RESEPI KIMA DAGING SEMPOI

RESEPI KIMA DAGING SEMPOI
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Kima ni anak dan suami sudah makan baru teringat nak ambil gambar. Maka bercomotlah tepi mangkuknya ya... heee...
Resepi ini asalnya saya lihat di blog Dapur Tanpa Sempadan. Tetapi oleh kerana bahan yang ada seadanya sahaja maka saya ubah suailah sedikit... Nampak gambar kima di blog Cek Mat tu, memang sangat sedap. Maklumlah pakar yang masak. Buat saya terliur dan tidak sabar saya nak memakannya.... tetapi waktu itu, bukan saya yang masak.... huhu... Sebab alahan bau, En. usben tercinta yang memasaknya pada malam itu... 

Sehingga kini, memang encik suami saya pakar dalam masakan kima ni. Dek saya yang mengidam beberapa tahun lalu, sanggup beliau tolong buatkan. Haaa... dah bertahun... Baru ada gambar entri RESEPI KIMA DAGING ini.
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Roti gardenia kebiasaannya kami sekeluarga cicahkan dengan kima daging.
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Sekarang sudah senang, beli sahaja Mission Wraps di pasar raya. Seperti lempeng juga wrapper ini tau.
BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI  :-
2 biji kentang, kupas dan potong dadu sederhana besar.
200 gram daging cincang Ramly.
2 biji tomato (sederhana besar), di dadu kasar.
2 biji bawang besar potong dadu.
2 camca besar rempah kari daging Adabi.
1 biji cili merah, potong kasar-kasar.
1 biji cili benggala, potong kasar-kasar.
Sebatang kulit kayu hitam manis.
3 kuntum bunga lawang.
3 biji buah pelaga
Sesudu jintan.
Lada sulah.
Garam dan gula secukup rasa.
2 camca besar minyak masak
500 ml bancuhan air asam jawa (atau secukupnya).
2 biji cili hijau *
3 ulas bawang putih *
3 cm halia *
1 camca teh lada hitam biji*(Kesemua bahan bertanda* dikisar halus).

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum. 
  2. Masukkan bahan kisar bersama rempah kari. Kacau rata dan masak sehingga pecah      minyak (gunakan api kecil).
  3. Masukkan kentang dan bahan-bahan yang telah dipotong tadi, diikuti daging cincang Ramly. 
  4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa. Masak hingga menggelegak dan kecilkan api. 
  5. Terus masakkan sehingga kentang lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk).
  6. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak kan sehingga sedikit kering. Rasa dahulu. Jika telah berpuas hati, boleh matikan api. 
  7. Hidangkan di waktu panas bersama roti arab, roti gardenia atau Mission wraps seperti gambar di bawah.
Resepi, Resepi Kima daging, Kima cili bawang kentang, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps
Yang ini, kima juga tetapi tanpa rempah. Kima cili bawang kentang namanya. Bahan-bahanya : Bawang besar, kentang dan daging kisar. Potong dadu dan kemudian goreng. Hati-hati semasa menggoreng. Usah terlalu garing.
Resepi, Resepi Kima daging, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps, Kima cili bawang kentang
Yummylicious Kima daging ni.
Resepi, Resepi Kima daging, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps, Kima cili bawang kentang
Bungkuskan kima ke dalam Mission Wraps ikut citarasa sendiri.
Resepi, Resepi Kima daging, Daging, tiffinbiru.com, Dapur tanpa sempadan, RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, kima, kima sempoi, kima daging, Roti gardenia, Mission Wraps, lempeng barat, BAHAN-BAHAN RESEPI KIMA DAGING SEMPOI, Mission wraps, Kima cili bawang kentang
Potong 2 sahaja ya. Lebih-lebih terburai pula isi kimanya..
RESEPI KIMA DAGING SEMPOI ini memang sedap tau... Boleh juga dijadikan lauk bersama nasi. Atau makan begitu sahaja. Siapa ada lagi RESEPI KIMA DAGING SEMPOI. Mari kongsikan di ruangan komen di bawah ya ^__^

Comments

  1. Sedapnya kak ieta.. makan daging kima dengan roti ni.. mak mertua lalu pun tak sedar hehe.. nak cuba! Sbb simple resepi..thank kak ieta ya :) nak more...resepi

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. ieta,

    wahh... datang2 dapat resepi macam nie... sedap sangat boleh cuba nie nanti

    mselim3

    ReplyDelete
  3. amboi siap bleh modified che mat punya resepi tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan suami memang selalu rujuk resipi Che Mat. Resipinya memang terbaik semua menjadi. Tapi... Kengkadang sedang masak, timbul idea lain pula. Hehe.. Gitulah jadinya Blogger Lelaki heee...

      Delete
  4. lapar lak rasa pepagi buta tgk gambar ni. boleh share recipe ya.

    ReplyDelete
  5. ish ish ish... kecur air liur tengok pepagi puasa ni...haha

    ReplyDelete
  6. Maaf tanya..yg cili hijau dan cili merah tu lada besa ke lada api?..terima kasih

    ReplyDelete
  7. bisa menggugah selera ni ... dari tampilannya aja udah keliatan ...

    ReplyDelete
  8. Dah try...br je siap msk...mmng trbaik....smlm buat roti cheese naan...pg ni tringin nk cicah nk kima daging...dpt resepi kat sini trs buat...trangkat kening2...huhu

    Cheese naan vs kima daging...yummy

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.