PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL

Isu Semasa, Air, Gangguan bekalan Air, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual menyusahkan rakyat, Konspirasi politik, Selangor dilanda masalah air lagi
Notis dari Syabas berkaitan gangguan bekalan air tidak berjadual.

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL.

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL ini melibatkan lapan (8) wilayah di negeri Selangor dan Wilayah Perselutuan Kuala Lumpur. Menurut Syabas, gangguan ini adalah disebabkan pencemaran sungai Selangor. 

Berikut adalah berita penuh tentang gangguan bekalan air tidak berjadual pagi tadi 12 Oktober 2014. 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor SdnBhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air telah dialami di lapan (8) wilayah iaitu di Wilayah Gombak, Klang/Shah Alam, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor  sejak pagi ini (12 Oktober 2014).
Untuk makluman Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3 yang diurus oleh  Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan  Rantau Panjang yang diurus oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah ditutup sementara operasinya pada sekitar jam 8 malam semalam (11 Oktober 2014) ekoran berlakunya  pencemaran air mentah di Sungai Selangor akibat tumpahan cecair hidraulik, kini telah beroperasi semula sejak jam 8 pagi hari ini (12 Oktober 2014) dan pengeluaran air terawat telah disalurkan semula ke kolam imbangan loji rawatan air masing-masing.
Penutupan selama 12 jam di empat loji rawatan air yang membekalkan sekitar 60% keperluan bekalan air terawat Lembah Klang ini telah mengurangkan kuantiti bekalan air terawat ke kawasan pengguna di Wilayah Gombak, Klang/Shah Alam, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Langat, dan Kuala Selangor telah berkurangan sebanyak 1,350 juta liter sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di wialyah-wilayah tersebut mengalami terputus bekalan dan tekanan rendah tidak berjadual. Pihak SYABAS menjangkakan bekalan air di kebanyakan kawasan yang terjejas akan mulai pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi esok (13 Oktober 2014). 
Walaubagaimanpun, pemulihan di beberapa kawasan terutamanya bagi pengguna yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan berlaku secara berperingkat dalam tempoh 3 hari. Proses pemulihan bekalan tidak dapat dipercepatkan memandangkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif di samping rezab simpanan air yang kecil. Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air melalui lori tangki telah digerakkan dari masa ke semasa bagi mengagihkan bekalan air kecemasan.  
Walaubagaimanapun memandangkan kemudahan-kemudahan bantuan bekalan air kecemasan milik SYABAS termasuk lori tangki dan tangki air statik  ini adalah terhad, keutamaan akan diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital dan pusat dailisis dan pengguna diminta menggunakan bekalan air kecemasan sebaik mungkin dan untuk keperluan yang utama sahaja. Dalam pada masa yang sama, pihak SYABAS akan terus memantau situasi dan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa. 
Sementara itu, pihak SYABAS dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran ini. 
Dalam pada itu, bagi gangguan bekalan air berjadual pada 9 Oktober 2014 di 120 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat dan Sepang yang disebabkan oleh kerja kecemasan Loji Rawatan Air  (LRA) Sungai Semenyih yang dikendalikan oleh pihak Syarikat Konsortium ABASS Sdn  Bhd (ABASS) dan kerja menaiktaraf sistem agihan bekalan air oleh SYABAS, kesemua kawasan terlibat telah pulih seperti sediakala kecuali hanya bekalan air di Taman Pelangi Semenyih yang belum pulih sepenuhnya. Pihak SYABAS menjangkakan bekalan air ke kawasan tersebut akan pulih sepenuhnya hari ini. 
Sementara itu, pihak SYABAS telah juga dimaklumkan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) bahawa LRA Sungai Langat yang diuruskan oleh syarikat tersebut yang sentiasa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk (overload) menghadapi masalah di mana satu pam air mentah telah rosak pada sekitar jam 12 tengahari semalam (11 Oktober 2014). Pihak SYABAS dimaklumkan oleh PNSB bahawa kerja pembaikan akan siap sepenuhnya menjelang jam 6 petang hari ini (12 Oktober 2014). 
Berikutan dengan kerosakan tersebut, bekalan air terawat yang dikeluarkan oleh loji rawatan tersebut telah berkurangan sebanyak 15 Juta Liter Sehari (JLH). Sehubungan itu, sebahagian daripada pengguna di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat dan Kuala Lumpur dijangka akan mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan rendah terutamanya pengguna yang berada di penghujung sistem agihan bekalan air dan lokasi kependudukan yang tinggi. 
Dalam pada itu, pengguna di kawasan yang terjejas yang menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) diminta bersabar dan menunggu sedikit lama sebelum panggilan mereka dijawab. Berikutan, banyak kawasan yang terlibat, maka PUSPEL kini sedang berhadapan dengan jumlah panggilan yang amat tinggi. Sebagai sumber alternatif, pengguna digalakkan melayari laman web SYABAS, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan status terkini dari masa ke semasa. Syabas online

Isu Semasa, Air, Gangguan bekalan Air, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual, Gangguan bekalan Air Tidak berjadual menyusahkan rakyat, Konspirasi politik, Selangor dilanda masalah air lagi
Gangguan bekalan air tidak berjadual menyebabkan kos perbelanjaan makanan meningkat. Jika hari tiada gangguan bekalan air hanya sekitar RM23.00 hingga RM25.00 sahaja lauk-pauk beserta 4 bungkus nasi. Hari ini RM30.00 untuk lauk-pauk termasuk 2 bungkus nasi. Alhamdulillah ada duit hasil berniaga kecil-kecilan hari ini... ^__^

"Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual ni Isu Semasa yang paling membakar hati ramai ni... Sabar ya... Lambat laun Allah beri penyelesaiannya..."

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL ini amat menyukarkan banyak pihak sebenarnya terutamanya mana-mana keluarga yang memiliki anak-anak kecil dan ahli keluarga yang ramai. Apabila kes yang tidak wajar berlaku ini semakin menjadi-jadi, secara automatiknya, kos perbelanjaan terutamanya yang melibatkan makanan akan meningkat. Moga GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL seperti ini akan diselesaikan dengan segera oleh pihak berwajib.

Update : Jam 3 pagi air telah ada namun, air berwarna oren. Jam 9.40 pagi air berwarna coklat cerah.
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 orang yang sudi komen:

  1. Air tu benda paling penting. Xde elektrik ok lagi, ni nak masak, mandi, basuh baju dan membuang semua guna air kan. Hrap masalah ni dapat diselesaikan a.s.a.p. :)

    Jemput singgah : Banyaknya Ongoing Iklan Nuffnang

    ReplyDelete
  2. Kekerapan gangguan bekalan air mmg menyukarkan lebih2 lagi tanpa notis serta berlanjutan.

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee air itu keperluan bukan kemewahan.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *