20 October 2015

Jangan ada benci dalam hati

Jangan ada benci dalam hati
Pernah tak kita rasa benci pada seseorang? Atau kita rasa sayang sangat-sangat pada seseorang tu? Pernag tak orang bencikan kita? Pasti pernah bukan?
Jangan ada benci dalam hati, benci, jangan, ada, benci, dalam, hati, tips hidup positif, redha, haters, pengalaman hidup
3 sebab kenapa orang suka cakap belakang. Baca dan fahamkan dan bawa bertenang :)
Walau apa pun yang kita rasa, biarlah bersederhana. Arwah emak saya pernah pesan, "Suka jangan suka sangat dan benci pun jangan benci sangat. Biar bersederhana".

Kenapa ya arwah emak saya pesan begitu? Pasti ada sebabnya bukan? Ya benar, memang benar pesanan arwah emak saya tu. 

Pernah saya sayang sangat pada seorang kawan baik saya. Dia selalu tolong saya bila saya perlukan pertolongan. Bila saya kesedihan, dia sering menghiburkan. Bila saya kesakitan, dia tolong meredakan. Namun, disebabkan perkara yang kecil. Berlaku sedikit perselisihan faham, akhirnya kami bawa haluan masing-masing. Dialah antara orang yang pernah menaikkan blog saya ini yang juga atas usaha saya sendiri. Redha... Itulah yang sebaiknya.

Pernah juga berlaku, saya menasihati seseorang agar jangan membuat fitnah, menghasut dan menulis di alam maya mengikut emosi macam orang kekurangan kasih sayang dan perlukan perhatian. Akhirnya bukan nasihat saya didengarnya tetapi sebaliknya, nama saya pula diburukkan. Orang lain memaki hamun saya di laman sosialnya. Begitulah bila tidak matang, emosi menguasai segala. 

Saya buat apa? Relax je la... Sebab arwah emak pernah pesan, "Biar orang buat kita nak... Jangan kita buat orang...".

Ada lagi pesan arwah emak, "Biar anjing menyalak bukit, tapi bukit tak akan runtuh".

Arwah emak juga pesan lagi, "Kalau orang tu gila dan bodoh, kita jangan turut jadi gila dan bodoh. Kelak kita juga akan gila dan turut bodoh seperti dia". 

Fahamkan maksud ayat arwah emak saya tu? Senang cakap "Usah dilayan perkara yang negatif, membazir masa sahaja".

Teringat pesanan Tok guru saya, "Jaga kerja sendiri, jaga keluarga sendiri, jaga amalan sendiri dan jaga amal jariah sendiri". Itulah yang sebaiknya dan lebih bagus dalam kehidupan sekarang ini.


Jangan ada benci dalam hati, benci, jangan, ada, benci, dalam, hati, tips hidup positif, redha, haters, pengalaman hidup
Benar kata-kata ini. Jadi, jangan ada benci dalam hati ya ^__^
Apa pun yang berlaku, ada hikmahnya. Saya menulis bukan untuk dikenali. Saya hanya menjalankan tanggungjawab, berdakwah. Itu sahaja. Terkadang sedikit perkongsian berguna untuk tatapan pembaca. Hidup sebagai penulis atau apa sahaja yang kita kerjakan, memang banyak risiko perlu kita terima dan hadapi dengan tabah. Allah menguji kita hambaNYA dengan ujian kebahagiaan. Kebahagiaan yang bagaimana? Entah, kita pun terkadang tidak tahu dan tidak pasti. Yang nyata, banyak yang boleh dipelajari dari apa yang telah terjadi. Allah tidak akan uji hambaNYA dengan ujian yang hambaNYA tidak mampu ditempuhi.

Ego, bongkak, sombong dan rasa ta'jub dalam diri buang jauh-jauh. Apa yang kita ada sekarang ni, tak boleh bawa ke mati pun. Begitu juga rasa rendah diri terhadap apa yang kita miliki. Pedulikan apa kata dan nista orang terhadap kita. Teruskan menulis dan buat apa sahaja yang kita suka. Dah Allah berikan apa sahaja, manfaatkanlah sebaiknya kelebihan yang kita ada. Buktikan pada mereka yang membenci, kita boleh berjaya tanpa mereka!. 
Hidup Suatu Ujian Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, 'Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.' 
Kalau dah berjaya, tak payahla nak berlagak pula ya. Hidup ni sementara sahaja. Takkan kekal lama... Followers dan apa yang kita miliki takkan membantu kita di akhirat sana nanti. Amalan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh dan solehah sahaja dapat membantu kita dalam kubur nanti. Ingatan untuk diri saya juga ^__^
Jangan ada benci dalam hati, benci, jangan, ada, benci, dalam, hati, tips hidup positif, redha, haters, pengalaman hidup
Hakikatnya yang membenci ni, sebenarnya mereka sukakan kita. Jika tidak, masakan selalu mengintai-intai dan bercakap tentang kita? LOL...
Yang pasti, jangan ada benci dalam hatiPengalaman memang mendewasakan kita. Dari pengalaman saya pernah putus tunang. Walaupun saya yang putuskan tetapi perit juga. Ya lah... Dah hampir majlis berlangsung, saya putuskan pula. Terlampau sayang bukanlah tiket untuk menghalalkan hubungan selagi belum bernikah. Itu prinsip saya. Tapi tak mengapa. Bila kita balik semula kepada agama, kita Redha dan kita ingat, sebenarnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti kita tidak akan kecewa. Pasti tidak ada rasa benci kepada mereka yang pernah melukakan hati kita. Jadi, jangan ada benci dalam hati.

Terimalah...
Jangan ada benci
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati 
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan 
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri 
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Lagu oleh Casey

SUMBER GAMBAR : GOOGLE

04 October 2015

Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?

Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?
Tips, Panduan Kesihatan, Kesihatan, Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit?, sakit, jerebu, Malaysia API, Panduan mengelakkan masalah akibat jerebu, Isu Semasa
Melalui aplikasi Malaysia Air Polution Index (API) yang saya install ke dalam telefon bimbit saya ni, kelihatannya udara persekitaran ternyata masih kurang sihat. Hujung minggu, duduk rumah sahajalah jawabnya. Nak keluar waktu jerebu ni, maklum sahajalah... Sakit tekak dan pedih mata dek asap jerebu ni tau...

Saya beberapa hari ni pun, tekak sakit hingga mengeluarkan darah. Semput menjadi-jadi pula. Sabar aje lah kan...? Tak pe, tak pe sakit ni kan kaffarah dosa. 

Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit? 

Bila kurang sihat biasalah. Baring je lah kan? Apa pun tak boleh buat. Jadi, pertama sekali sewaktu sakit sudah tentulah banyakkan mengingati Allah kan? Ha, masa nilah baru nak muhasabah (kaji) di mana salah dan silap diri. 

Kedua, makanlah ubat. Ikhtiar. Usah berserah sahaja. Sampai bila tak akan baik penyakit kita. Tak dapat kesembuhan dengan ubat doktor, cubalah ikhtiar cara tradisional. Takpun, minumlah air Yaasiin. Tak salah pun berikhtiar.

Ketiga, berdoalah buatlah solat hajat. Moga Allah makbulkan doa hambanya. Allah mahu kita dekat kepadaNYA. Sebab itu diberinya kita sakit.


  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap.
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar.
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal.
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi.
  • Selalu minum air.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan.
  • Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik. 

Apa yang perlu kita buat sewaktu sakit? Sakit itu ujian kecil sebenarnya. Apakah kita kan sabar atau mengeluh? Apapun, walau sakit saya tetap minat menulis. Menulis di blog hobi saya. Blog dan saya sukar dipisahkan. Anda pula bagaimana? Apa yang anda buat sewaktu sakit?

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?