Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy.
Balik dari kursus semalam, ada seorang customer lelaki telefon. Saya dengar dia tanya ada tak Chezzy Cheese? Saya cakap ada... Dia dah sampai ke rumah, saya pun tunjuklah i-Mukmin Chezzy Cheese. Rupa²nya dia nak beli Monster's Crazy Crunchy (MCC)... Hadehhhh... Kesian dia. Sebab MCC memang dah lama habis dalam stok saya....
Saya tidak re-stock kerana belum ada permintaan lagi hingga ke hari ini. Kini yang ada hanyalah Chocoletto 3 perisa. Lastly dia beli Chocoletto. Alhamdulillah la. Katanya dia ingin mencuba dahulu dan beliau sebenarnya memang peminat tegar MCC.
Dia tanya saya,
Kenal tak owner produk MCC?"
Saya cakap,
Kenal... Hari tu dia yang hantar MCC kepada saya".
Customer saya ini memuji pemilik produk MCC baik dan humble. Saya cakap
Memang pun... Even dia owner, dia sanggup turun hantar produk".
Customer tu tanya lagi. Kenal tak rakan bisnes produk MCC? Saya cakap
Kenal... Saya blogger. Kami satu Kelab Blogger Ben Ashaari".
Customer “Owh... bla, bla, bla,bla, bla.....". Seterusnya saya menjawab soalan beliau tentang produk MCC dan Chocoletto dan pemilik kedua-dua produk tersebut.
 |
Isi di dalam Monster's Crazy Crunchy kaya dengan bertih beras yang besar. Krap krup krap krup mengunyahnya mengasyikkan. |
 |
Ada sekeping biskut di dalam Monster's Crazy Crunchy. |
Sama seperti Chocoletto juga. Cumanya Monster's Crazy Crunchy ini perlu direndamkan ke dalam mangkuk berisi air panas sebelum makan. Setelah dibuka, jangan biar lama diluar sebab ia akan menjadi keras. Chocoleto tidak perlu rendam, boleh ngap terus. Jika sudah tinggal sedikit, nak lagi sedap, boleh juga panaskan ya. Coklat akan mencair dan meleleh mencair di dalam mulut. Sedap... Wallaweh.... ^__^
Sebenarnya Chocoletto merupakan salah satu produk niaga saya. Walaupun saya meniagakannya secara online melalui
blogshop saya
Dunia Niaga ieta Enterprise dan secara langsung, saya bukanlah pemakan sangat
Chocklate In Jar seperti Chocoletto dan MCC ini walaupun
coklat adalah sangat sedap.
Jadi, kenapa saya berminat membekalkan Chocoletto ke merata negeri?
1) Anak-anak saya penggemar Chocoletto.
2) Permintaan pelanggan lebih kepada Chocoletto.
3) Pemilik Chocoletto adalah isteri adik ipar saya.
Atas sebab perkara di atas, maka saya terus nekad menjadi
agen pembekal Chocoletto secara berterusan selagi ada permintaan dari pelanggan. Namun jika terdapat permintaan dari pelanggan terhadap Chocklate In Jar yang lain, saya sedia membekalkannya jika itu kehendak pelanggan.
Oh ya, saya telah mula menjadi
agen Chocoletto pada awal tahun 2013 begitu juga dengan i-mukmin Chezzy Sauce yang pemiliknya adalah berlainan. Manakala saya mula mengenali dan menjadi agen MCC, pada tahun 2015 ini. Apa pun, semua sedaplah bila namanya coklat! Hehe...
Pelanggan saya tu, beliau ada sebut
ABS. Katanya dia buat video. Tetapi disebabkan dah nak maghrib, saya terlupa nak beri bisnes kad saya dan tiba-tiba baru saya terasa hairan. Bagaimana ya dia tahu saya jual MCC? Katanya dia tahu daripada
facebook. Tetapi beliau bukan
friend list dalam fb saya. Pelik...
Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy semuanya sedap... Adakah anda penggemar semua produk di atas? Anda pernah makan semua produk yang saya sebutkan itu? Apa pendapat anda tentang Chocoletto, i-mukmin Chezzy Sauce Dan Monster's Crazy Crunchy?
hehehe...kadang org share dari status fb akak...sesekali mintak tolong kawan2 share link produk akak apa salahnya.....walaupun dia bikan friend list kita tapi sebab ada kawan2 akak yg sharing info dari akak tu yg org luar boleh tahu.....tak gitu...???
ReplyDeleteall the best kak.....rezeki milik allah
Owwh... begitu ya Dila... Alhamdulillah... Moga semua kawan² akak yang tolong kongsikan bisnes akak dilapangkan rezekinya. Aamiin...
DeleteTerima kasih Dila ^__^
Sy suka chocoletto....terbaik
ReplyDeleteTerima kasih Kak 'Aliah. Akak memang baik sebab share di instagram. Moga lapang dan murah rezki akak sekeluarga. Aamiin...
Deletesiapa yang mampu menahan mata dan tekak bila melihat chocoletto ni,.heehe,.
ReplyDeleteaduh kak ieta,cheezy cheese tu,dah tempah tak rasmi,bila bila masa je akan di tempah secara rasmi hehe,sekarang ikut diet untuk normalkan gula kak ieta,InshaAllah bila rasa yakin dah betul ok,efa cari kak ieta untuk order cheezy cheese pujaanku tu hehe,.
Hehe. Tak mengapa Efa, jaga kesihatan Efa ya ^__^
Deleteuih sedap ni. nak satu hehe
ReplyDeleteMemang sedap tau Zuan. Rasa sekali pasti nak lagi :D
Deletesedapnya tgk. coklat2 ni mmg favorite :)
ReplyDeleteBila rasa nak cuba, inform akak ya Athirah ^__^
Deletesedapnya coklat...memang fav dari dulu lagi..
ReplyDeleteKan? Chocoletto adalah terbaik
Delete