PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Hari ini saya Emergency Leave

As salam.

Hari ini saya Emergency Leave atau singkatannya EL. Sebab apa saya EL? Sebab seperti berikut...

Hari ini saya Emergency Leave, Emergency Leave, Codi Juize, Cordyceps, demam panas, Ada Harapan Baru, Hidup perlu diteruskan, kawan, kek sedap, kelab blogger ben ashaari, blog ieta dot com, kisah cikgu ieta
1) Anak ke empat saya demam panas. Sudah 3 hari beliau demam. Dah cuba beri minum ubat klinik tapi tak kebah juga. Saya cuba pula beri minum Codi Juize, hingga saat ini, masih lagi panas badannya tetapi tidaklah sepanas pagi tadi macam dalam oven panasnya. 

Malam tadi saya tidak tidur, menjaga beliau. Lap badan 2 jam sekali menggunakan towel good morning. 

2) Anak sulung saya cirit-birit. Tapi dia tetap kuat, dia pergi sekolah juga tadi. Suami saya yang handle beliau ke sekolah dan hantar anak yang ke 5 ke TASKA pagi tadi. Saya terbaring keletihan selepas solat Subuh.

3) Saya juga kurang sihat sebenarnya. Luka di kaki saya menyebabkan saya susah untuk berjalan. Namun, kerja sekolah seperti menaip soalan Ujian, masih dapat juga saya laksanakan di komputer peribadi di rumah ni. 

Utamakan kerjaya, walau sakit, boleh duduk, saya buat juga.
Hari ini saya Emergency Leave, Emergency Leave, Codi Juize, Cordyceps, demam panas, Ada Harapan Baru, Hidup perlu diteruskan
Codi Juize saya beri anak saya yang demam 10 ml sahaja adalah atas permintaan beliau sendiri. Setiap 4 jam sekali saya beri beliau minum di dalam bekas putih tu. Anak saya yang cirit-birit pun saya beri minum Codi Juize juga sebagai ikhtiar.
Codi Juize hanyalah sekadar usaha terakhir saya terhadap alahan yang saya hadapi dan demam juga cirit-birit yang sedang dialami oleh anak-anak saya hingga hari ini. Moga Ada Harapan Baru untuk kami sembuh dari segala sakit yang kami alami.

4) Tengahari tadi... Suami saya menalifon saya, katanya... 
"Ayang, makcik dah meninggal pagi tadi.." 
Airmata saya mencurah-curah. Saya sedih hingga kini, sambil menaip, buat entri ini sekadar menghidupkan blog ini, menerjah di dalam kepala rasa fed up buat entri kejar SEO. Sesekali nak buat yang santai tika sambil -sambilan menyiapkan soalan Ujian yang 5 set tu. Sesudah melayan anak-anak di rumah...  Hidup perlu diteruskan... Bisnis saya, perlu tetap saya kongsikan.... Ya, saya perlu tabah!

Kini, otak saya jadi kurang tumpu. Saya sedih dan pilu. Terkenangkan arwah emak saya yang telah lama pergi dahulu... Kenangan bersama arwah emak kandung dan arwah emak mertua saya datang bersilih-ganti satu persatu....

Hati ini ingin sekali pergi melihat jenazah mertua... Tetapi anak ke 4, demam panas. Yang sulung, pula cirit birit. Dengan anak yang ke 5 berusia 2 tahun, maka suami sahajalah yang pergi menziarahi emaknya bersama adik beradiknya yang lain. Lagipula, keadaan luka saya yang belum sembuh juga lemah semangat, menjadi sebab utama suami tidak izinkan menziarahi jenazah emak mertua saya. Sedih... Namun, kesihatan dan izin suami perlu saya utamakan.

Walaupun saya tahu hidup perlu diteruskan, apa yang saya buat semuanya seolah-olah di awang-awangan. Saya tidak bersemangat untuk segala-galanya. Tapi, hidup perlu diteruskan. Moga esok saya dapat bekerja dengan baik dan saya dapat menyiapkan 5 set soalan ini dengan segera. Aamiin...
Hari ini saya Emergency Leave, Emergency Leave, Codi Juize, Cordyceps, demam panas, Ada Harapan Baru, Hidup perlu diteruskan, kawan, kek sedap, kelab blogger ben ashaari, blog ieta dot com, kisah cikgu ieta

Kata-kata semangat dari seorang Jemaah Bisnis Denaihati ini amat membantu saya.
Bukan akak nak semua ni jadikan.. Tapi Allah kata rezeki akak untuk ubah masa depan akak. Kita nak capai sesuatu mesti kena korbankan sesuatu. Bukan semua perkara boleh dapat dalam 1 masa dan bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Yang penting akak jangan patah semangat ye.. 
Akak rehat lah. Akak kena sihat untuk jaga anak2 akak yang tak sihat tu. Jangan fikir banyak sangat perkara negatif ye. Tenangkan fikiran.. Senyum.. Redha dengan dugaan dari Allah ini. InsyaAllah akak akan semakin tenang.. 😊
Hari ini saya Emergency Leave, Emergency Leave, Codi Juize, Cordyceps, demam panas, Ada Harapan Baru, Hidup perlu diteruskan, kawan, kek sedap, kelab blogger ben ashaari, blog ieta dot com, kisah cikgu ieta
Sekian. Maafkan saya semua atas kekurangan yang ada pada diri saya ini...
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 orang yang sudi komen:

  1. Kita ikhtiar je kak..mana tau mujarab plak kan...get well soon..mmg musim demam sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suria Amanda. Itulah, risau ni...

      Delete
  2. Replies
    1. Ahamdulillah dah sembuh Maria… Terima kasih ya ^__^

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *