Posts

Showing posts from April, 2015

Burger Special Setiawangsa yang sedap

Image
Burger Special Setiawangsa yang sedap Burger Special yang memang sedap ni, kena dengan selera saya. Usai mengajar mengaji semalam, saya membeli Burger Special yang sudah lama saya terliurkan di hadapan 7 Eleven  Setiawangsa ini. Burger Special hasil sentuhan adik Mohd Helmy ini sangat lain rasanya dari yang kebiasaan saya pernah makan. Saya beli 6 bekas semuanya. Si kecil memang tidak makan.  Kesemua Burger Special ini menggunakan Daging Ayam Ramly yang digoreng dan disaluti telur, kemudian disapukan mayonis dan sayur-sayuran. Fuhhhh.... Memang menggiurkan tekak saya.  4 bungkus untuk anak-anak, saya minta curahkan sos tomato dan tanpa sayur. Manakala untuk saya dan suami lengkap bersayur dan sos cili. Sampai di rumah, kami suami isteri dan anak yang masih belum tidur terus ngap. Yummylicious you .... hehe.. Sambil menyiapkan Burger Special, saya sembang santai berkaitan bisnes dengan adik ini. Cekap sungguh beliau menyiapkan tempahan Burger Special saya sem

Wordless Of Wednesday 33 : ♡♡ Tepung Magik & Tepung Cheezy Cheese Sauce ♡♡

Image

Bayaran penggunaan prepaid dan internet

Image
Bayaran penggunaan prepaid dan internet Jumlah bayaran  penggunaan prepaid dan internet saya selama sebulan adalah bayaran yang wajib saya asingkan ke dalam sampul khas setiap kali wang gaji telah saya keluarkan dari Bank. Pada kebiasaannya sebulan saya akan top up paling sedikit RM50 dan saya akan mendapat percuma RM20. Paling banyak saya t op up , RM80 dan saya akan mendapat percuma RM30. Suami saya pula hanya top up sebanyak RM30 sahaja setiap bulan memandangkan beliau lebih selesa menggunakan Personal Computer  di rumah jika ingin mencari sebarang maklumat melalui internet. Jika begini punya komen, sorry to say ... Awal-awal lagi saya reject . Kenapa perlu menyalahkan pengguna? Nasihat saya : Sila belajar cara tackle pelanggan . Berbalik kepada tajuk, dengan jumlah sedemikian, dapatlah saya buat panggilan hanya atas perkara penting dan melayari internet samada bersembang dengan rakan-rakan juga melayani kehendak pelanggan poduk-produk bisnes saya mel

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com

Image
Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com Petang ni buka blog, jumpa Segmen Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015 , iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Segmen ini sangat senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015. Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com  ini dianjurkan oleh blogger mialiana.com. Tunggu apa lagi... jom

RESEPI KIMA DAGING SEMPOI

Image
RESEPI KIMA DAGING SEMPOI Kima ni anak dan suami sudah makan baru teringat nak ambil gambar. Maka bercomotlah tepi mangkuknya ya... heee... Resepi ini  asalnya saya lihat di blog Dapur Tanpa Sempadan . Tetapi oleh kerana bahan yang ada seadanya sahaja maka saya ubah suailah sedikit... Nampak gambar kima di blog Cek Mat tu, memang sangat sedap. Maklumlah pakar yang masak. Buat saya terliur dan tidak sabar saya nak memakannya.... tetapi waktu itu, bukan saya yang masak.... huhu... Sebab alahan bau, En. usben tercinta yang memasaknya pada malam itu...  Sehingga kini, memang encik suami saya pakar dalam masakan kima ni. Dek saya yang mengidam beberapa tahun lalu, sanggup beliau tolong buatkan. Haaa... dah bertahun... Baru ada gambar entri  RESEPI KIMA DAGING ini. Roti gardenia kebiasaannya kami sekeluarga cicahkan dengan kima daging. Sekarang sudah senang, beli sahaja  Mission  Wraps  di pasar raya. Seperti lempeng juga wrapper ini tau. BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAG

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

Image
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi Pernah tidak anda menulis surat dalam tulisan Jawi? Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi Format Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi. Surat kiriman tidak rasmi adalah salah satu sub-tajuk di dalam mata pelajaran Jawi yang saya ajar. Berikut adalah Cara menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi di dalam tulisan Jawi  mengikut nombor tertera seperti di dalam gambar di atas : Alamat pengirim di sebelah kiri. Tarikh di sebelah kiri. Pendahuluan (Perenggan pertama). Isi (Perenggan ke dua). Penutup (Perenggan ke tiga). Yang Ikhlas. Tandatangan. Nama penuh pengirim. "Blog ini masih dalam proses penambahbaikan. Harap maklum. Surat Kiriman Tidak Rasmi tulisan Jawi tajuk : Ucapan Takziah. Panduan menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi  ini saya buat entri disebabkan kesukaran saya mencari contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi bertulisan Jawi sewaktu saya ingin membuat Alat Bantuan Mengajar subjek Jawi Tahun 6 ketika pensyarah datang