Kempen Taja Shopping Raya 2015
![]() |
Jom berkempen untuk mereka yang memerlukan ^__^ |
As salam dan sejahtera hendaknya semua pembaca senyap, yang rajin komen dan stalker (macam glamer je kan? :D ) di blog Kisah Cikgu ieta ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam ya ^__^
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia ingin mengumpul tajaan terhadap 3 golongan berikut :
1. Anak yatim asnaf
2. Anak-anak asnaf
3. Ibu tunggal
Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.
Objektif Projek Iqra mengumpul dana dan tajaan adalah sebagai usaha membantu anak-anak asnaf, anak yatim dan ibu tunggal juga bagi membiayai pendidikan golongan Asnaf melalui program-program Kelas Rakyat percuma dan Shopping Raya.
Untuk musim Raya yang bakal tiba, Projek Iqra meneruskan program Shopping Raya seperti yang telah ramai blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) war-warkan di media sosial untuk Kempen Taja Shopping Raya 2015 ini.
Maklumat untuk mereka yang berminat menjadi penaja.

Oh ya, banyak lagi boleh anda ketahui tentang kempen ini yang saya kira lengkap, melalui perkongsian di blog blogger, model cantik manis Iena Elliena. Jom terjah blog beliau.
Mengikut pemilik Projek Iqra, sehingga tarikh 12/05/2015 seramai 112 orang telah ditaja, dan masih berbaki 488 orang lagi yang belum ditaja. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua, marilah bersama menyumbang kepada mereka yang memerlukan disamping kita sedekahkan pahala amal jariah kita ini kepada ibu atau ayah kita yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

VIDEO PROMO SHOPPING RAYA 2015
Sebarang pertanyaan lanjut, anda dialu-alukan untuk menghubungi Tim Projek Iqra seperti berikut :
- - Solleh (0176702033)
- - Sharifah (0172748904)
- - Khairul anuar (0167361067)
ATAU
Untuk kefahaman lanjut berkaitan Shopping Raya 2015 Projek Iqra bersama KBBA ini, anda boleh juga melayari laman web ini->> Shopping Raya atau Shopping Raya 2015.
Kempen Taja Shopping Raya 2015 merupakan Projek Iqra bersama KBBA. Jika anda berminat sebagai sukarelawan untuk Kelas Rakyat, hubungi nombor tertera seperti di atas atau layari web site Projek Iqra untuk maklumat lanjut. Moga Allah memberkati usaha murni kita semua dalam menjayakan Kempen Taja Shopping Raya 2015 Projek Iqra bersama KBBA ini. Terima kasih semua.
![]() |
Hubungi nombor telefon di poster ini mengikut tarikh tertera ya jika anda berminat sebagai sukarelawan bagi Kelas Rakyat. |
Alhamdulillah,Dengan adanya program sebegini dapat membantu mereka yang memerlukan,.Semoga program ini Di permudahkan,InshaAllah,.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak ieta satu program yang bermanfaat,dan dapat membantu mereka yang amat memerlukan,semoga di permudahkan,InshaAllah,Amin,.
ReplyDeletesaham akhirat..dan semoganya mendapat sambutan..
ReplyDeleteBagus program ni, saya pernah turut serta tahun lepas .. best tgk wajah anak2 ni dapat baju raya. Ramai yang join program ni selalunya akan jadi abang kakak angkat dan ibu bapa angkat selepas itu.
ReplyDeleteprogram yang sangat bermanfaat. memang elok dilaksanakan.
ReplyDeletejom ramai-ramai tambah saham di akhirat dengan bantu anak-anak yatim :)
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan kite :)
ReplyDeleteMekasih kak letak blog iena hehe
terima kasih kerana memberi sokongan :)
ReplyDeleteperkongsian dan info yang baik
ReplyDelete