28 September 2015

Resepi Kuih Dangai Kukus

Resepi Kuih Dangai Kukus
Resepi, Resepi Kuih Tradisional, Resepi Kuih Dangai Kukus, Kuih Dangai, Kuih Dangai Kukus, Kuih Kukus, Kuih-muih tradisional,Bahan-bahan kuih Dangai Kukus, Cara membuat Kuih Dangai Kukus, Kuih-muih sempoi
Kuih Dangai dalam loyang sebelum dikukus.

Assalamu'alaikum. Siapa pernah makan kuih Dangai kukus? Meh tengok macam mana nak buatnya. Senang je tau... Lepas tu, tu jangan lupa komen tau hehe...

Kalau nak tahu, abah dan arwah emak saya suka sangat dengan Kuih Dangai. Jadi, saya pun ikutlah sukakan kuih ni. Kuih Dangai Kukus kali ini adalah resepi dari adik saya pemilik Roti Canai CtRazak Enterprise yang lazat di Bandar Seri Iskandar tu. Kuih Dangai ni mudah sahaja. Tak perlukan oven. Hanya kukus. Tapi tunggu sejuk baru makan tau.
Weiii. Sodap gak kuih dangai kukus ni. Meh buat kuih dangai kukus. Lembut beno kalau dikukus" kata adik saya tu.
Sebab sedap, meh nak kongsi resepi dengan anda.


Bahan-bahan kuih Dangai Kukus :
  1. Kelapa parut sebiji.
  2. Gula secukup rasa.
  3. Garam secukup rasa.
  4. Tepung pulut sedikit sahaja.
Resepi, Resepi Kuih Tradisional, Resepi Kuih Dangai Kukus, Kuih Dangai, Kuih Dangai Kukus, Kuih Kukus, Kuih-muih tradisional,Bahan-bahan kuih Dangai Kukus, Cara membuat Kuih Dangai Kukus, Kuih-muih sempoi
Seloyang dapat dengan bahan sebanyak di atas tu.
Cara membuat Kuih Dangai Kukus :
  1. Gaulkan kelapa bersama gula ikut suka hati anda sehingga sebati.
  2. Masukkan garam sedikit sahaja.
  3. Sesudah gaul sebati, letakkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga bahan-bahan itu diselaputi tepung dan menjadi lerai. Tepung akhir sekali. Nak bagi sebati sebelum masuk dalam loyang.
  4. Kemudian panaskan dahulu periuk kukus... Agak² dah panas air kukus tu dah menggelegak, masukkan bahan kuih Dangai ke dalam periuk kukus, tutup dan tunggu sampai masak.
  5. Akhir sekali, sejukkan supaya senang dipotong.
Resepi, Resepi Kuih Tradisional, Resepi Kuih Dangai Kukus, Kuih Dangai, Kuih Dangai Kukus, Kuih Kukus, Kuih-muih tradisional,Bahan-bahan kuih Dangai Kukus, Cara membuat Kuih Dangai Kukus, Kuih-muih sempoi
Arbah dan awah emak memang suka Kuih Dangai Kukus ni. Sedap... Kalau di Kuala Lumpur ni, biasanya di Pasar Malam ada jual kuih Dangai ni. Boleh cuba cari di Pasar Malam Setiawangsa, hari Isnin.

SOALAN :
Tepung pulut agak2 brp cwn or sdb.. N kukus lama mn

JAWABAN :
Tepung tu sesudah campur bahan lain untuk bagi lekat sahaja. Kalau Dangai Bakar, dalam 1 1/4 cawan tepung pulut. Untuk kukus ni, boleh main agak2 sahaja. Kukus sekejap sahaja. Dalam 15 minit. Nak buat kuih ni tak ada ikut sukatan sebenarnya. Main letak sahaja ya.

Resepi kuih Dangai Kukus ni amat mudah disediakan, sesuai dimakan sewaktu sarapan atau minum petang tau... Selamat mencuba Resepi kuih Dangai Kukus ni... Anda pernah makan Kuih Dangai?

Salam sayang
Social Media Expert
Speaker Digital Marketing
Tetap seorang Blogger ❤
Menulis bukan kerana nama.

JEMPUT KE GROUP INFO DAN ILMIAH PERCUMA INI :
  1. MINDA NIAGA.
  2. HIMPUNAN EBOOK BEST.
  3. RAHSIA CARIAN GOOGLE.
  4. RAHSIA SIHAT TERAPI HEBAT.

ARTIKEL BERKAITAN
  1. Tinggalkan Apa Yang Meragukan
  2. Himpunan Resipi Cikgu iEta

INFO KESIHATAN

Alhamdulillah Natural booster Cikgu iEta : Ikhtiar penawar bagi menguatkan sistem imun badan dengan Garam Shiffa yang diformulasikan dengan teknologi quantum istimewa bersama molecule ratio THC CBD (Cannabis). Pertanyaan boleh whatsapp sini 👉0192586141



Alhamdulillah Minyak Urut Serbaguna Wak Mustar untuk sapu mana kaki tangan badan yang lenguh dan sengal. Orang kalau sengal ku block terus na... 😁Pertanyaan boleh whatsapp sini 👉0192586141



25 September 2015

Pekerja Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney kaunter 5 biadap

Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap
Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani Pos Malaysia Kaunter 5 biadap, Pos Malaysia, sikap biadap, kurang ajar, DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP, Pos Malaysia, Isu Semasa, Sikap, Attitude, Pos Malaysia Jalan Gurney, kerani Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney Kaunter 5 biadap, biadap,
Bukti saya pos pada 22/9/2015. Dah siap maklumkan kepada pelanggan pun.
Kejadian pekerja Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney Kaunter 5 biadap ni berlaku pada hari Selasa. Ingat nak buat report terus kepada pihak atasan. Tetapi memandangkan saya sudah keletihan setengah hari deliver barang bisnis, angkut lagi ke pos malaysia tu dan keesokan pula ada customer datang collect beliannya di rumah saya, diikuti cuti raya maka saya tangguh dahulu. Walaupun ramai menyarankan supaya saya membuat aduan, saya tidak mahu membuat aduan dalam keadaan hati yang sedang panas membara.

Begini ceritanya... Hari Selasa, 22/9/2015. Jam  hampir pukul 5 petang, saya telah ke pos Malaysia di Jalan Gurney kebetulan balik dari hantar barang kepada customer saya di LGM Properties Corporation. Seorang pekerja Pos Malaysia yang bertugas di kaunter nombor 5 telah berlaku biadap terhadap saya. Bahasa kesatnya, KURANG AJAR!

Budak tak budaklah, nampak dah 39 umurnya tu. Tapi perangai seperti orang tak cukup akal. Dia asyik membebel-bebel kepada saya. Memang angin hati ni.. Sudahlah saya keletihan menghantar 5 kilo kerepek dan sekilo (1000 gram) Chezzy Sauce pada hari itu. Berat tu... Dia pula biadap dengan saya. Panas betul hati masa tu. Memang melampau.

DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP

Saya "Encik, saya nak pos Chocoletto ni kaca, 10 balang. Nak guna kotak mana ya?".

Pekerja Pos Malaysia "Kami tak bertanggungjawab kalau pecah!" dengan muka serius! Macam tak nak kerja je lagaknya tu.

Saya "Ya, tu saya tahu la, saya dah biasa pos".

Pekerja Pos Malaysia terus tinggikan suara, "Ha kalau tahu tunjuklah kat saya kotak yang mana satu?" Sambil menuding ke arah kotak yang berlambak di belakangnya. Kurang hajar betul!

Saya "Yang Encik ni nak membebel tak tentu arah pada saya, argue dan tinggi-tinggi suara ni kenapa?".

Pekerja Pos Malaysia masih membebel lagi. Kemudian dia berdiri dan meninggikan suara kepada saya "Bila masa saya tinggikan suara? Ha sekarang baru saya betul² tinggikan suara ni!".

Saya "Maksud saya, saya dah biasa pos produk saya ni. Kan ada fragile boleh tampal? Biasa orang post office yang suggest kotak mana boleh saya guna bukannya argue saya macam-macam".

Pekerja Pos Malaysia tu masih membebel lagi. Saya bengang dan sound "Dah, Stop! Stop! Jangan membebel lagi! Diam!". Peduli apa saya di hadapan orang ramai? Kalau dah biadap macam tu, memang la kena tengking dek saya.

Kemudian dia terdiam tetapi asyik tergelak-gelak. Kurang ajar dan seperti orang tak siuman pula saya lihat kelakuannya. Memang biadap. Ini kali ke 7 saya jumpa manusia sebegini biadapnya. Tapi saya tak pernah kongsikan dalam blog saya ni. Orang kalau dah salah memang tak mengaku salah. Besar kemungkinan, sebab sudah termalu dan tak mahu mengaku salah maka dia menengking saya.

Sebagai makluman, sebelum ini, sudah beberapa kali saya berurusan di tempat yang sama. Tiada masalah. Di pos laju Jelatek juga tiada masalah. Salute dengan staff pos laju Jelatek dan staff lain di Pos Malaysia Jalan Gurney kecuali dia ni. Baru pertama kali berurusan sudah berkelakuan biadap macam tu.
Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani Pos Malaysia Kaunter 5 biadap, Pos Malaysia, sikap biadap, kurang ajar, DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP, Pos Malaysia, Isu Semasa, Sikap, Attitude, Pos Malaysia Jalan Gurney, kerani Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney Kaunter 5 biadap, biadap,
Ini minggu sebelumnya saya pos. Tapi yang ni di Pos Laju Jelatek. Tiada masalah pun... Walaupun saya meminta pandangan pekerja kaunter di situ, bersopan sahaja mereka.
Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani Pos Malaysia Kaunter 5 biadap, Pos Malaysia, sikap biadap, kurang ajar, DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP, Pos Malaysia, Isu Semasa, Sikap, Attitude, Pos Malaysia Jalan Gurney, kerani Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney Kaunter 5 biadap, biadap,
Yang ini saya pos di Pos Malaysia Jalan Gurney minggu sebelum di atas tu. Pekerja Pos Malaysia tu yang cadangkan dengan bersopan berbudi bahasa beliau menerangkan kepada saya. Sememangnya, setiap minggu saya ke Pejabat Pos. Permintaan pelanggan saya banyak...
Tangan saya menggigil menahan kemarahan berhadapan dengan manusia biadap kurang ajar macam pekerja Pos Malaysia ni sambil mengisi borang hingga tersilap, nak guna kotak untuk Chezzy Sauce, terminta plastik. Oleh sebab itu saya terpaksa memulangkan baki wang kepada pelanggan saya.

Dek sebab saya mengisi borang  3 produk yang nak saya poskan tu lama, orang lain telah berurusan di kaunter dia. Minta borang pun bukan mainlah susahnya dia nak berikan kepada saya. Jadi saya terus berurusan dengan pekerja di kaunter sebelah kanan dia bernama Shazila.

Dalam kereta, baru teringat nak bertanyakan nama pekerja Pos Malaysia tu. Tengok kaunternya penuh dengan barang, jadi saya tanya sahaja kepada staff yang berada di depan pintu masuk yang sedang berbual dengan seorang supplier baju dan helmet.

Saya “Maaf Encik, tumpang tanya ya, budak di kaunter 5 tu nama apa ya?".

"Na**riq" jawabnya.

Saya "Ok. Terima kasih Encik" sambil senyum. Dalam hati, "Siap kau! Biadap sangatkan...". Bukanlah saya nak mengaibkan dia ya. Saya ni pelupa, bila ada sesuatu perkara saya akan tulis terus ke dalam blog saya supaya mudah saya rujuk waktu membuat aduan nanti.

Update :
Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani Pos Malaysia Kaunter 5 biadap, Pos Malaysia, sikap biadap, kurang ajar, DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP, Pos Malaysia, Isu Semasa, Sikap, Attitude, Pos Malaysia Jalan Gurney, kerani Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney Kaunter 5 biadap, biadap,
Aduan telah dibuat ke fanpage Pos Malaysia
Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani Pos Malaysia Kaunter 5 biadap, Pos Malaysia, sikap biadap, kurang ajar, DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP, Pos Malaysia, Isu Semasa, Sikap, Attitude, Pos Malaysia Jalan Gurney, kerani Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney Kaunter 5 biadap, biadap,
Aduan ke 2, email kepada Pos Malaysia Care Centre
Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani kaunter Pos Malaysia biadap, Kerani Pos Malaysia Kaunter 5 biadap, Pos Malaysia, sikap biadap, kurang ajar, DIALOG PEKERJA KAUNTER POS MALAYSIA JALAN GURNEY KAUNTER 5 YANG BIADAP, Pos Malaysia, Isu Semasa, Sikap, Attitude, Pos Malaysia Jalan Gurney, kerani Kaunter Pos Malaysia Jalan Gurney Kaunter 5 biadap, biadap,
Jawapan dari mesin Care Centre Pos Malaysia. Tunggu... :)
Pekerja Kaunter Pos Malaysia biadap bukanlah pertama kali saya dengar. Dah banyak kali dah. Cuma kali ni berlaku kepada saya. Benda boleh siap dengan cepat, jadi lambat disebabkan sikap biadap pekerja Pos Malaysia ni. Jika anda di tempat sayalah kan, apa yang anda lakukan?

21 September 2015

Bodoh ke tak mohon BR1M?

Bodoh ke tak mohon BR1M?
Isu semasa, BR1M, Panduan menepis soalan, Kenapa tak mohon BR1M?, BR1M, Suami tak izin, sebab tak mihon BR1M, Bodoh tak mohon BR1M, Semak keputusan BR1M, Maksud BR1M
Maksud BR1M (Gambar ihsan pakcik google).
Cerita tentang BR1M. Pernah gak sebenarnya nak mohon BR1M sebab kawan cakap, "Apalah ko ni bodohnya... Ko tipu la ko tak kerja. Laki ko je kerja. Duit tu kan memang hak kita. Hak Rakyat". 

Lalu ku ceritalah pada suami, tapi suami sound, 
Jangan nak bagi malu abang! Tu untuk orang yg betul² susah tau tak? 1 hari LHDN datang siasat baru menyesal tak guna... Ayang tu kerja, abang pun kerja. Campur gaji kita berdua, cukuplah untuk anak² kita sekeluarga. Org lain tu nak minta biarkan diorang. Mungkin diorang betul² memerlukan. 
Memangla duit tu hak kita tapi kalau nak ikut macam cara orang, isi guna nama suami/isteri menipu kata tak kerja buat apa? Kan duit tu nanti jadi darah daging. Nak ke bagi makan minum pakai anak² sekeluarga hasil dari duit haram?".
Benar kata suamiku tu. Sejak tu, sorrylah kalau kawan cakap lagi ku bodoh tak mohon BR1M, memang ku smash macam tu je lah. Ko nak buat, ko punya hal. Aku, takmo jadi penipu mcm ko.
Isu semasa, BR1M, Panduan menepis soalan, Kenapa tak mohon BR1M?, BR1M, Suami tak izin, sebab tak mihon BR1M, Bodoh tak mohon BR1M, Semak keputusan BR1M, Maksud BR1M
Lain kali, sebutlah "Pandalah ko ni tak mohon BR1M..." Takde lah ku menyirap telinga dan hati dengar... Kan...?
Begitulah sebab kenapa saya tak mohon BR1M... Panjang ceritanya seperti tertulis di ataslah. Pendek dan mudah ceritanya, suami tak izin. Jadi dengan sopannya, saya akan senyum sahaja kepada yang bertanya "Kenapa tak mohon BR1M?" dan supaya tak jadi gaduh, cakap je lah "Suami tak izin". Orang tu pasti senyap. 

Jadi bodoh ke tak mohon BR1M? Bijaklah kan tak mohon BR1M sebab tak nak jadi penipu. Ha, anda bagaimana, bodoh ke tak mohon BR1M?

13 September 2015

Mana diorang dapat arahan rejam tu?

Mana diorang dapat arahan rejam tu?
Penzina direjam mati hudud politikkah, Agama, Soal Jawab Agama, Hukum Hudud, hal ehwal Hudud, Penzina direjam mati, Muhsan, Ghair Muhsan, Ghairu Muhsan, hudud politik, kisah cikgu ieta, blog ieta, blog ieta dot com, komen, komen Anonymous, Kelab Blogger Ben Ashaari, Surah An-Nur, Terjemahan Surah An-Nur, Mana diorang dapat arahan rejam tu?, hukum zina, hukum Allah
"Tuhan suruh penzina kahwin dengan penzina... Hudud politik kata, penzina direjam. Mana diorang dapat arahan rejam tu" Tanya si pengecut.
Sebenarnya, sebelum ini saya pernah terbitkan entri bertajuk Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20 yang berkaitan hukum terhadap penzina. Tiba-tiba ada pula manusia bacul dan pengecut yang mempertikaikan hukum itu dengan menggunakan nama Anonymous dan mengaitkan dengan politik. 

Macam kenal je siapa orang yang pengecut ni... Pada saya, orang yang berani akan menggunakan ruang komen yang sudah sedia ada di bawah entri, menggunakan nama yang boleh dipautkan kepada laman web atau blognya. Bila guna Anonymous, pengecutlah namanya tu.

Saya memang tak suka menyiarkan komen yang berbaur politik ni kerana akan menyebabkan key board  warrior di ruangan komen pada kebiasaan yang saya nampak jika isu politik dibangkitkan. Nak ke berlaku perpecahan hanya disebabkan isu politik? Huh, buang masa je kan?

Oleh itu, saya nekad bertanya kepada pakarnya iaitu pensyarah saya, Ustaz Wan Ali bin Wan Jusoh. Ustaz ni banyak... terlalu banyak ilmunya tau... Tanyalah apa sahaja, pasti dapat beliau jawab dengan mudah sekali. Hari ini, saya suka kongsikan dengan anda. Manalah tahukan, satu hari anda pula ditanya soalan sebegini. Ha.... Ada dah ilmu untuk anda. 

Jom baca apa kata Ustaz Wan menjawab persoalan si Anonymous itu. 

Soalan saya, 
"Ustaz, saya ada buat entri terjemahan surah An-Nur ayat 1 hingga 20 ni. Tiba² ada komen macam dalam gambar tu. Saya tak publishkan. Cuma saya jadi musykil kenapa dia cakap macam tu. Boleh Ustaz beri pencerahan kepada saya? Terima kasih Ustaz".

Ustaz Wan menjawab, lihat pada tulisan nampak kejahilan orang yang menulis. Dan tak perlu dilayan. Bagaimanapun jika nak jelaskan juga;

1. Ayat bukan suruh penzina kahwin dengan penzina, tetapi janji Allah orang baik akan bertemu jodoh yang baik, yang jahat dengan yang jahat, penzina dengan penzina dan yang jahil agama akan bertemu jodoh dengan yang jahil juga.

2. Orang yang berzina akan bertemu jodoh dengan orang yang serupa sebab penzina yang ghair muhsan (penzina yang belum bwrnikah) hanya disebat bukan direjam.

3. Hanya penzina muhsan sahaja yang direjam dan ia bukan hudud politik, ia adalah hudud Allah berdasarkan hadis Rasulullah saw. Hanya yang tak beriman dengan Rasul sahaja (atau yang beriman dengan I. Goldziher (Bapa Orentalis)  dan Rashad Khalifa sahaja) yang menolak sesuatu yang datang dari Rasulullah S.A.W.
Mana diorang dapat arahan rejam tu? Sudah tentulah dari ayat Al-Quran, Surah An-Nur ayat 1 hingga 20. Bacalah. Jelaskan, mana diorang dapat arahan rejam tu?

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?