![]() |
Salad Popcorn Ayam sempoi memang sedap ^__^ |
Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi
As salam. Hari ini saya ingin berkongsi resepi lah.... Resepi ini dari adik saya yang ke 5, pemilik bersama Gerai Roti Canai Razak di Sidec, Bandar Sri Iskandar Perak. Roti canainya memang lembut yang amat dan sedap dimakan begitu sahaja.
![]() |
Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi resepi isteri tokey kedai ni ^__^ Mai3... Buat orang Perak. Luar Perak pun boleh mai na... Gerai Roti Canai Razak Menu Pelbagai Jenis Roti dengan Harga Berpatutan. Sedap & Lembut. Makan Sekali Pasti Nak Ulang Lagi. |
Sedikit info tentang Gerai Roti Canai Razak. Lokasinya adalah di alamat NO 147 (KIOSK) (KEDAI MAKAN), JLN TRONOH, 32600 SERI ISKANDAR, PERAK. Di kawasan Sidec, anda boleh tanye sahaja 'Razak roti canai' mesti orang tahu. Ini disebabkan student UITM selalu lepak bersarapan di situ dan ia. berhampiran Klinik 1 Malaysia.
Waktu beroperasi adalah selepas subuh sehingga jam 11.30 pagi. Namun demikian, pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Am 10 pagi kebiasaannya cepat habis licin rotinya. Hari Jumaat cuti. Bulan Ramadhan, menu sepanjang tahun murtabak ayam dan daging atas permintaan ramai..... Sebarang pertanyaan, boleh ajukan di fanpage Gerai Roti Canai Razak.
Oh ya, adik saya ni memang pandai masak tau. Kalau buat laksa Penang dan Sambal ikan... pehhhh... Mavvless, sama rasa seperti masakan arwah emak saya. Jadi memandangkan resepi salad ini telah dikongsikan oleh beliau melalui Whatsapp group adik-beradik kami. Maka dengan murah hatinya beliau izinkan pula saya kongsikan di dalam blog saya ini.

Salad ni kan pelbagai. Yang ini beliau telah memasukkan ayam popcorn. Salad ini simple sahaja. Mari lihat apa bahan dan bagaimana caranya.
![]() |
Salad Popcorn Ayam sempoi. Popcorn ayam boleh beli di pasaraya atau beli sahaja online. Sumber gambar, Encik google. |
Bahan-bahan Salad Popcorn Ayam sempoi :
- Sayur salad.
- Tomato.
- Popcorn ayam atau ayam potong dadu.
- Tauhu atau tempe (goreng dahulu ya).
- Daging atau sotong goreng Tepung Magik atau rebus.
- Mayonis.
- Serbuk lada hitam.
Caranya :
- Potong sayur salad dan Tomato.
- Kemudian campurkan isi ayam yang telah dipotong dadu atau popcorn ayam.
- Masukkan tauhu, tempe, daging, atau sotong (mengikut kehendak hati dan citarasa anda sendiri).
- Kemudian gaul dengan mayonis yang dah sedia ada dijual dipasaran.
- Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
Ayat Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi yang adik saya whatsapp sikit dan sempoi sahaja. Tapi sebab saya ni kan blogger, maka jadi kebiasaanlah saya memanjangkan ayatnya ha. Bolehlah anda mencuba Resepi Salad Popcorn Ayam sempoi untuk makan tengahari ini ya. Selamat mencuba... ^__^
YUMM,..aduhai kak ieta sedapnya,resepi ni kan boleh di makan samaada siang atau malam,waktu waktu santai kan,hehe sambil-sambil berblog ke,menonton tv ke memang sesuai ni,boleh buat ni bahan simple dan mudah sangat nak membuatnya kan kak ieta :)
ReplyDeleteAsal masuk je entry resepi kak ieta ni confirm kome ni lapar kak ieta hehehe,..nak makan kejap lepas tu nak berblogging balik,nanti kita nak buat resepi kak ieta bagi ni ya ,thanks sekali lagi kak ieta bagi inspirasi untuk cari makanan santai yang simple ,.
ReplyDeletemacam sedap je kena try ni..huhuhu
ReplyDeletemcm menarik je resepi ni. woohooo! harus try
ReplyDeleteKak ieta dah buat dah ! Memang sedap cuma saya tambah timun jepun je sbb sy suka makan timun jepun ..xmkn nasi pun sebab hadap meny ni je hehe...
ReplyDeleteNak try buat juga lah, kadang2 tak sempat nak masak banyak2, semua ada dalam ni ;)
ReplyDelete