Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global.
![]() |
Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global : Pelajar meninggal akibat kepanasan. |
Panas sangat cuaca sekarang ni... Pemanasan global telah berlaku. Kipas syiling pasang 5. 2 kipas duduk setiap darinya pasang 3, pun berbahang. Ini baru panas di dunia. Allahu... Di mahsyar nanti, matahari cuma sejengkal sahaja jaraknya dari kepala kita.
Suhu cuaca kini memang merbahayakan diri.
Melihat kepada keratan akhbar bertarikh 28 April 2014 dan terbaru, bertarikh 28 Februari 2015, menyatakan bahawa suhu cuaca kini memang merbahayakan diri. Buat cikgu-cikgu.... Hati-hatilah semua jika buat aktiviti di luar kelas ya.
Apakah dia pemanasan global? (SUMBER)
Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.
3 Faktor pemanasan global (SUMBER)
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah :
Apakah dia pemanasan global? (SUMBER)
Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.
3 Faktor pemanasan global (SUMBER)
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah :
- Pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18.
- Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida.
- Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Bagaimana Proses pemanasan Global Terjadi? (SUMBER)
Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global:
![]() |
Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global : Bagaimana proses pemanasan global terjadi? |
- Amalkan doa ini...
Dari Ustazah Salmiah, whatsapp group Geng Muaz. - Pastikan anak dan murid-murid kerap minum air masak.
- Waktu Pemanasan Global sebegini, Tidak perlulah bersukan terlampau di luar kelas. Nak juga, buatlah aktiviti indoor sahaja. ATAU
- KIV dahulu aktiviti luaran ya cikgu-cikgu...
- Mandi 5 kali sehari jika berada di rumah.
- Semasa mandi, jirus dari kaki bawa ke atas perlahan-lahan hingga ke kepala.
- Duduk di hadapan kipas atau duduk sahaja di hadapan peti ais. Anak-anak saya suka betul buat begitu. Hehe...
![]() |
Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global : Berita Pelajar mati ketika bermain bola di tengah panas. |
Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global perlu diamalkan supaya tidak menyesal di kemudian hari nanti. Ingatan ini juga buat diri saya sendiri. Menghormati mereka di dalam keratan akhbar di atas, saya blurkan wajah mereka. Cukup ini sahaja Tips dan Panduan aktiviti waktu pemanasan global dari saya. Ada lagi Tips dan panduan? Jika ada, anda boleh kongsikan diruangan komen di bawah ya. Terima kasih...
SUMBER RUJUKAN :
ooo kalau ikut paper hari ni kata budak tu bkn mati sbb panas...pelik pulak kan?
ReplyDeletePaper apa tu ya En Harith, Sy dapat gambar2 ni dr whatsapp group. Kebetulan nak buat entri ni
Deletememang terasa sangat cuaca panas sekarang nie
ReplyDeleteMemang Kucha Lana. Sabar je lah ya
DeleteSemakin hari semakin panas. Itu yang terjadi sekarang. Banyak aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan ni. Akibatnya sama-sama menanggung. Apapun, semoga kita mampu teruskan aktiviti seharian dengan mengambil langkah-langkah tertentu mcm panduan yg diberikan ni. Good job!
ReplyDeleteBetul tu En. Mohd Ridzwan. Pelbagai kerosakan di muka bumi kebanyakannya juga adalah berpunca dari tangan² manusia juga. Ada dinyatakan dalam Al-Quran dah ayat tu.
DeleteJika tahun lalu bulan 5. Tahun 2016 ni awal lagi dah berlaku cuaca panas terik melampau.Kesian melihat anak² yang berbasikal ke sekolah. Tips ni saya harap bermanfaat untuk semua. Terima kasih En. Mohd Ridzwan.
Memang kan, kat dalam rumah pun boleh rasa bahang dan panas. Alhamdulillah dalam beberapa hari ni, hujan turun dengan lebat di kawasan rumah Mek ila, jadi hilang sedikit bahang tu.
ReplyDeleteKawasan rumah saya juga setiap hari hujan sekejap. Syukurlah kurang sedikit bahangnya tu. Terima kasih Mek Ila warga Shaklee rajin singgah & sudi tinggalkan komen ^__^
Deletesalam alayk. boleh saya tahu apa contoh2 aktiviti yang boleh gantikan aktiviti luar kelas?
ReplyDeleteFarah boleh juga buat aktiviti mewarna atau pertandingan bercerita bagi murid² tahap 1.
DeleteTeka silangkata atau pun cari benda tersembunyi pun boleh dalam kelas. Tapi guru mesti kontrollah kelas supaya tidak mengganggu kelas lain.
Boleh juga buat aktiviti lain seperti aktiviti berkumpulan atau berpasangan mengikut tajuk subjek ataupun pasangkan slide sebagai pemudah cara bagi subjek seperti PJ atau amali. Banyak lagi sebenarnya ya Farah. Boleh pelbagaikan mengikut kreativiti guru dalam kelas. Terima kasih Farah sudi bertanya ^___^
Memang cuaca panas skrg ni kan akak,jadi kena ambil langkah2 agar tak kena strok haba ni,terima kasih kongsikan ini ya akak :)
ReplyDeleteSama² Blogger Eyfa. Terima kasih sudi singgah ya :)
Delete