Posts

Showing posts from 2015

5 Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul.

Image
5 Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul . Salam Maulidur Rasul. Mengingati Rasulullah SAW dan merindui Baginda... Selalulah kita berselawat kepada Nabi kita, Muhammad SAW. Sumber : Fanpage Lembaga Zakat Selangor . Apa perlu kita buat sempena menyambut Sambutan Maulidur Rasul ? Mari kita amalkan 5 panduan sempena menyambut Maulidur Rasul di bawah ini supaya sempena Hari Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W lebih bermakna dan mendapat lebih keberkatan. MENANAM CINTA KEPADA RASULULULLAH S.A.W. Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul . 1) Banyakkan berselawat kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.  Berselawat tak semestinya semasa berarak sahaja dan tak semestinya semasa program Maulidur Rasul sahaja. Di waktu-waktu santai tak buat apa-apa pun boleh berselawat. Besar pahalanya tau... Contoh selawat nabi sempena kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W : صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Image
Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung . Perbezaan antara tanpa tutup aurat dan menutup aurat. Fungsi menutup aurat disalah ertikan . SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus. Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri. Trend bertudung jadi kebiasaan dan ikutan ramai . Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun. Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dad

5 langkah mudah pasang kepala tong gas.

Image
5 langkah mudah pasang kepala tong gas . Ni namanya tombol kepala tong gas. Tak tahu pasang, alamatla tak memasak... Jadi, kena tahu pasang ya... Bila suami out station . Bila suami  out station  maka haruslah isteri menjadi  super dupper  ibu dan ketua keluarga. Kekuatan perlu ada. Segalanya perlu cekap. Hari pertama, baru je jam 4 pagi hantar suami ke ofisnya sebelum beliau bertolak menaiki kapal terbang urusan lawatan kerja ke luar negara, saya dah demam. Huh! Manja... hehe... Tak reti pasang kepala tong gas ! Sedang asyik menggoreng ikan bawal, api tiba-tiba padam. Alamak... Gas habis!. Huh! Menyesal tak tengok betul² suami pasang hari tu". Ngumam saya.  Padahnya bila suami pasang kepala tong gas, isteri buat kerja lain. Ha... kan dah gabra... Puas  search  kat  google ... Tak gak menjadi. Puas tanya ahli grup  whatsapp  ieta Info Line milik saya, tak gak menjadi... Lawak sungguh petang tadi. Akhirnya, tup² encik suami tercinta telefon. Fuhh lega

Kawan laman maya saya ahli perniagaan

Image
Kawan laman maya saya ahli perniagaan . Macam-macam gambar tentang kawan lama ada di google. Pengalaman sebagai Pembantu Pentadbiran merangkap Pembantu Peribadi . Saya adalah seorang Pembantu Pentadbiran merangkap Personal Assistant majikan saya  di sebuah syarikat Swasta untuk  branch  Raja Prepaid yang saya seliakan. Jawatan saya ini menyebabkan saya perlu selalu mencari pelanggan syarikat melalui laman maya Internet. Mengenali seorang ahli perniagaan . Melalui Yahoo Messenger, saya mengenali Mr. T (bukan nama sebenar) seorang ahli perniagaan dan bekas NAVY. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon sebuah parti politik tersohor satu ketika dahulu. Tujuan saya adalah untuk  deal  bisnis Toll Free dengan Syarikat Bright Profit Sdn. Bhd. dari Sabah. Setiap hari Mr. T akan menalifon saya. Kami berbual hal bisnis dan apa yang saya gemar, Mr. T suka berikan teka-teki. Secara tidak langsung membuatkan otak saya ni ligat memikirkan jawapannya. Suami saya tempat rujukan utama

RESEPI KUIH SERI AYU KUIH TRADISIONAL MELAYU

Image
RESEPI KUIH SERI AYU Kredit gambar dan resepi kepada  Pn. Salmiah Saad . Nak tahu? Dulu masa saya di sekolah Pondok, saya pernah belajar buat Kuih Seri Ayu ni. Saya juga ada belajar buat baju kurung, baju kebaya dan jubah lelaki. Tpi dah lama tinggal... lupa la. Rugi rasa. Ni tiba-tiba pula Pn. Salmiah Saad whatsapp resepi kuih Ser Ayu. Ha apa lagi, terus je saya share ke instagram. Kuih Seri Ayu ni, salah satu daripada kuih-muih tradisional tau. Kalau kena cara membuatnya Masyaa Allah... Lembut, gebu dan sedap... Kalau tak kena gayanya, jadi keras. Siapa tak ada gigi, jenuhla nak makan... hehe.. Kuih Seri Ayu memang sedap jika kena cara memasaknya. Bahan-bahan Kuih Seri Ayu ni mudah sahaja tau. Nak buatnya pun mudah. Nak dengan tak nak je. Tak membuang masa lagi, meh baca apa bahan dan bagaimana memasak Kuih Seri Ayu ni. Bahan-bahan Kuih Seri Ayu  (Untuk 25 ke 30 biji). 2 biji telur  1 cawan gula  2 cawan tepung gandum  1 cawan santan  1 sudu kecil ovellete 

Jatuhkah talak ke atas saya?

Image
Jatuhkah talak ke atas saya? Hati yang terluka sukar diubati jika ego menguasai diri! Satu malam,  ada soalan tentang perceraian diajukan kepada saya. Begini cerita yang berlaku dan soalan dari pembaca yang telah saya terima. Nama dirahsiakan atas sebab peribadi. E-mail dari pembaca blog Kisah Cikgu ieta . "Assalamu'alaikum Puan, saya suri rumah sepenuh masa dan berniaga sambiln. Saya ada masalah. Semalam, balik dari berjumpa customer²  urusan bisnis, saya berehat sebentar di dalam bilik sambil menjawab whatsapp customer. Malam, selepas solat, saya masak air dan terlupa menutup penutup cerek dengan rapat. Suami saya membebel dan telah berlaku pergaduhan kecil. Untuk mengelakkan pergaduhan besar, saya hanya duduk diam di dalam bilik sambil menonton video lawak di instagram bagi menghiburkan hati yang amat terluka dek kata² yang suami lemparkan semasa bergaduh tadi. Hati yang terluka sekian lama, nyata amat sukar diubati... Fahamilah hati itu wahai suami.

Header Blog Kisah Cikgu ieta

Image
Header blog Kisah Cikgu ieta Entah kenapa, saya suka betul dengan background  merah? Bagaimana saya reka header simple? Ingat tak, entri saya yang lalu bertajuk Kisah header blog ieta ? Penghujung tahun 2013, saya reka  header  simple  ni. Saya  design  menggunakan  miscrosoft Power Point  sahaja.Tapi nak letak di  banner  blog punyalah susah... Berkali-kali letak tapi tak juga  appear. Dulu masa rajin join segmen, saya pun ada juga join  Segmen free header Review blog by nfh . Tapi tak tahulah apa cerita. Masa tu belum pandai blogging lagi... hehe... Buat ayat pun tak pandai. Kelakar je bila baca balik entri-entri saya yang lama. Header ni deko sendiri melalui aplikasi Pizap. Perisian tu dah buang sebab fon memory full ... Kenapa blog Kisah Cikgu ieta tiada header? Sebenarnya, saya suka belajar buat header sendiri . Tapi CPU pula rosak, nak buat melalui  handphone  di  template coding  memang susah. Maka saya biarkan je lah tak ber header  blog saya ni. Bila

Resepi Pizza gebu dan sedap

Image
Resepi Pizza gebu dan sedap Bagaimana Resepi Pizza gebu dan sedap ni berada pada saya? Ha... Meh saya nak story bagaimana   resepi Pizza gebu dan sedap dari Pn. Salmiah pemilik Kedai ACU TNC yang menjual Produk Kesihatan, Kecantikan, juga membuat Rawatan Akupunktur, Bekam dan lain² lagi berada pada saya? Dari whatsapp bertanyakan hal-ehwal kerja dan anak-anak, kami berkongsi pelbagai resepi. Kalau anda nak tahu, selain mahir melakukan facial dan bekam, Pn. Salmiah juga mahir memasak pelbagai jenis kek, roti dan pizza juga macam-macam lagi masakan tau. Dengan izin beliau, saya kongsikan kepada anda. Mesti suka kan? Tak mau banyak cerita, jom kita baca apa bahan dan bagaimana nak buat Pizza gebu dan sedap ni. Seperti biasa, saya akan tambahkan bahan sesuka hati saya. Hehe... Bahan-bahan Pizza gebu dan sedap : 2 sudu teh mauripan. 1 sudu teh gula.  Air suam. 4cawan tepung gandum. Sedikit garam. Suku cawan minyak jagung. Sosej hiris sesuka hati. Mayonis. Kepi

Wordless Of Wednesday 49 : WOW SALE!!

Image

Jangan ada benci dalam hati

Image
Jangan ada benci dalam hati Pernah tak kita rasa benci pada seseorang? Atau kita rasa sayang sangat-sangat pada seseorang tu? Pernag tak orang bencikan kita? Pasti pernah bukan? 3 sebab kenapa orang suka cakap belakang. Baca dan fahamkan dan bawa bertenang :) Walau apa pun yang kita rasa, biarlah bersederhana. Arwah emak saya pernah pesan, "Suka jangan suka sangat dan benci pun jangan benci sangat. Biar bersederhana". Kenapa ya arwah emak saya pesan begitu? Pasti ada sebabnya bukan? Ya benar, memang benar pesanan arwah emak saya tu.  Pernah saya sayang sangat pada seorang kawan baik saya. Dia selalu tolong saya bila saya perlukan pertolongan. Bila saya kesedihan, dia sering menghiburkan. Bila saya kesakitan, dia tolong meredakan. Namun, disebabkan perkara yang kecil. Berlaku sedikit perselisihan faham, akhirnya kami bawa haluan masing-masing. Dialah antara orang yang pernah menaikkan blog saya ini yang juga atas usaha saya sendiri. Redha... Itulah yang se

Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?

Image
Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit? Melalui aplikasi Malaysia Air Polution Index (API) yang saya install ke dalam telefon bimbit saya ni, kelihatannya udara persekitaran ternyata masih kurang sihat. Hujung minggu, duduk rumah sahajalah jawabnya. Nak keluar waktu jerebu ni, maklum sahajalah... Sakit tekak dan pedih mata dek asap jerebu ni tau... Saya beberapa hari ni pun, tekak sakit hingga mengeluarkan darah. Semput menjadi-jadi pula. Sabar aje lah kan...? Tak pe, tak pe sakit ni kan kaffarah dosa.  Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?  Bila kurang sihat biasalah. Baring je lah kan? Apa pun tak boleh buat. Jadi, pertama sekali sewaktu sakit sudah tentulah banyakkan mengingati Allah kan? Ha, masa nilah baru nak muhasabah (kaji) di mana salah dan silap diri.  Kedua, makanlah ubat. Ikhtiar. Usah berserah sahaja. Sampai bila tak akan baik penyakit kita. Tak dapat kesembuhan dengan ubat doktor, cubalah ikhtiar cara tradisional. Takpun, minumlah air Yaasiin. Tak