23 June 2015

Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20

Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20.
Surah An-Nur, Terjemahan Surah An-Nur, hukum terhadap penzina, hukum terhadap penzina dan kategorinya, Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20, hukum hudud, hukum tuduhan zina
Berikut adalah ayat dari Surah An-Nur, Juz 24. Ayat 1 hingga 20. Ayat ini banyak menceritakan berkaitan tatacara menjatuhkan hukum terhadap penzina dan kategorinya. Bacalah...
Surah An-Nur, Terjemahan Surah An-Nur, hukum terhadap penzina, hukum terhadap penzina dan kategorinya, Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20, hukum hudud, hukum tuduhan zina
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ 

Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). {24:1}

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ 

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. {24:2}


الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ 

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. {24:3}



وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - {24:4}


إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {24:5}


وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ 

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - {24:6}


وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. {24:7}

وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ 

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - {24:8}

وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ 

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. {24:9}

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ 

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi). {24:10}

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ 

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). {24:11}

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ 

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”. {24:12}

لَّوْلَا جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ ۚ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ فَأُولَٰئِكَ عِندَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ 

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. {24:13}

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ 

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - {24:14}

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ 

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. {24:15}

وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَٰذَا سُبْحَانَكَ هَٰذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ 

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”. {24:16}

يَعِظُكُمُ اللَّهُ أَن تَعُودُوا لِمِثْلِهِ أَبَدًا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. {24:17}

وَيُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ 

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. {24:18}

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). {24:19}

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ 

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). {24:20}

Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20 ini saya kongsikan kerana ayat ini ada kaitannya dengan hukum hudud yang telah lama termaktub di dalam Al-Quran.  Secara tidak langsung, ini juga dapat membantu pelajar-pelajar IPTA yang ingin menyiapkan tugasan berkaitan hukum tuduhan zina dan yang berkaitan. Terima kasih kerana singgah dan sudi membaca Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20 ini...

04 June 2015

Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy

Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy.
Food Review, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce, Monster Crazy Crunchy, customer, Chezzy Cheese, MCC, peminat tegar MCC, blogger, Kelab Blogger Ben Ashaari, blogshop, Dunia Niaga ieta Enterprise, agen pembekal Chocoletto, ABS, facebook, chocklate in jar, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster Crazy Crunchy?
Sumber gambar : Instagram Dunia Niaga ieta Enterprise  
Balik dari kursus semalam, ada seorang customer lelaki telefon. Saya dengar dia tanya ada tak Chezzy Cheese?  Saya cakap ada... Dia dah sampai ke rumah, saya pun tunjuklah i-Mukmin Chezzy Cheese. Rupa²nya dia nak beli Monster's Crazy Crunchy (MCC)... Hadehhhh... Kesian dia. Sebab MCC memang dah lama habis dalam stok saya.... 

Saya tidak re-stock kerana belum ada permintaan lagi hingga ke hari ini. Kini yang ada hanyalah Chocoletto 3 perisa. Lastly dia beli Chocoletto. Alhamdulillah la. Katanya dia ingin mencuba dahulu dan beliau sebenarnya memang peminat tegar MCC.

Dia tanya saya, 
Kenal tak owner produk MCC?"

Saya cakap, 
Kenal... Hari tu dia yang hantar MCC kepada saya". 

Customer saya ini memuji pemilik produk MCC baik dan humble. Saya cakap
Memang pun... Even dia owner, dia sanggup turun hantar produk". 

Customer tu tanya lagi. Kenal tak rakan bisnes produk MCC? Saya cakap
Kenal... Saya blogger. Kami satu Kelab Blogger Ben Ashaari".

Customer “Owh... bla, bla, bla,bla, bla.....". Seterusnya saya menjawab soalan beliau tentang produk MCC dan Chocoletto dan pemilik kedua-dua produk tersebut.
Food Review, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce, Monster Crazy Crunchy, customer, Chezzy Cheese, MCC, peminat tegar MCC, blogger, Kelab Blogger Ben Ashaari, blogshop, Dunia Niaga ieta Enterprise, agen pembekal Chocoletto, ABS, facebook, chocklate in jar, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster Crazy Crunchy?
Isi di dalam Monster's Crazy Crunchy kaya dengan bertih beras yang besar. Krap krup krap krup mengunyahnya mengasyikkan. 
Food Review, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce, Monster Crazy Crunchy, customer, Chezzy Cheese, MCC, peminat tegar MCC, blogger, Kelab Blogger Ben Ashaari, blogshop, Dunia Niaga ieta Enterprise, agen pembekal Chocoletto, ABS, facebook, chocklate in jar, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster Crazy Crunchy?
Ada sekeping biskut di dalam Monster's Crazy Crunchy.
Sama seperti Chocoletto juga. Cumanya Monster's Crazy Crunchy ini perlu direndamkan ke dalam mangkuk berisi air panas sebelum makan. Setelah dibuka, jangan biar lama diluar sebab ia akan menjadi keras. Chocoleto tidak perlu rendam, boleh ngap terus. Jika sudah tinggal sedikit, nak lagi sedap, boleh juga panaskan ya. Coklat akan mencair dan meleleh mencair di dalam mulut. Sedap... Wallaweh....  ^__^


Sebenarnya Chocoletto merupakan salah satu produk niaga saya. Walaupun saya meniagakannya secara online melalui blogshop saya Dunia Niaga ieta Enterprise dan secara langsung, saya bukanlah pemakan sangat Chocklate In Jar seperti Chocoletto dan MCC ini walaupun coklat adalah sangat sedap

Jadi, kenapa saya berminat membekalkan Chocoletto ke merata negeri? 

1) Anak-anak saya penggemar Chocoletto.
2) Permintaan pelanggan lebih kepada Chocoletto.
3) Pemilik Chocoletto adalah isteri adik ipar saya.

Atas sebab perkara di atas, maka saya terus nekad menjadi agen pembekal Chocoletto secara berterusan selagi ada permintaan dari pelanggan. Namun jika terdapat permintaan dari pelanggan terhadap Chocklate In Jar yang lain, saya sedia membekalkannya jika itu kehendak pelanggan.

Oh ya, saya telah mula menjadi agen Chocoletto pada awal tahun 2013 begitu juga dengan i-mukmin Chezzy Sauce yang pemiliknya adalah berlainan. Manakala saya mula mengenali dan menjadi agen MCC, pada tahun 2015 ini. Apa pun, semua sedaplah bila namanya coklat! Hehe...
Food Review, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce, Monster Crazy Crunchy, customer, Chezzy Cheese, MCC, peminat tegar MCC, blogger, Kelab Blogger Ben Ashaari, blogshop, Dunia Niaga ieta Enterprise, agen pembekal Chocoletto, ABS, facebook, chocklate in jar, Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster Crazy Crunchy?
Sumber testimoni : Instagram Dunia Niaga ieta Enterprise
Pelanggan saya tu, beliau ada sebut ABS. Katanya dia buat video. Tetapi disebabkan dah nak maghrib, saya terlupa nak beri bisnes kad saya dan tiba-tiba baru saya terasa hairan. Bagaimana ya dia tahu saya jual MCC? Katanya dia tahu daripada facebook. Tetapi beliau bukan friend list dalam fb saya. Pelik...

Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy semuanya sedap... Adakah anda penggemar semua produk di atas? Anda pernah makan semua produk yang saya sebutkan itu? Apa pendapat anda tentang Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy?

02 June 2015

Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy

Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy
RESEPI, Resepi Nasi, Resepi Nasi Goreng, GST, Resepi sempoi, Nasi goreng sempoi, Resepi nasi goreng sempoi ieta, sempoi, Resepi Nasi Goreng Planta sempoi ieta, Planta marjerin Daisy, Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy, kehabisan idea nak masak apa

Kadangkala bosan juga makan nasi berlauk kan? Jadi, sesekali masak Nasi goreng best juga kan? Pagi tadi saya masak Nasi goreng sempoi ini sahaja. 

Tak kisahlah anda dah pandai masak... Saya nak kongsi juga resepi sempoi saya ni. Sebab anak-anak saya cakap sedap lah ibu... Saya rasa biasa je ni. Tapi sebab anak-anak kata sedap, bolehlah nak kongsi dengan anda semua ya.

Resepi sempoi dan sangatlah mudah. Semudah menyebut ABCDEFG tau. Sebut betul-betul... Jangan salah sebut ABCDGST. Heee...

Bahan-bahan Nasi Goreng Margerin Daisy :

  1. Nasi putih lebihan semalam.
  2. Bancuhan air garam setengah cawan.
  3. Bawang besar sebiji.
  4. Bawang putih 5 ulas.
  5. Margerin Daisy 4 sudu besar.
  6. Telur 2 biji.
Bahan asas Nasi Goreng Margerin DaisyRESEPI, Resepi Nasi, Resepi Nasi Goreng, GST, Resepi sempoi, Nasi goreng sempoi, Resepi nasi goreng sempoi ieta, sempoi, Resepi Nasi Goreng Planta sempoi ieta, Planta marjerin Daisy, Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy, kehabisan idea nak masak apa

RESEPI, Resepi Nasi, Resepi Nasi Goreng, GST, Resepi sempoi, Nasi goreng sempoi, Resepi nasi goreng sempoi ieta, sempoi, Resepi Nasi Goreng Planta sempoi ieta, Planta marjerin Daisy, Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy, kehabisan idea nak masak apa

RESEPI, Resepi Nasi, Resepi Nasi Goreng, GST, Resepi sempoi, Nasi goreng sempoi, Resepi nasi goreng sempoi ieta, sempoi, Resepi Nasi Goreng Planta sempoi ieta, Planta marjerin Daisy, Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy, kehabisan idea nak masak apa

Cara memasak Nasi Goreng Margerin Daisy :
  1. Kisar bawang besar bersama bawang putih.
  2. Gaul hingga lerai nasi supaya mudah menggoreng tidak berketul.
  3. Masukkan campuran air garam ke dalam nasi dan gaul. Saya gaul dengan senduk nasi tau bukan tangan. Tetapi tangan lebih baik arwah emak saya kata.
  4. Masukkan planta ke dalam kuali.
  5. Tumis bawang yang telah dikisar sehingga kuning keemasan.
  6. Masukkan nasi dan kacau sehingga hilang warna putih nasi tu.
  7. Pecahkan telur yang telah dibasuh ke dalam cawan sebelum masukkan ke tengah-tengah kuali. Kacau telur hingga hancur.
  8. Ratakan nasi dan siap untuk dihidang.
RESEPI, Resepi Nasi, Resepi Nasi Goreng, GST, Resepi sempoi, Nasi goreng sempoi, Resepi nasi goreng sempoi ieta, sempoi, Resepi Nasi Goreng Planta sempoi ieta, Planta marjerin Daisy, Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy, kehabisan idea nak masak apa

RESEPI, Resepi Nasi, Resepi Nasi Goreng, GST, Resepi sempoi, Nasi goreng sempoi, Resepi nasi goreng sempoi ieta, sempoi, Resepi Nasi Goreng Planta sempoi ieta, Planta marjerin Daisy, Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy, kehabisan idea nak masak apa

RESEPI, Resepi Nasi, Resepi Nasi Goreng, GST, Resepi sempoi, Nasi goreng sempoi, Resepi nasi goreng sempoi ieta, sempoi, Resepi Nasi Goreng Planta sempoi ieta, Planta marjerin Daisy, Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy, kehabisan idea nak masak apa

Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy sempoi ini sebenarnya saya masak setelah saya kehabisan idea nak masak apa untuk sarapan pagi. Nak pedas, buatlah cili potong. Tidak lama lagi puasa kan? Ha, bolehlah cuba Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy ini ya. Selamat mencuba... ^__^

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?