Haram Mengkhianati Sesama Islam
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW,
"Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
Hadis ini telah diriwayatkan oleh At-Tirmizi. Hadis ini juga adalah hadis Hasan.
Huraian Hadis :
Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.
Haram menumpahkan darah sesama Islam.
Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin.
Sering terjadi, sikap mencari kesilapan orang lain sehingga memburuk-burukkan seseorang di laman-laman sosial mahupun akhbar dan televisyen berlaku. Walau siapa pun kita, andai menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut, sikap ini amat terkeji kerana aib dan maruah orang yang disebarkan kadangkala menjadi fitnah yang mampu merosakkan hubungan silatur rahmi. Fitnah itu dilemparkan sesuka hati tanpa memikirkan kesan dikemudian hari. Sikap sebegini, pasti memakan diri sendiri satu hari nanti.
Ingat ya... Jangan jadi mulut longkang... Pesan Arwah Emak saya, "Biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang... Maafkan sahaja. Tetapi ingat sampai bila- supaya tidak terkena lagi dilain kali."
Haram Mengkhianati Sesama Islam. Tetapi yang haram itulah sering dilakukan oleh segelintir manusia. Sehingga sanggup buat apa sahaja. Haram Mengkhianati Sesama Islam. Kerana Nerakalah tempatnya. Oleh itu, jangan buat ya...
selamat pagi ^_^ tq share
ReplyDeleteSelamat petang Syira ^__^
DeleteSama2... :)
DeletePerkara ini nampaknya semakin hari semakin banyak terjadi. Malah ahli keluarga sendiri pun sanggup khianati diri kita.
ReplyDeleteAlangkah sedihnya. Apapun, pesanan arwah mak cikgu sama juga dengan apa yang wan pegang selama ini.
Bila hasad dengki menguasai hati, keluarga sendiri pun sanggup dikhianati. Bila dikhianati, buatlah solat hajat. Pasti Allah tunjukkan jalan Wan :)
Deletetak baik khianat orang.
ReplyDeletenanti orang khianat anak kita, terasa bulu ketiak kita tau.
hehe...
Deletememang tak baik mengkhianat apa jua makhluk
ReplyDeleteBetul tu Kucha Lana ^__^
Delete