Kekayaan itu bukan milik kita. Kekayaan juga bukanlah terletak kepada berapa banyak yang kita miliki. Kekayaan itu adalah kekayaan dihati. Di mana berapa banyak yang kita sebarkan kepada yang memerlukan.
Kekayaan itu bukan milik kita. Kekayaan juga bukanlah sesuatu yang akan dibawa ke mati. Orang kaya tetapi sombong, berlagak, takbur dan riak takkan ke mana... Mati kelak, kain kapan putih sahaja yang akan menutupinya.
Bila kita kaya, jangan kita lupa bantu dan bersedekah kepada insan lain yang amat memerlukannya. Kaya tidak membawa erti apa-apa jika hasil kekayaan adalah hasil dari sumber yang haram seperti berjudi, jual diri, merasuah atau menerima rasuah apatah lagi dari hasil kerahan tenaga tulang empat kerat anak-anak yatim.
![]() |
Sumber : whatsapp group Jadikan bersedekah amalan kita. Walaupun 5 sen, bersedekahlah. |
Kekayaan bukanlah diukur hanya semata pada harta, emas dan wang ringgit yang ada dan juga ramainya anak-anak yang diperolehi. Kekayaan juga dinilai pada akhlak diri yang dijaga. Mulut dan lidah dijaga tutur kata tanpa menyakiti hati dan perasaan insan yang lain. Ini dinamakan, kaya budi bahasa beradab dan berakhlak mulia.
Kekayaan itu bukan milik kita kerana semua yang kita miliki hanyalah sementara dan tidak akan kekal lama. Tidak ada apa yang perlu dibangga... Oleh kerana kekayaan itu bukan milik kita makanya berusahalah agar menjadi insan kaya, berakal, beradab dan berbudi bahasa.
#Motivasi, #Tazkirah, #KisahCikguieta, #Blogieta, #ietamatsaad, #DuniaNiagaiet, #kelabbloggerbenashaari, #santaiblogger
Semuanya datang dari Allah :)
ReplyDeleteKekayaan trletak pada berapa banyak kita beri
ReplyDeleteWell said
kaya hati kaya jiwa...dan kaya harta juga..insyaALLAH
ReplyDeleteSemua amalan dan keikhlasan kita diterima.. aminn
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan ini.
ReplyDeleteInsyaAllah mudah-mudahan CikMas dapat amalkan.
setuju dengan ayat kak ieta.
ReplyDeleteKekayaan yang hakiki milik Allah
ReplyDeleteSaya pun setuju. .
ReplyDelete#1310 done follow :) mind to follow back :D
ReplyDeleteKekayaan adalah amanah daripada Allah yang mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata di dunia ini. Walaubagaimanapun, yang Maha Pemurah dan Maha Luas sifatnya memberikan kebebasan kepada hambanya menggunakan nikmat ini untuk manfaat dunia dengan berpandukan Syariah.
ReplyDeletesetuju sangat apa yg dikatakan.. ada satu lagi..harta yang kita ada..sebenarnya bukan milik kita..tetapi harta sebenar yg kita ada..adalah harta yang disedekahkan dan diwakafkan
ReplyDeleteyup.. semuanya pinjaman. bila bila masa DIA boleh tarik balik,,
ReplyDelete