Burger Special Setiawangsa yang sedap
![]() |
Burger Special yang memang sedap ni, kena dengan selera saya. |
Usai mengajar mengaji semalam, saya membeli Burger Special yang sudah lama saya terliurkan di hadapan 7 Eleven Setiawangsa ini.
Burger Special hasil sentuhan adik Mohd Helmy ini sangat lain rasanya dari yang kebiasaan saya pernah makan. Saya beli 6 bekas semuanya. Si kecil memang tidak makan.
Kesemua Burger Special ini menggunakan Daging Ayam Ramly yang digoreng dan disaluti telur, kemudian disapukan mayonis dan sayur-sayuran. Fuhhhh.... Memang menggiurkan tekak saya.
4 bungkus untuk anak-anak, saya minta curahkan sos tomato dan tanpa sayur. Manakala untuk saya dan suami lengkap bersayur dan sos cili. Sampai di rumah, kami suami isteri dan anak yang masih belum tidur terus ngap. Yummylicious you.... hehe..
![]() |
Sambil menyiapkan Burger Special, saya sembang santai berkaitan bisnes dengan adik ini. |
![]() |
Cekap sungguh beliau menyiapkan tempahan Burger Special saya semalam. |
![]() |
Anak lelaki saya suka membaca. Asal pergi mengaji, balik mesti singgah 7 E nak beli majalah Lawak Kampus kegemarannya. Baca tak gelak pun. Huhu... |
Sebagai pengusaha burger menggunakan bahan dari produk tempatan, adik Mohd Helmy telah memulakan kerjaya sambilannya ini bermula sewaktu bersekolah lagi. Beliau tidak hanya menumpukan kerjayanya pada perniagaan burger semata kerana di waktu siang beliau bekerja sebagai Despatch. Rajin adik Mohd Helmy ni tau. Remaja kini, wajar mencontohi kerajinan beliau ini.
Sempat saya berbual dengan adik Mohd Helmy berkaitan bisnis. Melihat kesungguhan beliau, tanpa ragu-ragu saya telah membuka peluang untuk beliau test market Monster Crazy Crunchy, salah satu produk Chocolate In Jar Dunia Niaga ieta Enterprise di situ.
![]() |
Dapatkan Chocoletto dan Monster Crazy Crunchy dari Dunia Niaga ieta Enterprise. |
Burger Special Setiawangsa yang sedap ini hanya terdapat di hadapan 7 Eleven, Setiawangsa. Harga mampu beli, hanya RM3.50 sebiji. Hubungi talian 0172770092 untuk sebarang tempahan atau saja-saja nak makan. Jom makan Burger Special Setiawangsa yang sedap ini. Mari bersama kita menyokong kerjaya usahawan muda kita ^__^
En abg nini pon suka burger....pantang dia tgk burger mesti nak beli,,hihi
ReplyDeleteBurger memang sedap. Hehe...
Deleteohoiiiii sedaknyeeeeeeeeee
ReplyDeleteDapnye kan Mai? Hehe...
DeleteBurger ni memang satu dari favourite saya tau kak ieta hehe
ReplyDeleteSamalah kita Eyfa... hehe...
DeleteYa peniaga yang rajin seperti ini memang perlu kita beri sokongan. Nampak menarik burger special setia wangsa ini
ReplyDeleteMemangmenarik dan sedap Arz Moha :)
DeleteTempat ni mmg bese dgr.. Tp tak prnah g lg
ReplyDeletewhoah this weblog is excellent i love reading your articles.
ReplyDeleteKeep up the great work! You understand, many individuals are searching around for this info,
you can help them greatly.