PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Kepala panas, rambut kena bakar

Untukmu Wanita
As salam. Saya mahu berkongsi kisah mimpi yang saya alami pada satu malam... Kepala panasrambut kena bakar.

Satu malam, saya bermimpi kawan saya yang koma tika itu merayu meminta tolong kepada saya...

Katanya "Kak ita, tolong saya... Kepala saya panas, rambut saya kena bakar... Tolong saya kak ita...". 

Malangnya saya tidak mampu menolong beliau... Kerana saya tidak ada sebarang hak ke atasnya yang sedang koma. Suami, ayah ibu dan adik beradiknya sahaja yang mempunyai hak ke atas dirinya.... Saya baru sahaja mengenali beliau ketika menghadiri sebuah program besar di Kuala Lumpur. Itulah pertama kali saya berjumpa beliau. Tahu-tahu saya dapat berita beliau telah koma...

Kepala saya panasrambut saya kena bakar. Kata-kata itu buat saya sedih. Lebih-lebih lagi bila terlihat gambarnya terpampang di mana-mana tanpa menutup aurat sedangkan saya langsung tidak mampu untuk membantunya hingga saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Sesiapa yang membaca status ini, jika belum menutup aurat maka bersegeralah menutup auratmu sebelum ajal menjemput dirimu... Ditakuti gambar-gambar kita yang tidak menutup aurat dan terdedah di sana-sini terpapar dimerata tempat mengundang dosa dan azab kepada diri kita di alam barzakh nanti.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)
Sumber rujukan :  Apakah dalil Al-Quran mengenai aurat

Ketahuilah apabila kita telah meninggal kan dunia ini... tiada siapa pun yang dapat membantu kita melainkan amalan kita semasa hayat di dunia... Semua anggota badan kita menjadi saksi setiap perbuatan dan apa sahaja yang kita lakukan semasa kita hidup di alam barzakh nanti.

Pedulikanlah cemuhan yang diterima disebabkan tindakan anda menutup aurat kerana yang bakal disiksa di alam kubur dan dineraka kelak adalah diri sendiri bukan mereka.  Ketahuilah bertudung itu tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat. Tidak kiralah anda menggunakan apa sekalipun, asalkan aurat anda tertutup dan anda dapat menjaga aurat anda dengan sebaik mungkin.

"Muka dan tapak tangan dikecualikan dalam perkara menutup aurat kerana ia bukanlah aurat melainkan timbulnya fitnah iaitu sesiapa terpandan pasti terpesona dan jatuh cinta. Logiknya, sebab itulah dalam solat muka dan tapak tangan tidak perlu ditutup...". Ustazah saya berkata semasa bersekolah dahulu.

Pedulikan juga kata-kata "Eleh... bertudung tak semestinya baik...". Ketahuilah, sekurang-kurangnya anda telah menunaikan kewajipan yang Allah perintahkan kepada wanita agar menutup dan memelihara aurat yang juga bertujuan memelihara maruah wanita yang beragama Islam dan mengaku beriman kepadaNYA. Kan baik tu... ikut perintah Allah... Baik atau jahat itu dari hati sendiri. Bukan dari pemakaian diri.

Perkongsian dari Blogger Maria Firdz

Namun, jangan pula dihina atau diumpat keji mereka yang tidak menutup aurat. Habis pula pahala menutup aurat pergi kepada mereka yang diumpat. Nasihat elok-elok... Kita pun belum tentu berakhir hidup dengan kebaikan jadi usah hina orang lain yang belum sampai hidayahnya untuk menutup aurat. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah... dan hidayah itu mahal...

Pakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan

Tazkirah, Agama, Dakwah, Kepala panas, rambut kena bakar, Kepala saya panas, rambut saya kena bakar, bersegeralah menutup auratmu, Kita pun belum tentu berakhir hidup dengan kebaikan , kebaikan, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Pakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan Islam
Perkongsian dari whatsapp group ieta info line.

Kesimpulan dari nasihat ini, yang dapat saya rumuskan :

"Jangan pandang hebat pada tertutupnya aurat dan jangan pandang hina pada yang terbukanya aurat.  
Allah itu maha membolak balikkan hati hambanya. Allah boleh tarik hidayah dan beri hidayah bila-bila masa yang dikehendakinya.  
Manusia tidak semuanya sempurna... Namun, Allah itu, maha pengampun... 
Benarlah... Hidayah itu milik Allah dan... Hidayah itu mahal...". ‪#‎ietamatsaad‬.
Tazkirah, Agama, Dakwah, Kepala panas, rambut kena bakar, Kepala saya panas, rambut saya kena bakar, bersegeralah menutup auratmu, Kita pun belum tentu berakhir hidup dengan kebaikan , kebaikan, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Pakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan Islam

Tazkirah, Agama, Dakwah, Kepala panas, rambut kena bakar, Kepala saya panas, rambut saya kena bakar, bersegeralah menutup auratmu, Kita pun belum tentu berakhir hidup dengan kebaikan , kebaikan, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Pakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan Islam,


Jika tidak mahu kepala panasrambut kena bakar di akhirat nanti... tutuplah aurat. Ikhlas memperingati sesama makhluk sebelum ajal menjemput dtiri. Maafkan saya. Saya hanya berkongsi dan menyampaikan sahaja agar saya tidak disoal nanti di sana. Mari sama-sama kita elakkanlah kepala panasrambutkena bakar di akhirat nanti. Saya izinkan anda berkongsi kisah ini.
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

20 orang yang sudi komen:

  1. Saya dah buat apa yang kak ieta beritahu saya hari tu .. :) terima kasih kerana ingatkan saya.

    ReplyDelete
  2. Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

    Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ingatan mesra kak Ieta, semoga Allah ampunkan dosa saya yang sengaja atau tak sengaja membuka aurat dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... Allah tu maha pengampun... Moga bermanfaat ya Noriza ^__^

      Delete
  4. terima kasih peringatannya, mudahan yg belum pakai mendapat hidayahNya.

    ReplyDelete
  5. penat dah tegur pasal isu nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm berdakwah, penat akn membuahkan hasil jika ramai yg mmbaca entri ini. Rasulullah dahulu lebih teruk penatnya Encik Titan. Sy sekadar berkongsi agar 1 hr nnt sy tidak dipersoalkan di akhirat sn. Terpulang pd penerimaan masing2. Sesungguhnya hidayah itu mahal... kita hanya menyampai... hidayah, Allah yg berikan ^__^

      Delete
  6. terima kasih atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas peringatan ni..mudah2an saudara2 kita yg belum terbuka hati utk menutup aurat diberikan petunjuk & hidayah..In Shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Mudah2an... Hidayah itu milik Allah...

      Delete
  8. Replies
    1. Ya. Jangan bermain api Allah SWT. Terima kasih ya Pak WSC

      Delete
  9. perkongsian yang sangat bagus kak ieta.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *