Suri rumah sepenuh masa, multitasking, freelancer Lifestyle Blogger, markerter, content creator, berkongsi apa sahaja ikut suka hati dan keselesaannya.
28 May 2015
BURGER DAN OBLONG BIG BOSS BURGER
BURGER DAN OBLONG BIG BOSS BURGER
BILA SUAMI ORDER OBLONG DAN BURGER.
Sebelum balik dari mengajar mengaji, encik suami tercinta saya menalifon dan meminta saya membelikan Oblong dan burger daging biasa tanpa sayur. Turun tangga sahaja, tanpa berlengah lagi, saya terus berjalan menuju ke stall burger idaman ramai dan terus saya order 3 biji Oblong untuk saya, suami dan anak sulung saya dan 2 bungkus burger daging biasa tanpa sayur sos tomato untuk 4 orang lagi anak saya yang berumur 8, 7, 5 dan 2 tahun. Ini merupakan kali ke 2 saya membeli di sini.
Dalam bungkusan ini ada Oblong dan Burger Daging tanpa sayur yang dibungkus dengan rapi.
BIG BOSS BURGER
Nak tahu ke di mana saya beli Oblong dan burger daging biasa tanpa sayur tu?
Logo syarikat pun sudah membuka selera saya untuk membelinya.
Haaa... Di sinilah... Nama stall burger ni, Big Boss Burger. Lokasinya di Setiawangsa, di seberang 7 Eleven yang berhampiran dengan Ali Maju Restoran. Di korner penjuru berhadapan tapak pasar malam Isnin tau. Tak tau, leh google ha..
5 sebab yang menarik hati saya membeli di stall Big Boss Burger :
1) Pemiliknya 2 orang adik beradik, anak muda Melayu yang sentiasa memberi salam kepada setiap pelanggan yang membeli pelbagai jenis burger di stall mereka. Kata Encik Fareez, bisnes ini adalah bisnes milik keluarga.
2) Peniaga muda di Big Boss Burger ni, TIDAK MEROKOK! Tabik spring saya beri kepada mereka. Saya memang benci rokok (Harap maklum).
Satu tabiat saya, jika saya nampak peniaga merokok, berkuku panjang atau tidak menutup aurat, maaflah... saya rela tidak membeli dan berlapar dari membeli di situ. Adab dan kebersihan perlu dijaga beb jika ingin keberkatan di dalam pemakanan kita. Makanan kita kan menjadi darah daging... Sebab itu perokok, berkuku panjang dan tidak menutup aurat menjadi kepantangan saya dalam hal ehwal makanan dan minuman.
3) Pelbagai menu dan jenis burger ada di Big Boss Burger. Menu boleh lihat seperti di bawah.
Menu ini hanyalah panduan, tetapi pelanggan boleh meminta burger mengikut citarasa sendiri. Ada menu baru tau...
Hotdog pun ada... Juga dengan pelbagai variasi resepi.
4) Anak muda ini mesrapelanggan, sentiasa senyum dan ramah. Sempat saya berbual dengan pemiliknya, Encik Fazli, pelanggan ada yang datang dari Negeri Sembilan untuk membeli burger di Big Boss Burger ni.
5) Saya sokong peniaga muda bumiputra Melayu Islam seperti mereka.
Pelbagai jenis Oblong, daging dan sosej tersusun rapi di sisi memudahkan kerja mereka menyiapkan permintaan pelanggan.
En. Fazli dan rakannya menyiapkan permintaan pelanggan mereka. Di kanan ruang memasak manakala ruang pembungkusan di sebelah kiri. Sangat tersusun rapi. Smart kerja mereka ni...
Aromanya.... peghhh... membuatkan saya lapar tau. Tak sabar untuk ngap! :D
Sayur-mayur menghijau... mavles...
Nampak sedapkan? Hehe...
Inilah usahawan muda yang bernama Fazli tu. Yang di atas sedang menggoreng tu, adik beliau Fareez.
BURGER DAN OBLONG BIG BOSS BURGER memang sedap!
Syoknya dapat makan Oblong. Peghhh.... Layan.... Anda pernah makan Oblong dan burger? Sedap tak? Jika inginkan kelainan dan pelbagai variasi burger, jom cuba BURGER DAN OBLONG BIG BOSS BURGER. Untuk tempahan, sila hubungi En. Fazli ditalian 01131841451".
terliur tengok burger oblong big boss ni kak ieta,puas hati kalau dapat ni hehe,efa juga antara peminat burger,sekali beli mesti 4 untuk seorang,tapi di sini kampung burger biasa je,InshaAllahjika berpeluang nak juga merasai keenakkan burger oblong ni,thank kak ieta sharing ya :)
Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.
Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.
Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.
Rules saya : 1) Saya tidak memberi sedekah secara online. 2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka. 3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali. 5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.
Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁
terliur tengok burger oblong big boss ni kak ieta,puas hati kalau dapat ni hehe,efa juga antara peminat burger,sekali beli mesti 4 untuk seorang,tapi di sini kampung burger biasa je,InshaAllahjika berpeluang nak juga merasai keenakkan burger oblong ni,thank kak ieta sharing ya :)
ReplyDeleteWah hebat Efa, sekali 4 tu... hehe... Memang serius sedap burger di Big Boss ni tau Efa
DeleteLama dah tak makan oblong.. Teringin plak huhu
ReplyDeleteMakan tau Wan bila dapat. Yummylicious...
Deletenice. den ni dah la suka mkn burger. terbaik sharing ni kak.
ReplyDeletehehe tak boleh pgl eden uncle kan? hehehe
Terima kasih Zuan. Ha La, muda dari akak. Takkan akak nak panggil Uncle plak... hehe
Delete