Pemandu bas hilang kawalan hanyalah mimpi.
![]() |
Gambar hanya hiasan semata. Sumber : m.utusandotcom |
Ahad, 2 Mei 2015 aku menghadiri kenduri. Kemudian aku ke rumah abah.
Aku letih... Aku penat... Aku berlari mengejar sebuah bas. Aku ketuk bertalu-talu bas itu. Namun ia tidak berhenti.
Entah dari mana kekuatan, aku naik ke dalam bas setelah berlari begitu jauh sambil mengetuk bas itu.
Aku marahkan si pemandu lelaki itu. Entah bagaimana, bas hilang kawalan. Pemandu bas tidak bergerak!
Aku panik!
Aku arahkan penumpang-penumpang lelaki menarik keluar pemandu bas dari kawasan pemandu bas memandu sambil aku mengawal stering bas.
Aku tercari-cari punca break bas itu. Setelah berjumpa, kakiku menahan break dan menekan alat hubungan di dashboard pemandu sambil menangis tersedu-sedu.
“Tolong... bas ini hilang kawalan. Di dalam bas ini ramai penumpang... Saya tidak tahu bas ini di mana...".Tiba-tiba kedengaran suara
“Ayang... Bangun ayang. Dah nak maghrib ni...".
Ah, mimpi rupanya aku... Bahana tidur sebelum maghrib, bermimpi aku yang bukan-bukan. Teresak-esak aku bangun. Air mataku kesat. Aduh! Apakah ini penangan kisah manusia dungu yang viral merata-rata dikatakan berlumba di jalan raya dan melanggar lari hingga membunuh sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia 6 bulan? Aku termanggu seketika di tepi katil mengenangkan anak-anak ditinggalkan yang tidak berdosa.
"Moga ruh mereka tenang di sana dan dua anak mereka mendapat pembelaan seadilnya. Aamiin..."
![]() |
Beginilah Myvi ku yang pernah kemalangan teruk... Total lost orang kata. Alhamdulillah ok. Cuma aircond kurang memuaskan sejak kemalangan berlaku. |
"Ooo... Patutlah... Aku Myvi... Kuangjaq sungguh kereta belakang tu. Asal Myvi je perlu hon ke? Kuang hajo je kan...?"Tetapi kesimpulan yang aku dapat, Itulah, dunia sekarang kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang bertudung buat maksiat, marahkan sikapnya sudahlah. Usah disalahkan tudung yang menutup aurat itu. Begitu jugalah bila pemandu Myvi atau lain-lain kereta berlumba hingga jadi membunuh, marahkan pemandunya sudahlah. Usah semua Myvi nak dipersalahkan... Dah tu nak hon² Myvi pemandu lain kenapa? Apa ke pandainya attitute? Memang rasa nak marah je bila kereta ku pandu Myvi, kena hon tanpa sebab. Manusia yang hon Myviku itu Fobia ke Gila tu?
![]() |
Myvi bila eksiden memang remuk rendam. Huhu... |
Berbalik kepada kisah Pemandu bas hilang kawalan hanyalah mimpi, aku pelik... apalah kaitannya dengan kes langgar mati itu hingga aku termimpi sedemikkan pula ya? Aku mengumam sendirian lagi...
"Alangkah bagus andai hukum Allah dilaksana.... pembunuh dibalas bunuh! Namun ini hanyalah dunia... Hukuman oleh manusia... Boleh lepas begitu sahaja. Di akhirat, takkan terlepas punya..."Huh! Pemandu bas hilang kawalan hanyalah mimpi rupanya... Kalian pernahkah bermimpi sebegini sehingga meleleh-leleh air mata? Cerciter³...
tak patut betul kan kak ieta dek kerana sikap manusia sampai kereta dan jenama nya yang turut menjadi mangsa,.
ReplyDeletemyvi itu hanyalah sebuah kenderaan ,yang memandunya adalah manusia,yang mengawal kereta adalah manusia jadi salahkan manusia yang melakukan kesilapan kerana manusia punya otak,tidak pada kenderaan yang tiada otak,.macam kes kak ieta kata tadi nampak myvi hon,.aduh,sudah teruk tahap manusia menilai ni,.
Tu lah... Memang akal letak kat kepala lutut orang tu sesuka suki hatinya hon kereta akak. Seb tgh jalan. Tidak memang gaduh. Geram juga akak dgn sikap org yg macam tu Efa.
DeleteALLAHU AKHBAR mujurlah hanya mimpi semata-mata & syukur alhamdulillah Kak Ieta selamat dalam kemalangan dulu.. , p/s : tidur selepas waktu Asar ke Maghrib adalah sangat tidak digalakkan kak. Katanya tak baik. Ummi ann selalu marah. yg eloknya pun tidurlah selepas waktu Zuhor kalau dapat. Take care ye kak lepas ni.. hehehe
ReplyDeleteHari tu terlampau letih sgt Ann tu yg terlelap. Mang xelok tidur b4 maghrib. Kalo dpt mang akak elakkan. Hehe... thanks Ann ingatkan
DeleteAssalammualaikum.. ieta,
ReplyDeleteteruk jugak eksiden nie kan.... seram pulak bawak laju2..
mselim3
Ya M. Selim. Teruk... Lepas pd tu memang saya lebih brhati² bawa kereta. 3 bulan Myvi sy dlm workshop. Serik saya. Huhu...
DeleteSalam.... Ieta.....Sedih juga ya mengenangkan kisah tragedi yang menimpa pasangan sumi-isteri dan anaknya itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Macam=macam ya mimpi sekarang ni?
ReplyDeleteAda masa jom terjah entri terbaru saya: Sakit Lutut: Cara Rawatan Paling Berkesan
Tu lah En. Kamil. Mimpi ni kadang² beri peringatan juga kpd saya ni.
DeleteTerima kasih En. Kamil sudi berkunjung. In syaa Allah sy singgah baca. Bagus entri tu
susah bila manusia tak nak guna akal utk fikir...asal boleh je nak buat, org lain yg buat salah tapi tu tak bermakna kita boleh hukum manusia lain ikut suka...haihhh~
ReplyDeleteGitulah zaman sekarang Cik Sally... Sabar je la.
Deletetak pernah lagi bermimpi sebegini
ReplyDeleteSabar ajelah kann dapat mimpi cantu. Hehehe
DeleteMaaf baru perasan komen ni. 🙏