi penulis terkenal yang kaya dengan ilmu dan berakhlak mulia.

Seterusnya dapat bekerjasama sebagai blogger dengan blogger-blogger hebat yang merupakan penulis-penulis di blog denaihati dotcom.

Moga melalui penyertaan saya dalam Segmen anjuran blogger hebat Ben Ashaari ini bakal membawa blog Kisah Cikgu ieta lebih maju di masa akan datang. In shaa Allah... Aamiin... 

Apa pendapat anda dengan penyertaan saya dalam Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger ini?

 
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 orang yang sudi komen:

  1. Semoga berjaya dengan impian akak yer.
    Segalanya tak mustahil.
    All the best!

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya kak ieta.. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Ben. Terima kasih juga buat segmen.ni :)

      Delete
  3. Assalamualaikum
    cik iena dtg singgah :)
    selamat berkenalan cikgu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan juga Cik Iena ^__^

      Delete
  4. semoga akak terus berjaya....

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum... datang daripada segmen yang sama, suka dapat berkenalan dengan anda : Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

    mselim3
    pls: semoga ieta sukses berblog k... template dah lain. Lama tak visit sini...

    ReplyDelete
  6. Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama.
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  7. ayu datang dari segmen yang sama.. ada masa singgah la ke blog ayu ye... boleh nanti follow sekali blog ayu...tq..

    semoga impian awak tercapai...

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  8. singgah sini

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *