PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK

Panduan, Tips Keibu bapaan, Panduan memberi nama, Panduan memberi nama anak, panggilan nama anak, baby comel, Anak, Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, memberi dan memilih nama anak, siapakah yang lebih berhak memberi nama anak?, Haram, Berhati-hati, berhati-hati dengan pemilihan nama anak dari buku-buku, panggillah nama anak dengan nama penuhnya, Sewajarnya biarlah nama diberi tidak menyukarkan anak-anak dan orang ramai mahupun guru semasa menulis nama di dalam buku kehadiran kelak, masa yang sesuai menamakan anak, Tips Keibu bapaan

As salam. Bila hamil, antara yang perkara penting untuk difikirkan ialah memberi dan memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan kerana nama ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apakah harapan ibu bapa pada anak-anak mereka. Oleh itu, ada pihak yang telah menyediakan "PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK" melalui pelbagai cara. Anda boleh beli bukunya atau google sahaja. 

PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK yang disediakan hanyalah sebagai panduan ibu bapa sahaja. Dalam hal ini, siapakah yang lebih berhak memberi nama anak? Biasanya terletak di tangan ayah. Namun boleh berbincang nama yang sesuai. 

Bilakah masa yang sesuai menamakan anak?

Nama anak harus diberikan pada hari pertama, ketiga atau ketika buat aqiqah. Tahukah anda? Haram meletak nama anak yang mengabdi selain kepada Allah. Contoh Abdul Kaabah, Abdul Uzza. Kita juga tidak boleh memberi nama anak dengan nama Allah seperti, Ar-Razak, Ash Samad. Nama yang disandarkan pada nama Allah perlu di letak Abdul bermaksud hamba. Contoh Abdul Alim, Abdul Razak.

Berhati-hatilah!

Berhati-hati juga dengan nama yang diberi. Kadang kala memberi maksud yang buruk walau perbezaannya sedikit iaitu samada ada ‘H’ atau tiada ‘H’. Contohnya nama Damia, bermaksud bijak. Tetapi bila dieja Damiah, membawa maksud kuat menangis.

Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab

Cara sebutan juga perlu berhati-hati. Untuk lebih kepastian lihat ejaan dalam bahasa arab. Biasa berlaku kesilapan pada nama contohnya ada ‘th’ iaitu dalam bahasa arabnya ‘sa’, jadi dalam rumi tiada yang sesuai dengan huruf ‘sa’ jadi diletakan ‘th’. Contoh Athirah, kita sering panggil dengan sebutan ‘T’,  Atirah sedangkan jika ejaan arab huruf ‘sa’ sebutannya sepatutnya ‘S’, Asirah.
Terdapat banyak buku nama anak di pasaran. Tetapi, sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dengan pemilihan nama anak dari buku-buku ini. Sebenarnya, terdapat nama anak yang sama tetapi berbeza maknanya, 1 bermaksud baik dan 1 bermaksud kurang baik. Jika tiada kepastian, bertanyalah dengan mereka yang lebih arif. Kadang kala maksud nama ini berbeza kerana maksud asal adalah dari bahasa yang berbeza. Mungkin anak kurang selesa dengan 2 maksud berbeza ini, lebih baik elak nama begini.

Seeloknya bagaimana?

Seeloknya panggillah nama anak dengan nama penuhnya. Jangan nama Khatijah dipanggil gelaran jadi Khaty, Farisah dah jadi Fasha atau Muhammad jadi Mat. Bila ditukar kepada nama gelaran begini, maksud dah jadi lain. Boleh panggil gelaran lain tapi biarlah mempunyai maksud yang baik. Sewajarnya biarlah nama diberi tidak menyukarkan anak-anak dan orang ramai mahupun guru semasa menulis nama di dalam buku kehadiran kelak. Kerana nama yang terlalu panjang menyusahkan menulis apatahlagi menyebutnya. Lebih malang lagi, bila beri nama panjang-panjang tetapi akhirnya anak hanya dipanggil dengan nama gelaran sahaja.

Belajar Bahasa Arab Mudah

Tahukah anda? Tidak faham dan tidak mahir berbahasa Arab merupakan salah satu punca nama anak-anak anda tidak bermaksud yang baik? Jadi, apa tunggu lagi? JOM Dapatkan Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini untuk mengelakkan kesalahan memberi nama kepada anak-anak berlaku di kalangan kita. 

Sebarang Panduan memberi nama anak hanyalah sebagai panduan semata. Ibu bapa yang bijak pasti lebih berhati-hati dalam memberi nama untuk anak-anak mereka agar nama yang diberi bermanfaat dan tidak menyusahkan anak-anak kelak. Lagi sebagai Panduan Memberi Nama Anak, anda boleh juga merujuk  entri blogger INI.

Panduan, Tips Keibu bapaan, Panduan memberi nama, Panduan memberi nama anak, panggilan nama anak, baby comel, Anak, Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, memberi dan memilih nama anak, siapakah yang lebih berhak memberi nama anak?, Haram, Berhati-hati, berhati-hati dengan pemilihan nama anak dari buku-buku, panggillah nama anak dengan nama penuhnya, Sewajarnya biarlah nama diberi tidak menyukarkan anak-anak dan orang ramai mahupun guru semasa menulis nama di dalam buku kehadiran kelak, masa yang sesuai menamakan anak, Tips Keibu bapaan
Kaedah Menguasai Bahasa Arab, Bahasa Syurga dengan mudah.
 

Comments

  1. kena tahu makna nama yg dipilih kan...kadang kadang tu bunyi sedap tapi makna takde.

    ReplyDelete
  2. Yg statement, jangan letak nama panjang nanti susah nak menulis or menyebut tu sangat setuju!! Bagi cikgu2, itulah benda yg paling xsuka. Kan? Haha.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas panduan kak ieta

    ReplyDelete
  4. Sekarang ada banyak info boeh kita rujuk untuk namakan anak, dapakan nama terbaik utk anak kita.

    ReplyDelete
  5. Pemberian nama yang baik amat penting dalam membentuk keperibadian anak. Terima kasih atas info

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang memberi manfaat..insyaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.