Doa ketika menghadapi banjir besar sewajar nya menjadi amalan ketika ini.
Penghujung tahun 2014 melibatkan bah atau banjir besar di negeri Kelantan Darul Naim dan beberapa negeri lagi di Pantai Timur. Adik saya yang berada di Kuala Krai, Kelantan telah menghantar gambar-gambar banjir di Kuala Krai, Kelantan.
![]() |
Ayat dari surah Hud ini ayat Majazi. Ia boleh juga menjadi sebahagian Doa ketika menghadapi banjir besar. |
Gambar banjir di Kuala Krai Kelantan Darul Naim.
Banyak lagi gambar banjir yang telah dikirimkan kepada saya... Tetapi tidak sanggup untuk saya paparkan di dalam entri ini.
وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
[Surat Hud : 44]
via @QuranAndroid
Bermaksud :
"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Surah Hud, ayat 44.
Ayat dari surah Hud ini ayat Majazi. Ia boleh juga menjadi sebahagian Doa ketika menghadapi banjir besar.
Kronologi Banjir atau Bah Besar di kawasan Pantai Timur tahun 2014
Berikut adalah berita di radio IKIM berkaitan Kronologi Banjir atau Bah Besar di kawasan Pantai Timur tahun 2014 yang saya dengar sewaktu ke klinik pada 24/12/2014 baru-baru ini,
■ Bermula dari hujan lebat yang turun tanpa henti.
■ Hujan lebat ini mengakibatkan sistem perparitan di longkang-longkang besar pecah.
■ Seterusnya, empangan-empangan air di kawasan terlibat tidak berupaya menampung limpahan air hujan.
■ Rentetan itu, ia mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku.

Tahukah anda? Banjir terburuk di Malaysia sebelum ini ialah 'Bah Besar' yang melanda Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pada tahun 1926 dan 1971. Sumber
3 PUNCA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BANJIR (Rujuk sumber ini)
1) Kesan Pembangunan.
- Berkurangannya kawasan telap air.
- Pemendapan kelodak dalam sungai.
3) Sistem Perparitan dan Sistem Saliran.
Doa ketika ditimpa musibah.
![]() |
Doa ketika ditimpa musibah, perkongsian dari blogger Kizmyself.com |
Doa Elak lemas, banjir dan binatang berbisa.
دعاء الخضر عليه السلامبسمِ اللهِ ما شآءَ الله لا يَسُوْقُ الخَيْرَ إِلا الله. بسمِ اللهِ ما شآءَ الله لا يَصْرِفُ السُّوءَ إِلا الله. بسمِ اللهِ ما شآءَ الله مَا كانَ مِن نِّعْمَةٍ فَمِنَ الله. بسمِ اللهِ ما شآءَ الله ولا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بالله. [يقال ثلاث مرات
Doa mustajab Nabi Khidir 'Alaihis Salam ini merupakan doa untuk mengelakkan lemas, banjir dan binatang berbisa adalah dari perkongsian oleh blogger Pjaz.
Doa ketika menghadapi banjir besar ini saya fikir berguna untuk yang memerlukan. Marilah sama-sama kita lakukan solat hajat agar negeri Pantai Timur kembali pulih. Moga coretan saya berkaitan Doa ketika menghadapi banjir besar ini bermanfaat kepada semua dan jika saya salah, betulkan ya.
#Pray4PantaiTimur
eBanjir Portal V1.01
"Ya Allah..
Redakan lah bencana yg kami alami.. Lindungilah kami semua.. Elakkan daripada berlaku bencana-bencana yang lebih besar dari biasa.. Kasihani lah kami semua Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya... Bantulah kami mangsa-mangsa bencana alam... Kami bermohon kepadaMu... Engkau lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Makbulkanlah doa kami ya Allah...".
Doa seterusnya ini telah ditag oleh rakan fb saya pada hari Jumaat 26/12/2014. Suka untuk saya kongsikan kepada pembaca sekalian.
Yang bermaksud :
Firman Allah S.W.T :
أَلَمْ تَرَ أَنَّ الْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِنِعْمَتِ اللَّهِ لِيُرِيَكُمْ مِنْ آيَاتِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
[Surat Luqman : 31]
via @QuranAndroid
Yang bermaksud :
"Tidakkah engkau memperhatikan, bahawa kapal berlayar di lautan dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada tanda-tanda-Nya (Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi setiap orang yang sabar lagi bersyukur".
Firman Allah S.W.T :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
[Surat Ar-Room : 41]
via @QuranAndroid
Bermaksud :
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" Surah Ar-Rum ayat 41.
Ayat ini menjelaskan... apabila Allah murka terhadap sesuatu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh hambanya maka, pelbagai musibah dan bencana akan menimpa...
Jerebu, Thunami dan banjir juga antara peringatan malahan ujian dan dugaan juga buat kita semua walaupun secara teori alam, ia adalah disebabkan pertukaran iklim dunia dan pelbagai lagi punca terjadinya kejadian sedemikian. Sewajarnya kita sebagai hamba menginsafi kejadian ini... Kembalilah ke jalan Allah... Usahlah menyalahkan sesiapa... Kerana sudah pasti ada salah dan silap dari diri kita juga. Ini semua juga adalah ujian buat kita, untuk melihat sejauh mana beriman atau berkeluh-kesahkah kita atas segala yang telah menimpa.
Sesungguhnya, berat lagi mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadi, marilah bersama-sama kita terus bermuhasabah, berdoa dan bertawakkal... Elakkanlah mengeluh, merintih dan meratapi setiap apa yang berlaku. Kurang pahala kita nanti.
Sekali lagi, saya menyeru... janganlah kita menuding jari menyalahkan pihak lain. Tika dan saat ini juga, buangkan jauh-jauh sikap kepartian! Keselamatan dan nyawa seharusnya perlu diutamakan!
Sebaiknya juga, kita kuatkan diri dengan terus-terusan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala ujian dan dugaan yang dilalui tika dan saat ini. Sesungguhnya Allah SWT memberikan kita ujian bukan tanpa sebab, Allah tahu hamba-hambanya ini mampu untuk menghadapinya. Sesungguhnya, Allah SWT ingin menguji tahap ketabahan hati hamba-hambaNya...
Kata Ustaz Mohd Kazim Elias...
Dari Pantai timur ke Perak, sekarang Johor, Kuala Lumpur, Shah Alam pula banjir. Allah tegur satu per satu. Bumi sudah tidak kuat untuk tanggung dosa manusia. 26/12/2014 merupakan Jumaat terakhir dalam tahun 2014, tahun yang melakar pelbagai memori pahit negara. MH17 ditembak jatuh, MH 370 masih hilang, kemarau di beberapa buah negeri, banjir, waktu solat yang semakin cepat itu petanda.. Ayuh sahabat, hafalkan surah Al-Kahfi agar terhindar dari fitnah Dajjal.
Terkini,
■ 12:57 malam : Bantuan telah sampai. Alhamdulillah...

"Terima kasih kepada semua petugas dari agensi kerajaan, swasta, NGO, petugas dari parti politik, sukarelawan yang bertungkus lumus membantu saudara2 kita yang terlibat dengan banjir sekarang. Kita yg lain bantulah dgn apa yg ada, kita adalah bersaudara.Saya fikir apa jua pesta, konsert perayaan atau juga sambutan tahun baharu jgn diadakan dan diganti dgn solat hajat di seluruh negara.Jgn lagi di hina kalimah Allah, jgn lg dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jgn lg menghina hukum hudud, malah carilah jalan spy ummat Islam bersatu,tolak lah ajaran plural n liberalisme, jgn dibuat lg pesta minum arak pd bulan okt.n mana2 bulan sekalipun.Tegaslah dgn yg mghina Islam, mghina azan n sekolah agama.Apa salahnya perarakan maulidurrsul, berkatalah tidak kpd golongan bukan Islam yg membenarkan org bukan Islam guna kalimah Allah. Minta kpd stesen tv agar menjadi penyumbang kebangkitan akhlak yg baik bukan dgn pganjuran pgram yg bukan2. Jumaat, isytiharkan seluruh negara buat solat hajat.Bg pemimpin politik, cukup2lah berpolitik 24jam x habis2.. bawak2 lah utk bincang elok2, xkan nak bertelingkah sampai mati? Rakyat bawahan letih dah dgn x habis2 isu... Buat mangsa banjir anda hebat, sbb sabar, sy pun belum tentu boleh sabar jika diuji begini.. Allahu akbar..Doa sy sentiasa buat anda.. Ya Allah bantulah kami semua Ya Allah".
Dari Pantai timur ke Perak, sekarang Johor, Kuala Lumpur, Shah Alam pula banjir. Allah tegur satu per satu. Bumi sudah tidak kuat untuk tanggung dosa manusia. 26/12/2014 merupakan Jumaat terakhir dalam tahun 2014, tahun yang melakar pelbagai memori pahit negara. MH17 ditembak jatuh, MH 370 masih hilang, kemarau di beberapa buah negeri, banjir, waktu solat yang semakin cepat itu petanda.. Ayuh sahabat, hafalkan surah Al-Kahfi agar terhindar dari fitnah Dajjal.
"Ya Allah... Matahari sudah senget ke arah barat. Hampir terbit di barat.
Ya Allah... Ampunkanla dosa-dosa kami, Kedua orang tua kami, keluarga kami, Kawan-Kawan, Saudara mara kami... Haramkanlah badan kami semua di seksa di api neraka ya Allah... Sesungguhnya kami tidak mahu mati dalam keadaan jahil. Kami mahu mati dalam keadaan Husnul Khotimah Ya Allah... Aamiin...."
Terkini,
■ 12:57 malam : Bantuan telah sampai. Alhamdulillah...
Saya menyeru, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur seperti :
Boleh hantar terus ke SK Seksyen 13, Jalan Bola Sepak 13/11, Shah Alam bermula hari ini 25.12.14 sehingga 27.12.14 dari pukul 9 pagi hingga 6 petang...
- Pakaian.
- Selimut .
- Lampin & Susu Bayi.
- Makanan seperti Beras & Gula.
- Air mineral.
- Tuala Wanita.
Sila hubungi Cikgu Ashraf 012-3949295 & Cikgu Kamarul 012-2348442 untuk pertanyaan...
#Jom #Bantu mereka.... Boleh tolong foward ke gang2 lain.(Terima dari Whatsapp group sekolah).
Bismillahirrahmanirrahim,Selawat dan salam ke atas junjunganbesar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,dan para sahabat2 baginda....Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,Adik beradik kami,Sanak saudara kami,Sahabat2 kami,Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...Ya Malikul Mulk,Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,Ya Waaliy....Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,Kasihilah kami semua,Kami mohon kepadaMu,Redakanlah bencana ini,Ya Mani'...Dan lindungilah kami semua,Ya Qowiy, Ya Qodir,Daripada perkara2 yang buruk...Ya Allah,Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,Ya Allah, Ya Tawwab,Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,Ampunkanlah kami,Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Ya Allah, Ya Hafidz,Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,Rahmatilah kami semua Ya Allah,Ya Allah,Tiada tuhan melainkan Engkau,Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....Amin....
Blogger Ben Ashaari minta kongsikan doa ini.. Semoga dengan keikhlasan hati kita... Allah SWT akan mengabulkan doa kita... Serta merahmati kita semua.......
#Pray4PantaiTimur
eBanjir Portal V1.01
Awat sunyi je blog ni?
ReplyDeleteSape ni haa... Entahlah... huhu...
DeleteDoalah sumber kekuatan kita semua.. sayu bila tahu keadaan banjir ni.. moga dipermudahkan segala urusan mereka..
ReplyDeleteAamiin... Ya Rabbal 'Alamiin...
Deletedoa itu memang senjata yang ampuh bagi orang muslim...doakan yang terbaik buat semua mangsa banjir
ReplyDeleteBenar tu Kucha Lana :)
Deleteassalam,
ReplyDeleteizinkan saya copy entri...nanti saya credit pada cikgu
Silakan. Trm kasih... :)
Deletesemoga segala urusan dipermudahkan allah
ReplyDeleteInshaa Allah... Trm kasih Kiz
Deletesemoga mangsa banjir tabah hadapi musibah ini.. hanya doa dari jauh untuk mereka
ReplyDeleteAamiin... Ya Rabbal 'Alamiin...
Deleteperkongsian yang sangat bagus nih kak ieta.
ReplyDelete