PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Lambat pick up tu apa ya?

Lambat pick up tu apa ya?
As salam. Sebenarnya, ada pembaca mencari tentang lambat pick up dari dalam blog Kisah Cikgu ieta ni.

Dalam minda saya, ada dua sahaja maksud lambat pick up ni iaitu :

1) Lambat ambil barang dari pejabat pos.
Ini sering terjadi bila posmen datang hantar barang, pemilik barang tiada dilokasi. Maka, pemilik barang perlu ke pejabat pos mengambil barangnya di sanam

Atau boleh jadi juga, posmen lambat hantar barang ke destinasi walau pun dalam status penghantaran tertulis "Delivered".

2) Lambat faham sesuatu topik yang sedang diceritakan atau diajarkan.
Gambar hiasan sumber : Pakcik Google :D
Ha... berkaitan dengan lambat pick up ni kan, saya ada pengalaman. Dahulu, saya memang lambat pickup. Jika pensyarah mengajar, saya pasti duduk di hadapan sekali. Baru ilmu telus masuk ke dalam hati ni kata saya.

Kemudian dalam grup whatsapp pula, rakan sekuliah selalu sebut saya sebagai orang yang ketinggalan keretapi. Mana tidaknya, kadangkala, saya lambat on whatsapp. Ada masa, 2 hari baru saya buka whatsapp group study untuk baca. Jadi cikgu ni bizi tau... Bukan boleh mengadap whatsapp 24 jam. Nak-nak lagi waktu mengajar. Tapi sebenarnya, pandai-pandailah bahagi masa kan...?

Tak kisahlah apa dipanggil pun. Akhirnya tamat juga saya belajar Diploma Komputer dan Pengurusan pada tahun 1999. Masa tu whatsapp tiada lagi dan tamat juga Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) yang saya bakal konvo pada bulan 10 nanti.
KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN WALAU APA PUN DUGAAN YANG MENIMPA...
Terima kasih semua rakan-rakan yang mengucapkan Takziah dan memberi semangat dan dorongan kepada saya disebabkan kembalinya emak mertua saya pagi semalam ke Rahmatullah. Moga ruhnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.

Berbalik kepada tajuk, apa yang saya suka sewaktu study, ada rakan-rakan yang selalu menjadikan saya sebagai tempat rujukan mereka. Kiranya, takdelah teruk sangatkan saya ni? Hehe... Apa pula cerita anda tentang lambat pick up ya? Eh, pick up ke pickup?
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. done follow..singgah subuh.


    tahniah bakal konvo;)

    ReplyDelete
  2. assalamu`alaikum kak ieta...yaya dah follow akak..harap sudi follow saya...terima kasih :)
    www.yayacendana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dah akak follow blog Yaya... huhu...

      Delete
  3. En Posmen... Jangan lambat yea...

    ReplyDelete
  4. lambat pup tp rajin x pe

    ReplyDelete
  5. biarpun lambat pick-up ..tapi once dah pick-up terus laju dan konsisten.

    lagi bagus daripada cepat pick-up tapi sekejap perginya.

    KAN?

    ReplyDelete
  6. Teringat masa study dlu kalau lambat faham apa member2 bualkan, memang sedas la kena 'lampi' (lambat pickup)..

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *