Assalamu'alaikum. Siapa pernah makan kuih Dangai kukus? Meh tengok macam mana nak buatnya. Senang je tau... Lepas tu, tu jangan lupa komen tau hehe...
Kalau nak tahu, abah dan arwah emak saya suka sangat dengan Kuih Dangai. Jadi, saya pun ikutlah sukakan kuih ni. Kuih Dangai Kukus kali ini adalah resepi dari adik saya pemilik Roti Canai CtRazak Enterprise yang lazat di Bandar Seri Iskandar tu. Kuih Dangai ni mudah sahaja. Tak perlukan oven. Hanya kukus. Tapi tunggu sejuk baru makan tau.
Weiii. Sodap gak kuih dangai kukus ni. Meh buat kuih dangai kukus. Lembut beno kalau dikukus" kata adik saya tu.
Sebab sedap, meh nak kongsi resepi dengan anda.
Bahan-bahan kuih Dangai Kukus :
- Kelapa parut sebiji.
- Gula secukup rasa.
- Garam secukup rasa.
- Tepung pulut sedikit sahaja.
![]() |
Seloyang dapat dengan bahan sebanyak di atas tu. |
- Gaulkan kelapa bersama gula ikut suka hati anda sehingga sebati.
- Masukkan garam sedikit sahaja.
- Sesudah gaul sebati, letakkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga bahan-bahan itu diselaputi tepung dan menjadi lerai. Tepung akhir sekali. Nak bagi sebati sebelum masuk dalam loyang.
- Kemudian panaskan dahulu periuk kukus... Agak² dah panas air kukus tu dah menggelegak, masukkan bahan kuih Dangai ke dalam periuk kukus, tutup dan tunggu sampai masak.
- Akhir sekali, sejukkan supaya senang dipotong.
![]() |
Arbah dan awah emak memang suka Kuih Dangai Kukus ni. Sedap... Kalau di Kuala Lumpur ni, biasanya di Pasar Malam ada jual kuih Dangai ni. Boleh cuba cari di Pasar Malam Setiawangsa, hari Isnin. |
Br tahu. ..curi respi ye, kak ;)
ReplyDeleteSilakan Lynda. Hehe
DeleteHui.. Sedap nih.. Kalau dapat bakar ok gak kan..
ReplyDeleteHa ah. Bakar pun sedap Maria :)
DeleteTepung pulut agak2 brp cwn or sdb.. N kukus lama mn
ReplyDeleteTepung pulut agak2 brp cwn or sdb.. N kukus lama mn
ReplyDeleteMaaf lambat jawab. Tepung tu sesudah campur bahan lain untuk bagi lekat sahaja. Kalau Dangai Bakar, dalam 1 1/4 cawan tepung pulut. Untuk kukus ni, boleh main agak2 sahaja. Kukus sekejap sahaja. Dalam 15 minit. Nak buat kuih ni tak ada ikut sukatan sebenarnya. Main letak sahaja ya Puan She Sheila. Harap terjawab ya soalan Puan. Terima kasih bertanya :)
Delete