"Rajin Komen Oktober dan November Blog Kisah Cikgu ieta". Entri ini sudah lama terperap di dalam blog Kisah Cikgu ieta sebenarnya... Hari ini kebetulan ada masa menghadap PC usai menyiapkan kerja wajib, baru dapat menyiapkan entri ini. Selalu saya berblogging menggunakan handphone sahaja. Sudah terbiasa, ianya menjadi mudah. Banyak entri duduk dalam deraf blog Kisah Cikgu ieta ini. hehe.... Mood blogging turun naik beb,..
TeRajin Komen Oktober dan November Blog Kisah Cikgu ieta jatuh kepada... blogger Kiz MySelf dengan jumlah komen sebanyak 6 kali komen. Untuk kedua bulan ini, blogger Kiz berjaya terlihat sebagai Rajin Komen di ruang blog di sebelah kanan di bawah blog Kisah Cikgu ieta ini tetapi untuk bulan Oktober saya tak sempat print screen. Maaf ya. Gambar Carta Rajin Komen di atas sahaja yang saya sempat print screen pada penghujung November lalu.
Blogger Kiz MySelf merupakan antara blogger pengulas sukan tanah air. Ulasan berkaitan sukan beliau baru-baru ini telah mendapat perhatian akhbar antarabangsa The Star.
Blog beliau juga sering berkongsi entri berkaitan kesihatan. Antara entri berkaitan kesihatan bertajuk Kurangkan gula dalam minuman adik manis berkongsi TIPS KURANGKAN AMBIL MAKANAN BERGULA. Antaranya ialah :
- Hindari godaan makanan bergula.
- Banyakkan minum air terutama air kosong.
- Jangan lupa mengambil suplemen.
- Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari.
Ingin tahu lebih lanjut, sila klik tajuk Kurangkan gula dalam minuman adik manis di atas.
Manakala blogger berikut semuanya sebanyak sekali komen sahaja iaitu :
- Feroz (Blogger berinformasi dan Pakar Template blog).
- Abu Zaini (Blogger pakar SEO).
- Aishah Ahmad (Blogger Usahawan Shaklee).
- Alongxp (Blogger Pelbagai info
dan domain hosting dunia IT dan blog).
- Amir Zahari (Blogger Pelbagai Info termasuk hal ehwal kucing) :D.
- Suhaila (Baby Mama Amana & Arief) (Blogger Usahanita Produk UTM).
- Cikgu Naman (Blogger Cikgu dan Photographer).
- Tn. Hj. Amir, Denaihati (Blogger pelbagai ilmu blog, info dan Pengasas Denaihati Ilhamku) dan
- Eyfa Writer (Blogger pelbagai info dan artis).
Entri Rajin Komen Oktober dan November Blog Kisah Cikgu ieta ini adalah sebagai entri penghargaan kepada blogger atau pembaca yang rajin bertandang ke blog ini dan meninggalkan komen di dalam mana-mana entri blog Kisah Cikgu ieta. Siapnya entri penghargaan Rajin Komen Oktober dan November Blog Kisah Cikgu ieta ini ribuan terima kasih atas jasa baik kalian meninggalkan komen ke dalam entri blog Kisah Cikgu ieta.
asal den xdo nihhh
ReplyDeleteKo asyik komen kek fb je..
DeleteMano nk ado eh Phat... ekau jarang2 jonguk blog hakak nih ha... sedih hakak dah ni ha... huhu
Deletefyna selalu komen kat whatsapp je. #eh ^_^
Deletesat gi terjah blog kiz ...
ReplyDeleteSlow slow..roboh plak kang
Deletesila terjah ya CM ^__^
DeleteAlhamdulillah,terima kasih kak@cikgu ieta :) xsabar nk lihat header kak ieta yg bru hehee . .
ReplyDeleteheader pinjam tp tak betul kat mn ntah eyfa... jd trgantung plak n kecik. tak tau mn silap codingnya
DeleteSama2 Eyfa ^__^
DeleteTu dah ada kak ieta :) cantik,ha yeke..mgkin size kot kak ieta.. kena godek size ..
DeleteSifu Hasrul Hassan yg buat tu yg cantik... Hrp akak kan Eyfa... mmg takde seni lgsung... hehe... Insyaa Allah ada kelapangan akak godek :)
Deletewaaaa... nasib baik sempat komen... hahahaha... mekasih...
ReplyDeletebtw bab description tu, mungkin "Pelbagai info dunia IT dan blog" lebih sesuai kot... ape pendapat anda?
sudah tukar. hehe
Deletehahaha.. hal ehwal kucing.. kena lantik menteri berkenaan untuk terus memelihara kebajikan kucing2 Malaysia..hehehe
ReplyDeleteMs buat n3 ni ngantuk. Tersengguk2 dpn PC. Tu yg ngarut tu. hehe
DeleteTerima kasih kak ieta ..
ReplyDeleteSama2. :)
Deletealaa... nk tersenarai juga kak ieta. hehehe... nampak gayanya kena merajinkan diri lah kan.
ReplyDeletetak sempat nak join komen.. :)
ReplyDeletenak kene beli tepon canggih dan besar..baru best nak blogwalking
ReplyDelete