PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Mana diorang dapat arahan rejam tu?

Mana diorang dapat arahan rejam tu?
Penzina direjam mati hudud politikkah, Agama, Soal Jawab Agama, Hukum Hudud, hal ehwal Hudud, Penzina direjam mati, Muhsan, Ghair Muhsan, Ghairu Muhsan, hudud politik, kisah cikgu ieta, blog ieta, blog ieta dot com, komen, komen Anonymous, Kelab Blogger Ben Ashaari, Surah An-Nur, Terjemahan Surah An-Nur, Mana diorang dapat arahan rejam tu?, hukum zina, hukum Allah
"Tuhan suruh penzina kahwin dengan penzina... Hudud politik kata, penzina direjam. Mana diorang dapat arahan rejam tu" Tanya si pengecut.
Sebenarnya, sebelum ini saya pernah terbitkan entri bertajuk Terjemahan Surah An-Nur Ayat 1 hingga 20 yang berkaitan hukum terhadap penzina. Tiba-tiba ada pula manusia bacul dan pengecut yang mempertikaikan hukum itu dengan menggunakan nama Anonymous dan mengaitkan dengan politik. 

Macam kenal je siapa orang yang pengecut ni... Pada saya, orang yang berani akan menggunakan ruang komen yang sudah sedia ada di bawah entri, menggunakan nama yang boleh dipautkan kepada laman web atau blognya. Bila guna Anonymous, pengecutlah namanya tu.

Saya memang tak suka menyiarkan komen yang berbaur politik ni kerana akan menyebabkan key board  warrior di ruangan komen pada kebiasaan yang saya nampak jika isu politik dibangkitkan. Nak ke berlaku perpecahan hanya disebabkan isu politik? Huh, buang masa je kan?

Oleh itu, saya nekad bertanya kepada pakarnya iaitu pensyarah saya, Ustaz Wan Ali bin Wan Jusoh. Ustaz ni banyak... terlalu banyak ilmunya tau... Tanyalah apa sahaja, pasti dapat beliau jawab dengan mudah sekali. Hari ini, saya suka kongsikan dengan anda. Manalah tahukan, satu hari anda pula ditanya soalan sebegini. Ha.... Ada dah ilmu untuk anda. 

Jom baca apa kata Ustaz Wan menjawab persoalan si Anonymous itu. 

Soalan saya, 
"Ustaz, saya ada buat entri terjemahan surah An-Nur ayat 1 hingga 20 ni. Tiba² ada komen macam dalam gambar tu. Saya tak publishkan. Cuma saya jadi musykil kenapa dia cakap macam tu. Boleh Ustaz beri pencerahan kepada saya? Terima kasih Ustaz".

Ustaz Wan menjawab, lihat pada tulisan nampak kejahilan orang yang menulis. Dan tak perlu dilayan. Bagaimanapun jika nak jelaskan juga;

1. Ayat bukan suruh penzina kahwin dengan penzina, tetapi janji Allah orang baik akan bertemu jodoh yang baik, yang jahat dengan yang jahat, penzina dengan penzina dan yang jahil agama akan bertemu jodoh dengan yang jahil juga.

2. Orang yang berzina akan bertemu jodoh dengan orang yang serupa sebab penzina yang ghair muhsan (penzina yang belum bwrnikah) hanya disebat bukan direjam.

3. Hanya penzina muhsan sahaja yang direjam dan ia bukan hudud politik, ia adalah hudud Allah berdasarkan hadis Rasulullah saw. Hanya yang tak beriman dengan Rasul sahaja (atau yang beriman dengan I. Goldziher (Bapa Orentalis)  dan Rashad Khalifa sahaja) yang menolak sesuatu yang datang dari Rasulullah S.A.W.
Mana diorang dapat arahan rejam tu? Sudah tentulah dari ayat Al-Quran, Surah An-Nur ayat 1 hingga 20. Bacalah. Jelaskan, mana diorang dapat arahan rejam tu?
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

  1. Penerangan yang jelas dari Ustaz Wan...

    ReplyDelete
  2. Terbaik!Terima Kasih juga uat ustaz,Betul kak ieta,Kadang Anony,.ni memang pengecutkan,.sebab tu tak nak letak id sendiri,.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *