PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

8 sebab kenapa kelewatan terjadi

Kisah Cikgu ieta, lewat, lewat hadir pejabat, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, Puch card, Punch Card merah, memboyot, mengandung, sarat mengandung, sebiji kereta Myvi, sebab kenapa kelewatan terjadi, survey  tentang lewat, #blogger, #kelabbloggerbenashaari, #KisahCikguieta, #Blogieta, #SantaiBlogger, #blog, tidur lewat, bangun lewat, 8 sebab kenapa kelewatan terjadi
Lewat buat kita jadi penat... Kan?

8 sebab kenapa kelewatan terjadi. Lewat, pernah tidak anda lewat?

8 sebab kenapa kelewatan terjadi ini bukanlah perkara yang menyeronokkan bagi seorang kakitangan kerajaan mahupun kakitangan swasta.

Lewat hadir pejabat adalah amtara perkara yang amat dibenci. Kenapa? Sebab... 
  1. Punch card merah.
  2. Bos tidak suka. So...
  3. Prestasi menurun.
  4. Kelam-kabut dan haru-biru segala...

Kisah Cikgu ieta, lewat, lewat hadir pejabat, kakitangan kerajaan, #blog,kakitangan swasta, Puch card, Punch Card merah, memboyot, mengandung, sarat mengandung, sebiji kereta Myvi, sebab kenapa kelewatan terjadi, survey  tentang lewat, #blogger, #kelabbloggerbenashaari, #blog, #KisahCikguieta, #Blogieta, #SantaiBlogger, tidur lewat, bangun lewat, 8 sebab kenapa kelewatan terjadi
Entri lama tentang lewat. Label pun salah... :D
"Hari ni aku dtg sek lewat sikit coz mlm td x dpt nyenyak tidur. Dapatlah rait kertas 2 ketul... jadilah.... Tetibe je rasa rindu.... sgt2 kat ank2 murid aku. Lambatnye.... cuti sek berakhir..."

Di atas adalah luahan hati saya di blog saya ini pada 3/6/2009. Masa saya baru-baru belajar blogging. Sempoi je kan entri saya ni? hehe... Masa tu sesuka hati sahaja saya menaip. Dengan entri tanpa tajuk... tulisan berwarna merah. Hanya seperenggan. Ada 40 orang yang telah view entri ini. Tapi tanpa sebarang komen. Haaa... itulah permulaan saya dalam dunia blogging.

Sewaktu menaip luahan hati di atas, musim cuti sekolah. Memang sudah menjadi kebiasaan saya untuk datang menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai di sekolah. Biasanya untuk menanda kertas peperiksaan semester pertama yang memang tidak dapat saya siapkan di rumah. 

Biasanya saya akan hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan selesaikan kerja-kerja di rumah, barulah saya ke sekolah. Naik bas sahaja tau... Jerihnya menapak ke perhentian bas menyusuri bukit melalui celahan flat polis yang agak sunyi dalam keadaan memboyot waktu itu mengandung anak yang ke 4. Menangis jugalah saya waktu itu... Kini tidak lagi... Kepayahan itu telah hilang. Alhamdulillah, setelah 5 tahun menjadi guru di bawah Jabatan, saya dikurniakan rezki sementara bernyawa sebiji kereta Myvi yang memudahkan pergerakan saya ke sekolah untuk mengajar.

Berbalik kepada tajuk 'Lewat'. Ada banyak sebab kenapa kelewatan terjadi. Antara sebab dari survey  tentang lewat yang telah saya lakukan dan juga pernah berlaku kepada saya juga mungkin anda :
  1. Tidur lewat disebabkan pelbagai perkara. Bila tidur lewat, maka besar kemungkinan akan bangun lewat.
  2. Anak susah bangun pagi. Puas dikejutkan, liatnya bangun...
  3. Anak meragam waktu pagi untuk pergi ke sekolah. Geram sangat...
  4. Kurang sihat seperti sakit perut, semput dan lain-lain lagi.
  5. Polis trafik berdiri tunggu jem teruk tapi tidak lepaskan kereta yang beratur panjang bagi melalui kesesakan yang ada.
  6. Parking kereta diblock oleh pemilik kereta yang tidak berakal, block kereta orang tapi tarik hand break
  7. Berpatah balik ke rumah untuk mengambil handphone yang tertinggal.
  8. Berlaku eksiden di pertengahan jalan untuk ke tempat kerja.
Eh, eh... banyak pula alasan... Sampai 8 sebab kenapa kelewatan terjadi ya... Namun itulah antara realitinya kenapa kelewatan terjadi. Andai boleh dielakkan, elakkanlah dari terjadinya 8 sebab kenapa kelewatan terjadi. Lakukanlah sesuatu untuk mengatasi kelewatan yang terjadi, demi prestasi kerjaya sendiri. Anda bagaimana, apa pula yang menyebabkan anda terlewat?
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 orang yang sudi komen:

  1. Tuan tanah nak testing komen sebab pembaca blog komplen blog ni tak leh komen

    ReplyDelete
  2. Dah lewat sangat nak komen ni bole dop komen ? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2... hehe... mekasih ye Feroz :D

      Delete
  3. Replies
    1. yes yes yes yes
      blog dh ok... yeayyyy...

      Delete
  4. test test test

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape lh ni... tak dak nama... camner nak tau blog...hadehhh..

      Delete
  5. kalau kat sekolah fyna, siap ada analisis kehadiran. berapa kali lewat. hehehe... risau juga kalau tersenarai dalam orang yang datang lewat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Fyna... akak cukup takut bab lewat ni... huhu...

      Delete
  6. Hehe bab lewat ni jika terlewat tidur dan terlewat bangun,bila rehat xcukup ha mula la hehe..skrg jika saya mahu tidur lewat jika mahu menulis(ambil mood mlm hihi) saya pasti akn ambil masa utk tidur siang..tapi tak boleh tidur lewat sgt nnti bukan saja malas..boleh jadi badan xsihat hehe. .

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *