PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Jangan bergaduh arwah emak pesan...

 #SantaiBlogger, #KelabBloggerBenAshaari, #DenaihatiNetwork, Antara kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, PANDUAN HIDUP, Kisah Cikgu ieta, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Jangan bergaduh arwah emak pesan, Ego tu bertingkek-tingkek, Carik-carik bulu ayam, pepatah, lama-lama bertaut kembali, Air dicencang tak akan putus, permainan siapa punya paling banyak, aku punya, Aku punya lagi banyak, berjuta-juta. Sampai pecah-pecah planet!, balun, Bergaduh dah memang sinonim dengan kami kanak-kanak ribena, Jangan bergaduh, kata pepatah, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Zaman canggih, saman-menyaman, Semak wall, media sosial, tukang kipas, Kaki bodek, kaki ampu, batu tumbuk giling, seronok pula buat ketupat kan, orang yang sudah dewasa, berakal, Malu weh, Orang Melayu sewajarnya bersatu, maju, mundur, kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, mengumpat itu lebih dahsyat daripada membunuh,Biar orang buat kita, jangan kita buat orang, Buat solat hajat, tanggungjawab saya, Jangan bergaduh, Kenapa perlunya hashtag, Blogger Underground, perkongsian, hashtag itu penting, Bukan tujuan menumpang glamour, kenapa perlu hashtag, sebab kena hashtag, hashtag, bergaduh, meroyan, mabuk ketum, niat, niat itu penting, tanda blogger ni ramai, Lawakder, blog Kisah Cikgu ieta, like, fanpage, berkumpulan, komuniti, #blogger #blog #KisahCikguieta #Blogieta, #SantaiBlogger, #ahliKelabBloggerBenAshaari, #guru, #rakan #group #DenaihatiNetwork, networking, berjamaah itu adalah berkumpulan maksudnya, maksud berjamaah
Jangan bergaduh arwah emak pesan... Macam budak-budak ni lah jadinya. Malu... 1 dunia nampak tau...

Teringat arwah emak sambil menaip soalan Ujian Prestasi 1 ni. " Jangan bergaduh" arwah emak pesan.

Masa kecil-kecil dahulu, kami adik beradik memang rajin benar bergaduh. Bukannya apa. Arwah adik yang ke tiga tu, kuat benar menyakat kami adik beradik. Yang kecil-kecil pula kuat mengadu. Aku yang sulung pula, memang tak boleh nak beralah. Asyik nak menang sahaja. Cakap aku memang tak boleh siapa-siapa pun bangkang. Maklumlah, aku yang sulung. Ego tu bertingkek-tingkek mengalahkan mangkuk tingkat. Memang arwah emak marahlah. Dah asyik bergaduh sahaja. Padan muka kami... Siapa suruh bergaduh kan? Bila marah, arwah emak cakap begini,
 "Hangpa ni, macam anjing dengan kucing tau dak? Hangpa tak boleh ka dok aman damai lagu orang lain? Silap sikit, marah. Silap sikit bebai. Awat lah hangpa ni ha? Esok kalau aku mati... hangpa tau la lagu mana dok dengan mak tiri".
Bila saya semakin dewasa dah beranak-pinak, baru saya tahu apa yang arwah emak saya maksudkan macam anjing dengan kucing. Cuba anda lihat haiwan spesis anjing dengan kucing tu, bagaimana reaksi mereka jika duduk berdekatan? Ha, nampakkan? Begitulah diibaratkan bila kita ni asyik nak bergaduh sahaja. Arwah emak aku tidaklah menyamakan kami dengan haiwan tersebut. Cuma menyamakan sikap kami adik beradik yang kuat bergaduh. Kami langsung tak marah pun... Sebab kami tahu tu memang salah kami. Orang dulu-dulu memang sedemikian gaya marahnya. Elok sahaja pula kami sekarang ni menjadi manusia :)

Kami adik-beradik enam orang semuanya. Yang ke dua memang senyap. Tak join main atau bergaduh dengan kami berempat yang perempuan dan yang ke tiga kuat menyakat tu. Tapi lama-kelamaan, kami berbaik balik. Alah... Bak pepatah kata...
"Carik-carik bulu ayam, lama-lama bertaut kembali". 
Satu lagi,
"Air dicencang tak akan putus...". 
Bila baik tu kan, memang best sangat. Ingat lagi kami selalu bermain permainan siapa punya paling banyak. Sayalah yang selalu memulakan permainan itu.

Saya : Ha, tu aku punya...
Adik ke 2 : Tak... tu aku punya...
Adik ke 4 : Taklah... tu aku punya...

Saya : Aku punya... Aku punya banyak...
Adik-adik : Aku punya lagi banyak, berjuta-juta. Sampai pecah-pecah planet!

Dah tu, bergaduh balik... Emak di bilik bawah pun menjerit lagi
"Awat yang hingaq sangat tu ha? Aku suruh tidoq awat hanpa tak tidoq-tidoq lagi?? Bergaduh lagi! Bergaduh lagi!. Sat lagi aku balun dengan tali pinggang baghu hangpa tau".
Senyap terus kami dan terus tidur lena. Begitulah kami sewaktu menjadi anak-anak kecil dahulu. Bergaduh dah memang sinonim dengan kami kanak-kanak ribena. Bila dah tua-tua ni kan, teringat balik (eh, tua dah ya?). Ketawa sendirian mengingatkan gelagat dan perangai kami. Sedih pun ada. Kesian arwah emak geram dengan sikap kami tu. Moga arwah emak dan adik ke tiga saya tenang di sana. Aamiin... Ya Robbal 'Alamiin...

Berbalik kepada pesan arwah emak saya itu "Jangan bergaduh". Banyak sebab beliau berpesan sedemikian sebenarnya. Antara kesan-kesan dan akibat bila bergaduh ialah :

1. Bila kita bergaduh kita pasti marah. Bila marah, pelbagai kata-kata kesat yang pasti akan keluar dari mulut kita yang tak ada insurans ni. Bila dah begitu, bak kata pepatah lagi
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".
Silap-silap haribulan, kata-kata yang terkeluar tu dirakam. Zaman canggih sekarang ni, di print screen siap bagai. Ha... kan susah jika saman-menyaman berlaku?. Satu dunia tahu, yang malu siapa? Kita juga kan? Andai kita orang yang berkaliber tak mengapalah juga, tetapi andai kita orang yang tidak dikenali ramai. Tidak glamourlah senang cakapnya, malu yang dapat. Sedangkan perkara yang digaduhkan itu hanyalah perselisihan pendapat sahaja... Boleh slow talk face to face sahaja... Tak perlulah nak keluar statement, keji mengeji, kata mengata dan burukkan antara satu sama lain... Kan dah macam keanak-anakan tu... Saya membaca pun saya naik meluat... Hari-hari dok nampak benda yang sama sahaja. Kutuk-mengutuk, keji-mengeji, umpat-mengumpat dan perli-memerli.

Ini CONTOH :
"Semak wall. Sorry... Malas nak hadap. Buang terus. Banyak lagi perkara berfaedah boleh buat dari baca entah hape2 yang bagai virus menular ke halqum jiwa. Yang jadi tukang batu api, yang status semua aku buang. Macam budak2... Laman sosial bukan untuk bergaduh hokay... Be matured and pro la... Sebab aku nak yang positif sahaja. Yang negatif memang aku tolak tepi termasuklah yang suka jaga tepi bucu kain aku.
Sekian, harap maklum".
Ada yang terasa dengan status saya ni? Waktu itu, saya membuka fb untuk mencari bahan membuat soalan, saya terbaca ditimeline saya pergaduhan, kebencian, perli-memerli dan umpat-mengumpat yang tidak berkesudahan dan berpanjangan sudah beberapa hari. Ditambah pula dengan rakan-rakan yang menjadi batu api. Waktu itu memang saya rasa menyampah yang amat-amat sangat. Memang semak dan serabut kepala otak dan mata saya yang membacanya. Panjang berjela-jela pula tu. Penghasut dan batu apinya... Ya Allah... Macam mereka perfect sangat. Saya jelak dan saya benci dengan perkara-perkara seperti itu. Serius saya cakap. Saya tidak mahu menjadi pembaca bahan umpatan sedemikian. Langkah terbaik, saya hapuskan nama mereka-mereka itu semua. Aman mata dan hati saya.

 #SantaiBlogger, #KelabBloggerBenAshaari, #DenaihatiNetwork, Antara kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, PANDUAN HIDUP, Kisah Cikgu ieta, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Jangan bergaduh arwah emak pesan, Ego tu bertingkek-tingkek, Carik-carik bulu ayam, pepatah, lama-lama bertaut kembali, Air dicencang tak akan putus, permainan siapa punya paling banyak, aku punya, Aku punya lagi banyak, berjuta-juta. Sampai pecah-pecah planet!, balun, Bergaduh dah memang sinonim dengan kami kanak-kanak ribena, Jangan bergaduh, kata pepatah, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Zaman canggih, saman-menyaman, Semak wall, media sosial, tukang kipas, Kaki bodek, kaki ampu, batu tumbuk giling, seronok pula buat ketupat kan, orang yang sudah dewasa, berakal, Malu weh, Orang Melayu sewajarnya bersatu, maju, mundur, kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, mengumpat itu lebih dahsyat daripada membunuh,Biar orang buat kita, jangan kita buat orang, Buat solat hajat, tanggungjawab saya, Jangan bergaduh, Kenapa perlunya hashtag, Blogger Underground, perkongsian, hashtag itu penting, Bukan tujuan menumpang glamour, kenapa perlu hashtag, sebab kena hashtag, hashtag, bergaduh, meroyan, mabuk ketum, niat, niat itu penting, tanda blogger ni ramai, Lawakder, blog Kisah Cikgu ieta, like, fanpage, berkumpulan, komuniti, #blogger #blog #KisahCikguieta #Blogieta, #SantaiBlogger, #ahliKelabBloggerBenAshaari, #guru, #rakan #group #DenaihatiNetwork, networking, berjamaah itu adalah berkumpulan maksudnya, maksud berjamaah
Jangan bergaduh arwah emak pesan... Nak-nak lagi di laman-laman sosial. Malu weh...

Kepada semua yang membaca entri saya ini, manfaatkanlah sebaiknya media sosial yang ada... Gunakan untuk kongsikan perkara-perkara yang berfaedah. Bukan gunakan media sosial untuk membuat kritikan secara terbuka terhadap orang yang tidak sependapat atau orang yang kita benci. Kan itu sudah mengaibkan namanya? Ingat ya, satu (1) aib orang yang kita buka, sepuluh (10) aib kita Allah buka. Tak takut kah siksaan api neraka?

 #SantaiBlogger, #KelabBloggerBenAshaari, Antara kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, #DenaihatiNetwork, PANDUAN HIDUP, Kisah Cikgu ieta, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Jangan bergaduh arwah emak pesan, Ego tu bertingkek-tingkek, Carik-carik bulu ayam, pepatah, lama-lama bertaut kembali, Air dicencang tak akan putus, permainan siapa punya paling banyak, aku punya, Aku punya lagi banyak, berjuta-juta. Sampai pecah-pecah planet!, balun, Bergaduh dah memang sinonim dengan kami kanak-kanak ribena, Jangan bergaduh, kata pepatah, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Zaman canggih, saman-menyaman, Semak wall, media sosial, tukang kipas, Kaki bodek, kaki ampu, batu tumbuk giling, seronok pula buat ketupat kan, orang yang sudah dewasa, berakal, Malu weh, Orang Melayu sewajarnya bersatu, maju, mundur, kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, mengumpat itu lebih dahsyat daripada membunuh,Biar orang buat kita, jangan kita buat orang, Buat solat hajat, tanggungjawab saya, Jangan bergaduh, Kenapa perlunya hashtag, Blogger Underground, perkongsian, hashtag itu penting, Bukan tujuan menumpang glamour, kenapa perlu hashtag, sebab kena hashtag, hashtag, bergaduh, meroyan, mabuk ketum, niat, niat itu penting, tanda blogger ni ramai, Lawakder, blog Kisah Cikgu ieta, like, fanpage, berkumpulan, komuniti, #blogger #blog #KisahCikguieta #Blogieta, #SantaiBlogger, #ahliKelabBloggerBenAshaari, #guru, #rakan #group #DenaihatiNetwork, networking, berjamaah itu adalah berkumpulan maksudnya, maksud berjamaah
Jangan bergaduh arwah emak pesan... Tak payahla... jadi batu api, talam dua muka atau pengadu domba...

2. Bila bergaduh, ada pula yang tukang kipas. Kaki bodek, kaki ampu dan batu tumbuk giling berapi-api mengeruhkan lagi dan mengapi-apikan lagi keadaan. Macam seronok pula buat ketupat kan... Mengumpat style baru. Mengumpat beramai-ramai di laman sosial yang ada. Tidak terfikirkah ramai yang membaca? Tidak terfikirkah mengumpat itu lebih dahsyat daripada membunuh? Siap perli-perli, keji-mengeji orang yang dibenci itu. Nak-nak lagi yang buat ni, orang yang sudah dewasa dan berakal. Malu weh... Orang Melayu sewajarnya bersatu... Bukan bergaduh seperti anak-anak macam saya dahulu diwaktu kecil-kecil... Kita sekarang sudah maju. Bukan zaman mundur lagi... Buanglah ego tu... Tolak ke tepi... Bermaaf-maafan sudahlah... Nak minta maaf bukan main minta maaf dilaman-laman sosial... sebaiknya, private message atau face to face... Tak berani jumpa seorang diri? Bawalah teman... Teman di laman sosial yang rajin komen berapi-api tu pun kan ada... Ajak mereka. Berdamai... Habis cerita.

 #SantaiBlogger, #KelabBloggerBenAshaari, #DenaihatiNetwork, Antara kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, PANDUAN HIDUP, Kisah Cikgu ieta, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Jangan bergaduh arwah emak pesan, Ego tu bertingkek-tingkek, Carik-carik bulu ayam, pepatah, lama-lama bertaut kembali, Air dicencang tak akan putus, permainan siapa punya paling banyak, aku punya, Aku punya lagi banyak, berjuta-juta. Sampai pecah-pecah planet!, balun, Bergaduh dah memang sinonim dengan kami kanak-kanak ribena, Jangan bergaduh, kata pepatah, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Zaman canggih, saman-menyaman, Semak wall, media sosial, tukang kipas, Kaki bodek, kaki ampu, batu tumbuk giling, seronok pula buat ketupat kan, orang yang sudah dewasa, berakal, Malu weh, Orang Melayu sewajarnya bersatu, maju, mundur, kesan-kesan dan akibat bila bergaduh, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, mengumpat itu lebih dahsyat daripada membunuh,Biar orang buat kita, jangan kita buat orang, Buat solat hajat, tanggungjawab saya, Jangan bergaduh, Kenapa perlunya hashtag, Blogger Underground, perkongsian, hashtag itu penting, Bukan tujuan menumpang glamour, kenapa perlu hashtag, sebab kena hashtag, hashtag, bergaduh, meroyan, mabuk ketum, niat, niat itu penting, tanda blogger ni ramai, Lawakder, blog Kisah Cikgu ieta, like, fanpage, berkumpulan, komuniti, #blogger #blog #KisahCikguieta #Blogieta, #SantaiBlogger, #ahliKelabBloggerBenAshaari, #guru, #rakan #group #DenaihatiNetwork, networking, berjamaah itu adalah berkumpulan maksudnya, maksud berjamaah
Jangan bergaduh arwah emak pesan... Bergaduh lawan mata tak mengapa, jangan bergaduh macam orang tak cerdik akal, meroyan sini sana :)
Sedikit perkongsian, pengalaman saya pernah beberapa orang blogger mencari pasal dengan saya di alam maya ini, buat saya lebih berhati-hati. Saya jadikan itu semua sebagai panduan dan pedoman sepanjang hayat saya. Bukan tidak pernah blogger menipu saya dalam hal GA bercakap serupa keling pun berkaitan GA juga, auta saya dalam GA, ada yang siap buat entri blog memburukkan hasil kerja saya lagi berkaitan GA dan juga yang memburuk-burukkan saya di facebooknya. Pernah orang yang rapat dengan saya fitnah saya dan menghina saya difacebooknya, pun saya pernah. Dianiaya, difitnah oleh rakan sekerja. Pernah... Bukan tidak pernah saya lalui semua itu... Masa tu arwah emak saya ada lagi. Arwah emak dan adik-beradik serta suami sayalah penyejuk hati saya ni. Ingat lagi arwah emak saya nasihat saya,
"Sabar nak, Biar orang buat kita, jangan kita buat orang... Buat solat hajat. Tapi jangan pulak hang meghiyan (meroyan) macam orang mabuk ketum tak tentu hala kat facebook tu... Nanti hang yang malu sendiri..."
Masa difitnah, macam nak bunuh diri pun ada. Syukurlah Allah bagi hidayah dalam diri saya ni. Ramai sahabat yang memberi semangat buat saya. Ha... pentingnya sahabat di waktu ini. Nasihat kita, bukannya lagi mengapi-apikan dan mengadu-domba kita. (Kisah ini tidak bertujuan meluah perasaan. Sekadar membuat contoh diri supaya diambil pedoman oleh pembaca. Harap maklum.)

3.  Bila bergaduh, emosi pasti terganggu. Silap-silap haribulan, anak-anak dan suami atau isteri dan keluarga menjadi mangsa pula di rumah. Kesian mereka kan? Lagi parah, ramai kawan yang memuja terus bertukar menjadi benci. Rugi diri sendiri. Yang ramai dok bertenggek jadi batu api buat apa? Banyak sangatkah pahala kita untuk diberikan kepada orang yang kita dok umpat secara beramai-ramai di laman sosial tu? Kuat sangatkah pula kita untuk menanggung dosanya jika pahala kita telah kehabisan diberi kepada orang yang kita perli-perli tu? Sudah cukupkah amalan kita sehingga pahala kita berlambak-lambak untuk diberikan kepada orang yang diumpat? Kita tidak selamanya hidup ya. Kita akan mati... Larat nak bawa dosa orang yang kita umpat?

Maaflah, saya bukan nak membodek sesiapa pun. Dengan terbitnya entri ini, saya tidak dapat apa-apa pun... Mungkin ramai lagi yang akan unfriend, unlike dan unfollow blog dan mana-mana lagi laman-laman sosial yang saya ada. Ini sudah pun berlaku. Cumanya... saya selaku insan yang bergelar guru, terjebak pula ke dalam dunia maya merasakan tanggungjawab saya mengingati sesiapa pun. Hatta di dalam kelas saya sendiri, perkara yang sama tetap saya ingatkan "Jangan bergaduh". Sebab telah lama saya perhatikan perkara ini.

Sekadar contoh, hanya kerana hashtag pun dah nak jadi isu. Dah kenapa? Dengkikah? Atau mengganggu-gugat jiwakah sehingga tidak boleh melihat hashtag-hashtag tertentu? Tak puas hati, sila berdepan dengan orang yang tidak puas hati la. Jangan serbu diruang komen orang lain tanpa berhelmet. Wa imma di facebook mahupun di mana-mana sahaja laman sosial. Tahukan anda, perkara sedemikian sebenarnya menampakkan kedunguan anda sendiri. Rakan-rakan saya ramai dari kalangan orang di Jabatan dan pelbagai jawatan dari peringkat atas hingga ke peringkat bawahan. Kadangkala mereka bertanya saya "Apa sudah jadi dengan dunia maya anda?". Saya malu... Anda tidak merasa malukah dengan perlakuan anda itu? Seriously, macam budak-budak.

Kenapa perlunya hashtag
Walaupun adakala saya suka menjadi Blogger Underground, ada perkongsian saya yang saya share tanpa meletak hashtag. Namun, penggunaan hashtag itu penting bilamana untuk tujuan seperti berikut :
1. Berkomuniti, bermasyarakat.
2. Supaya blog lebih dikenali ramai. 
3. Peluang untuk orang baca apa yang kita tulis lebih banyak. 
4. Merebut peluang berkongsi ilmu atau apa sahaja dengan menggunakan hashtag

Bukan tujuan menumpang glamour mana-mana pihak ya seperti yang pernah ditohmah oleh beberapa orang kepada saya. Niat itu penting... bila berkongsi ke mana-mana laman sosial yang ada, niatkanlah menyeru, mengajak (dakwah) atau berkongsi apa sahaja yang ingin disampaikan hatta hal berkaitan duit. Zaman sekarang, duit bukanlah segala-galanya tetapi, segala-galanya memerlukan duit. Sebab itu untuk beriklan di dalam blog dan hendakkan ilmu, anda perlu laburkan duit. Faham tu? Tidak faham, bawa-bawa fahamkan. Terpulang pada pendapat masing-masing... Mari kita positifkan minda kita.

Tahukah anda, dengan hashtag, rezki saya perolehi lebih banyak dari pelbagai sudut dan segi. Bukan saya mahu menumpang mana-mana populariti atas mereka yang sudah ternyata hebat. Cuma saya sukakan komuniti dan sebagai ini juga sebagai tanda blogger ni, ramai... Dah alang-alang nak berhashtag... apa salahnya hashtag sekali nama-nama networking yang ada... Tak salah pun... Yang menjadi salah ialah bak kata blogger Nyna Nieyna,  
"Tak salah .. tapi penyakit hati seseorang tu yang salah membuatkan org yg berpenyakit tu tak de perasaan bersalah".
Sedih ke hilang follower atau likers? Tak sedih langsung... Sememangnya saya memang rasa nak tergelak bila segelintir orang unfriend, unlike dan unfollow hanya kerana hashtag. Lawakder...

Bukan kerja nak menghalau;
Tak suka sila tinggalkan,
Pergi tidak dihalau;
Datang kalu amat dialu-alukan.

Dalam hidup eloklah berkumpulan;
Untuk meriahkan komuniti blogger,
Jika hidup berhala tujuan,
Meriahlah hidup blogger...
Saya #blogger #blog #KisahCikguieta (#Blogieta). Saya juga seorang yang #SantaiBlogger, #ahliKelabBloggerBenAshaari yang tidak aktif join even disebabkan komitmen saya terhadap kerjaya saya seorang #guru, #rakan #group #DenaihatiNetwork dan banyak lagi networking yang tidak perlulah saya ceritakan dengan panjang lebarnya di sini kerana entri ni pun sudah cukup panjang lebar. Saya kenal dan pernah bersemuka dengan owner semua kelab dan network yang saya sebut di atas dan beberapa network yang lain lagi. Seperkara lagi, saya sudah dididik untuk berjamaah dari dahulu lagi. Tahukah anda berjamaah itu adalah berkumpulan maksudnya? So, usah ajak saya jadi katak bawah tempurung jika anda tidak mahu turut berkumpulan seperti orang lain yang suka berkumpulan dan buat kerja berkumpulan. Habis tu yang anda ping (share entri) ke dalam mana-mana group blogger tu bukan berkumpulan kah namanya tu? Buka luas-luas minda tu ya... Usah terlalu jumud dan tertutup pintu hati itu untuk menerima kata-kata saya ini andai anda masih lagi share atau ping entri anda di mana-mana group fb atau mana-mana laman sosial. Menaip dan bercakap, sila guna akal yang panjang. Bukan guna akal yang cetek :D
 
Jangan bergaduh arwah emak pesan... Marilah kita ikut mana yang baik. Contohi mana yang baik. Mana yang tak elok tu... kita buang-buangkanlah jauh... Janganlah hal yang sebesar hama, dek sebab nafsu yang dihasut oleh syaitan tu kita ikut sangat hingga memecah-belahkan mana-mana komuniti yang ada. Baik komuniti blogger mahupun komuniti di dalam kekeluargaan juga ditempat kerja. ikutlah molek-molek nasihat Jangan bergaduh arwah emak pesan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang sudi like fanpage dan blog Kisah Cikgu ieta ini. Kepada yang telah sudi unlike dan unfollow blog saya, juga saya ucapkan ribuan terima kasih... Jasa kalian amat-amat saya hargai kerana turut memeriahkan dunia maya saya. Terima kasih dan Maaf zahir batin jika entri saya ini membuat anda tersentak atau apa sahaja rasa...
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 orang yang sudi komen:

  1. Wahhh...memang jelas sungguh penjelasan kak Ieta ni.
    Apapun, wan setuju la kak kesan apabila kita bergaduh ni...tak kira la kat laman sosial ka atau depan-depan ka. Jiwa yang sukakan keamanan pasti tak akan tenteram dan kalau boleh cuba untuk selesaikannya dengan cara terbaik manakala jiwa yang berkecamuk pula memilih untuk berkongsi dengan seramai mungkin dengan harapan boleh lupakannya tetapi mereka tak sedar yang cara sebegitu silap. Wan juga pernah merasai situasi yang sama. Apapun, kesabaran dalam situasi ini lebih penting. Macam yang akak kata, asalkan kita pelihara keaiban orang lain, Allah akan pelihara keaiban kita. Itu sudah pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wan. Itulah namanya manusia. Tak lari dari melakukan kesilapan. Namun jika ego mengatasi segala-galanya, takkan mereka melupakan kesilapan bahkan dicanang2 ke merata alam. Apa pun, entri ni cuma mengharapkan semuanya kembali seperti biasa. Dunia blogging ni kecil sahaja... 1 hari pasti akan bertemu balik semula... Tidak kita, anak-anak yang semakin dewasa... Hukum karma...

      Delete
  2. Tiada kata lain lagi kak ieta :) i love this article..dan apa yang berlaku masa kecil kecil dulu jika di ingat sekarang menjadi kenangan yang tak kan kita lupakan sampai bila bila,juga apa yg kak ieta sampai kan melalui artikel ini sangat bermanfaat bagi saya dan para pembaca yang lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wyfa. Dlm ada yang tidak suka dgn entri ini< masih ada yg sudi membacanya :)

      Delete
  3. masa saya kecil dulu pun suka bergaduh adik beradik tapi tak sampai sehari berbaik semula..hahaha

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *